Tanda-Tanda Anda Lahir Tahun 70an



Kita membesar dengan menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks dan Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah ??? Hmm.....mesti pegang cawan warna-warnikan. Mencangkung kat tepi parit dengn classmates semua kat sebelah...
Ingat tak masa misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kena gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time tu minum susu. Sekotak 30 sen je beb...
Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
tapak tangan...kan???
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen je kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular untuk meluangkan masa dengan family. Ni for those yg duduk KL laa....
Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet ??? Email ???? Apa benda tu ??? CD??? Ape tu ???? Kaset tape pernah la dengar.
Tiket wayang pun 5 ringgit je.
Kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI BubbleGum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dalam class. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tu...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan kerhja sekolah, jom kita pegi makan. Budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal. Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani (PJ). Main bola laa, rounders laa...Permainan kegemaran main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar-kejar duduk... kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah-tengah dia! Lipat kertas kecik-kecik, pastu buat lastik. Hmmm... Ni pun kita main dulu ni. Baling-baling kapur laa.
Hmm... budak-budak kat universiti sekarang, kebanyakannya lahir tahun 1987/88. Sekarang digelar 'remaja'. Bagi dia orang, mana pernah dengar lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dia orang tau, yang Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...
Bagi dia orang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak dia orang lahir. CD pun wujud time dia orang lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Dia orang percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem-filem baru.
Dia orang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
Dia orang tak penah tau pun 'Atari' dengan 'Game & Watch'. Dia orang tak percaya pernah ada TV hitam putih...dan dia orang sekarang tak reti nak switch on TV kalau tekde remote control. Dan dia orang tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke...... :

1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum....

2. Kebanyakan member-member sekolah menengah kita dah kawin

3. Korang sure pelik bile nengok budak-budak kecik main komputer, selamba je

4. Kita geleng kepala bile nengok budak-budak sekolah rendah & menengah guna handphone

5. Kita dah tak banyak sembang-sembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari

6. Bila jumpe member lama dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerita-cerita lama, cerita-cerita kelakar yang kita alami masa dulu time kecik-kecik, nakal-nakal dulu...

7. Last sekali, bila dah baca tulisan ni, korang akan terpikir untuk forwardkan dekat member-member lama korang. Sure dia orang suka punya laa... hehehe


Yaa, kita pun dah semakin tua!! Teringat zaman-zaman dulu kan?
Cheers to the 70s babies !!! I really miss all of u..........


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin