Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Tahukah Anda


Jika Seekor Kambing Di Langgar Oleh Sebuah Keretapi Yg Kelajuannya Melebihi Kelajuan Tapir Berlari..Kambing Itu Mungkin Boleh Mati Atau Koma 89 Hari 78 Malam Tanpa Sedarkan Diri...Tetapi Jika Kambing Itu Melanggar Sebuah Keretapi Yg Berhenti Dengan Kelajuan 80Km sejam...Maka Otak Kambing Itu Ternyata Sudah Tidak Berfungsi Dengan Baik Atau Nama Melayunya Yg Di Panggil "GILA".


Besi Berani Adalah Panggilan Yg Biasa Kita Panggil Untuk Besi Berani lah...Tetapi Tahukan Anda Besi Berani Yg Kononnya Berani Tidaklah Seberani Yg Kita Sangkakan...Ini Terbukti Atas Kajian Salah Seorang Ahli Sains Yg Terkemuka Di Selatan Tanah Air Thai Dimana Beliau Menyuruh Besi Berani Itu Berlawan Tomoi Dengannya...Ternyata Besi Berani Itu Tidak Melawan Sama Sekali.


Tahukah Anda Kereta Kebal Tidak Pernah Berguru Dengan Mana-Mana Pendekar Di Seantero Dunia Untuk Menjadi Kebal...Kereta Kebal Juga Tidak Memakai Tangkal-Tangkal Yg Selalu Di Pakai Oleh Orang Yg Kononnya Kebal..


Perbezaan Badak Air Dan Badan Sumbu Tidak Lah Begitu Ketara Sebenarnye...Cuma Yg Membezakan Mereka Adalah Badak Air Lebih Banyak Menghabiskan Masanya Di Dalam Air...Manakala Badak Sumbu Banyak Menghabiskan Masanya Di Kelab Dangdut


Bagi Orang Islam Kita Tidak Boleh Memegang Babi Sesuka Suki Kita..Dan Kita Tidak Boleh Memakannya (Kecuali Darurat)..Tetapi...Siput Babi Dan Kutu Babi Kita Boleh Memegangnya Tetapi Masih Tidak Boleh Dimakan...Kalau Korang Makan Kutu Babi Tu...Korang Dari Ketogeri Monyet...hehe


Angka 666 Selalunya Di Kaitkan Dengan Nombor Syaitan...Tetapi Bagi Nombor 4 Angka Selalunya Di Kaitkan Dengan Kaki Nombor.


Tahukan Anda...Jika Cicak Berada Di Dalam Bahaya...Beliau Akan Memutuskan Ekornya Untuk Mengelirukan Pihak Lawan...Tetapi Jika Anda Bersama Buaya Yg Panjangnya 20 Kaki..Lebih Baik Anda Melarikan Diri Darinya..Ini Kerana Buaya Itu Mampu Memutuskan Kepala Dan Nyawa Anda


9:16 PM | 0 ulasan | Read More

"Lihat dan belajar"


Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.


12:12 PM | 0 ulasan | Read More

Kuda Raja


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudanya. Tapi kuda ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kuda tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kuda tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yang dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannya apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat siapa yang boleh buat kuda raja ni geleng kepala. Seperti hari yang sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pergi kat kuda tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"


11:59 AM | 0 ulasan | Read More

Belajar BI

Ada seorang guru yg mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia memberikan tugasan kepada muridnya utk mencari 3 perkataan dalam Bahasa Inggeris untuk kelas minggu hadapan. Ada seorang anak murid guru itu pun berjalan balik ke rumah. Dalam perjalanan balik dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain.
Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you!!"

Sampai rumah dia tanya bapa dia,"shut up you!!" tu bahasa inggeris ke? Bapanya pun menjawab iya! Dapat satu perkataan,ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman!!" dia tanya bapa dia lagi,"superman tu bahasa inggeris juga ke" dan bapa dia kata 'yes'.

Dua perkataan dah kata budak tu. Lepas tengok tv dia ke library. Dia nampak ada orang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan tu berkata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapanya kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak tu..aku dah dapat cari semua perkataan tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah lalu gurunya bertanya tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy,did you get the words?
Budak: "Yes,teacher".

Cikgu: Good, what is your first word?
Budak: Shut up you!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: Superman!!!

Cikgu: Bloody fool!! Get out from this class!
Budak: Ladies first!!
11:54 AM | 0 ulasan | Read More

World Largest Aquarium

11:24 PM | 0 ulasan | Read More

Latte Art

11:10 PM | 0 ulasan | Read More

Impian Si Koboi


Impian si koboi..
Al-Kisah...

Seorang koboi pulang dari sebuah kota dengan menunggang kudanya melewati gurun. Dia dikejutkan oleh seekor ular yang menghalangi jalannya, lalu si koboi turun dengan pisau di tangannya, ketika ditangkap ular itu untuk dibunuh, si ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.



11:09 PM | 0 ulasan | Read More

Wild Beauty

11:01 PM | 0 ulasan | Read More

Tak Paham Bahasa



Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. "Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"

Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
"Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek.



11:00 PM | 0 ulasan | Read More

Pokok Pelik

10:50 PM | 0 ulasan | Read More

Cuba anda baca..



CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yang boleh baca ni?


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!


10:49 PM | 0 ulasan | Read More

Pemain simpanan..



Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".


10:41 PM | 0 ulasan | Read More

Kereta Matrix

10:33 PM | 0 ulasan | Read More

Makanan Ringan Istimewa..

10:26 PM | 0 ulasan | Read More

Tandas kelakar

10:17 PM | 0 ulasan | Read More

Gambar-gambar Burj Al Arab

10:14 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Tentera Jepun



Pada zaman pemerintahan Jepun, tiga orang cina, Ah Meng, Ah Seng dan Ah Beng telah ditangkap sebab menyeludup.

Diorang bertiga nie akan dihukum bunuh oleh skuad penembak. Jadi malam tu diorang pun buat rancangan untuk melarikan diri.

Ah Meng kata yang tentera Jepun takut akan bencana alam. Jadi diorang kena buat tentera Jepun tu panik supaya diorang boleh lepas.

Keesokkannya, Ah Meng menjalankan hukuman bunuh. Skuad penembak berbaris kat depan. Baru jer kapten Jepun tu kata "Ready... aim", Ah Meng terus jerit "Gempa bumi gempa bumi". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Meng pun terlepas.

Lepas tu tiba giliran Ah Seng. Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Seng terus menjerit "Banjir banjir". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Seng pun terlepas.

Bila tiba giliran Ah Beng, dia pun berfikir, "Hmm, kena sebut pada masa yang sesuai balu(baru) itu askal(askar) lali(lari). Wakaka, manyak bodoh punya askar Jepun." Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Beng pun terus jerit "Fire fire".

Apalagi, terus tamat ler riwayat Ah Beng.


12:27 PM | 0 ulasan | Read More

Tempoh sebuah perkahwinan

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak
kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...
12:24 AM | 0 ulasan | Read More

Ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bagi anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Wallahualam...
10:33 AM | 0 ulasan | Read More

Cerpen : Bulu ketiak ku sayang...



Mak...!!! Mak...!!! "Tengok ni mak...!!!!!
Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.
"Mak...!!! Mak...!!!!
Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur. Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu.Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.
"Kenapa ni Jais?"
Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.
"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak....tengok ni mak... heheh ehehe..."
Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.
"Hish...kau ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. Dah la tu.... pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."
Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi nyanyi.... 'Yeah...yeah...dah tumbuh...bulu ketiak aku dah tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais
membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya. Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.
Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.
Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya.
Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.
"Selamat pagi cikgu..!"
Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.
"Selamat pagi cikgu...!!"
"Selamat pagi pagi murid-murid."
Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.
'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.
"Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis
mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang.Kucing ke, adik kamu ke, tak kira la... apa-apa saja."
Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Dudukdi kerusi.
Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.

'Bulu ketiak saya.' Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiak saya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam.Tunggu ayam bertelur. Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah. Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak.
Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.
"Jais mari sini..!!"
Salah seorang dari mereka memanggil Jais.
"Orang kata bulu ketiak kau dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!"
Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.
"Jangan la... jangan...jangan..!!!
Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambilmenangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais.Mereka ketawa....
"Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Siapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"
"Lelong....lelong..!!! Siapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha....!!!!
Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuliJais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya.Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan.
Jais meraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak
berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.
"Huwaaaaa.....!!!!!!!! ""Huwaaaaa.....!!!!!!!!'
Selepas kejadian itu Jais langsung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-mana pun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.
"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu."
"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu."
"Esok pergi sekolah ye..."
Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa...



10:20 AM | 0 ulasan | Read More

Kalau salah juga....


Ni..kalau tersalah ambil juga, memang tak reti bahasa laa....


11:50 PM | 0 ulasan | Read More

Suami Yang Menderita

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari siisteri sangat marah kepada suaminya

"Sedap aje abang keluar bersenang lenang di luar sana, saya kat rumah ni menderita duduk sorang-sorang abang tau!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali.

"Cis Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung, muntah saya.. !!" rungut si isteri.

"Itulah, engkau ingat aku bersenang-senang di sini, menderita tau... ."
11:48 PM | 0 ulasan | Read More

Selamatkan kapak



SEORANG bapa dan anaknya yang masih kecil menaiki sampan di sungai yang sangat dalam dan deras airnya.Mereka baru selesai memotong kayu untuk dijual sebagai punca pendapatan sekeluarga.
Tiba-tiba sampan mereka terlanggar kayu besar dan karam. Anak dan bapa terhumban ke dalam sungai.
Bagaimanapun, si bapa segera menyelam dan menyelamatkan kapaknya sebelum berenang ke tebing.
"Mengapa kau selamatkan kapak, bukan budak tu? " tanya orang kampung.
"Bertenang...Kapak aku ni kalau tengelam takkan timbul lagi. Anak aku tu sehari dua lagi timbul la..."katanya.


10:55 PM | 0 ulasan | Read More

Zorro, Robin Hood dan Orang Asli




Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing-masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro dan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan-jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang mereka berjalan-jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal di atas kepala perempuan itu. Mula-mula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal di atas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit...
"I AM ZORRO... .."


Kemudian giliran Robin Hood pulak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yang baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan bangganya jugak... . si Robin Hood kata...
"I AM ROBIN HOOD...!!"

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli di situ.Dia merasa tercabar kerana dengan senang-lenangnya pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dari jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu pulak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"








10:27 AM | 0 ulasan | Read More

Rilek di kolam air panas

10:25 AM | 0 ulasan | Read More

Pancingan Yang Berjaya



Suatu petang yang hening. Ketika itu awan baru sahaja menurunkan hujan selebat-lebatnya. Kelihatan seorang tua sedang duduk di tepi lopak air dengan memegang pancing sambil menghisap rokok.

Masyarakat sekeliling memerhatikan dengan penuh kehairanan. Ada yang bersimpati dengan nasib si tua itu dan ada juga yang mentertawakan si tua itu. Biasalah manusia. Rambut sama hitam,
hati lain-lain. Badrul memerhatikan si tua itu dengan penuh rasa simpati. Beliau menghampiri si tua itu untuk berbual.

"Pakcik ni memancing untuk apa?"

"Untuk makan"

"Oh, kalau macam tu. Mari ikut saya makan. Saya belanja."

Mulanya Si tua itu berdolak-dalik tetapi kemahiran Badrul memujuk beliau diiktiraf tinggi dan sangat cemerlang. Si tua itu malu-malu dan akhirnya akur dengan paksaan Badrul.

Sedang asyik mengunyah makanan. Badrul bertanya kembali.

"Pakcik mancing kat lopak air tu ada ikan ke?"

"Oh ada, boleh la tahan"

"Biar betul pakcik ni. Dah berapa ekor dapat?"

"Kamu yang kelima"


10:22 AM | 0 ulasan | Read More

Cacing gergasi dari Equador

10:20 AM | 0 ulasan | Read More

Janda yang dahaga.....



Ada sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.

Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi badannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.

Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.

Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan menyambung tidur semula.

Sekian. Terima Kasih.

Itulah kisah seorang janda yang dahaga.

Wah, sepenuh hati korang mambaca ekkk... Mentang2 lah Janda..haaahaa.. wakakaakakakaaaa....


10:12 AM | 0 ulasan | Read More

Binatang pun pandai jaga keselamatan

10:11 AM | 0 ulasan | Read More

Suku-sakat telur

10:07 AM | 0 ulasan | Read More

20 cara untuk jadikan room mate anda gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pergi tidur.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang"

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata, "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pokok bonsai. Bercakap & tidur dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk di depan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". Kemudian buka lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda... " Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampung. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung room mate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 orang dan baca Yassin ramai-ramai. Bila dia tersedar pakat-pakat buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.
9:57 AM | 0 ulasan | Read More

Buah Aneh di Thailand

9:56 AM | 0 ulasan | Read More

Terengganu Dialek Siri 2

21) Sempadan = Tara (TA-RA)
kebiasaannya merujuk kepada batu sempadan atau tara tanah (sempadantanah).Kadang-kadang kita akan mendengar ungkapan seperti ini,"tare(tara kadang-kadang dibaca dengan tegas, 'tarre') mane dier wak ke mung?"(sejauh mana die buat kat kau?).

22) Luah = Kehek (KE-HE-K)
Satu perbuatan memuntahkannya kembali seesuatu yang ada dalam mulut sama ada makanan atau air liur.

23) Tahan = Ok (O-K)
Kadang-kadang perkataan ini jua sama makna dengan sabar.

24) Suka meminta = Ngato (NGA-TO)
Merujuk kepada sikap seseorang individu yang suka meminta pertolonganatau meminta dibelikan berbagai-bagai barang atau seseorangkanak-kanakyang cerewet dalam soal makanan dan lain-lain.

25) Rejam = Tago (TA-GO)
Lebih kurang sama mana dengan perkataan 'pelekong'.merujuk kepadatindakan seseorang yang membaling sesuatu objek secara terus ke sasaran.

26) Pepatung = Sibo (SI-BO)

27) Kumbang = Gabo (GA-BO)

28)Mentadak-Mentadu = Sedusenu (SE-DU-SE-NU)
kadang-kadang jentolak juga dipanggil sedusenu.

29) Sengaja = Sengeleng (SE-NGE-LE-NG)
melakukan sesuatu perkara dengan sebab-sebab tertentu tanpa rasa bersalah.

30) Merah Padam = Bera (BE-RA)
merujuk kepada perbuatan menahan rasa malu yang amat sangat sehingga muka menjadi kemerah-merahan.

31) Lemau = Leik (LE-I-K)
merujuk kepada makanan yang kite sebut sebagai 'masuk angin'.

32) Datok = Tokki (TO-K-KI)
Panggilan biasa untuk datuk di terengganu.sama maksud dengan perkataan 'aki'.

33) Kehendak = Ere (E-RE)
Contoh; 'Jangang ikuk ere sangak ke die tu' (Jangan ikut sangat kehendak dia tu)

34) Belukar = Rok (RO-K)
kadang -kadang 'rok' membawa maksud 'larat' atau keupayaan meneruskansesuatu kerja.kalau ianya disebut dengan 'dok rok' membawa maksud samaada tidak larat atau tidak sihat.

35) Larat = Cakak (CA-KA-K)
Cakak lebih sesuai digunakan berbanding 'rok' untuk merujuk kepada 'larat'.

36) Tipu daya = Kecek (KE-CE-K)
Popular di Kelantan dan Terengganu.Jika ianya dibaca dengan 'Keccek' ianya membawa maksud 'bercakap' di dalam loghat Kelantan.

37) Uli = Kame (KA-ME)
Dibaca dengan 'Kamey'.boleh juga ditulis 'Kamir'.

38) Dusun = Bukek (BU-KE-K)
Sama sebutan dengan 'Bukit'.Sesetengah orang terengganu menggunakanistilah 'kapong' atau 'kampong' untuk merujuk kepada 'dusun'.

39) Beroh (BE-RO-H)
kawasan pantai yang mempunyai lopak-lopak yang dalam di beberapabahagian.seringkali dilarang untuk mandi di kawasan ini terutamanyabagi yang tidak pandai berenang.

40) Selalu = Sokmo (SO-K-MO)
Semua dah biasa dengar kot istilah 'senyum sokmo'.

41) Hampiri = Nete (NE-TE)
Dibaca dengan 'neytey'.kadang-kadag menjadi nette (neyttey) apabila diucap dengan kasar atau tegas.kadang-kadang disebut 'tete'(teytey)
10:14 PM | 0 ulasan | Read More

Terengganu Dialek Siri 1

1) Ambil berat = Cakna (CA-K-NA)
Perkataan yang digunakan merujuk kepada sifat seseorang yang mengambil berat atas sesuatu perkara.Dewan Bahasa dan Pustaka telah memasukkan perkataan ini dalam kamus DBP sebagai satu perkataan rasmi yang boleh digunakan dalam hal-hal persuratan.

2) Anjung / Beranda = Lambor (LA-M-BO-R)
Merujuk kepada satu bahagian rumah yang disediakan untuk bersantai atau tempat menyambut tetamu.

3) Awak = Deme (DE-ME)
Deme merujuk kepada awak. Banyak dituturkan di Terengganu dan Perak.Di Hulu Terengganu pula, sebutan 'Dime (Dimey) digunakan.

4) Awan = Awang (A-WA-NG)
Awan di dalam loghat Terengganu dipanggil Awang. Ianya juga menjadi nama bagi orang-orang Terengganu selain dari Embong (Embun). Awang juga dijadikan sebagai nama tidak rasmi sekiranya kita ingin memanggil seseorang itu tanpa kita ketahui nama sebenarnya. Sama seperti panggilan nama Ujang di Negeri Sembilan atau Johor.

5) Ayah = Bak (BA-K)
Bak adalah nama panggilan yang merujuk kepada ayah atau abah di Terengganu.Perkataan ini banyak digunakan di daerah Setiu, HuluTerengganu terutamanya di Kuala Berang dan Telemong, Marang dan Kuala Terengganu.Tidak dapat dipastikan sama ada perkataan ini turut digunakan di Dungun,Kemaman,Besut atau Kuantan.

6) Biar = Lok (LO-K)
Lok membawa maksud membiarkan atau dalam sesuatu kes seperti anakkecil menangis, ibunya akan kata, "Doksoh care ke dier, lok je die nangih.

7) Bodoh =Songo (SO-NGO)
Songo mungkin bermaksud sembilan di dalam loghat Jawa tetapi dalam loghat Terengganu ianya membawa maksud bodoh. Ayat-ayat seperti, bakpe mung songo sangat? Adalah ayat yangbiasa didengar apabila berada di dalam keadaan marah.

8) Capang = Gebeng (GE-BE-NG)
Gebeng (Geybeng)merujuk kepada sesuatu benda yang bersifat melebar seperti telinga ataulain-lain. Ianya juga menjadi nama rasmi sebuah tempat di daerahKuantan,Pahang.

9) Kemaman = wamang (WA-MA-NG)
Orang-orang tua kebiasaanya menyebut Kemaman sebagai wamang.

10) Kuantan = Watang (WA-TA-NG)
Sama seperti Kemaman, Kuantan disebut sebagai watang

11) Kopi = Kawa (KA-WA)
Di dalam loghat Terengganu, kopi disebut sebagai kawa.Kebanyakan remajadi Terengganu sudah tidak lagi mengenali perkataan ini. Kawa pernah ditanam di Kampung Beladau Selat dan Beladau Kolam di Kuala Terengganu selain di Chukai, Kemaman. Kedai Kawa juga banyak terdapat di sekitarKuala Terengganu pada masa dahulu.

12) Muara sungai = Mengabang (ME-NGA-BA-NG)
Mengabang bermaksud muara.Orang Terengganu biasanya hanya menyebutnyadengan sebutan ngabang. Antara nama-nama kampung yang menggunakanperkataan ini ialah Mengabang Telipot dan Mengabang Tengah.

13) Pamer = Lewa (LE-WA)
Satu perbuatan meronda-ronda seperti lagak polis yang sedangmengintip.ataupun satu perbuatan memerhatikan rumah seseorang denganberulang kali dengan niat-niat tertentu tanpa bersembunyi atauberselindung.

14) Sombong =Gong (GO-NG)
Ada tiga maksud yang merujuk kepada gong.Pertama ianya sejenis alatmuzik tradisional.Kedua, ianya membawa maksud kawasan tanah tinggi . Ketiga ianya bermaksud seseorang yang sombong. Antara nama kampung yang menggunakanperkataan ini ialah Kampung Gong Beris, Gong Rusila, Gong Kedak, GongBadak dan Gong Balai.

15) Tukar = Lele (LE-LE)
Lele (Leyley) bermaksud satu sikap yang suka menukar-nukar pakaian dan lain-lain lagi.

16) Nakal = Nano (NA-NO)
Seringkali merujuk kepada kanak-kanak yang suka buat hal tak kira tempat.

17) Bahagi = Kacong (KA-CO-NG)
Pada umumnya kebanyakkan orang hanya mengenali belalang Kacong atauPadang Kacong (sebuah kawasan di terengganu). Kacong bermaksud sesuatuyang dipotong-potong atau dibahagi-bahagikan samada kepada 2 bahagianatau lebih. Kadang-kadang kita biasa mendengar istilah' kacong kalang'(mengasah pensil).

18) Paksa diri = Tebeng (TE-BE-NG)
Merujuk kepada tindakan mendesak diri untuk melakukan sesuatu.

19) Halang penglihatan = Tebeng (TE-BE-NG)
Walaupun perkataan ini sama cara ianya ditulis tetapi sebutannyaberlainan. Kerana tebeng (halang penglihatan) dibaca denga 'e pipih'atau'Teybeng'.

20) Melimpah - Rumbu (RU-M-BU)
Lebih merujuk kepada situasi apabila sesuatu benda yang melimpah atau melebihi takat penuh sehingga melimpah keluar. Contohnya gula dan beras..
10:07 PM | 0 ulasan | Read More

LOBAK, TELUR, KOPI


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah duapuluh minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.



10:33 PM | 0 ulasan | Read More

2 x 5 = 2 x 5


Seorang suami mencari isterinya yang keluar dari rumah sejak pagi, dan belum pulang hingga sekarang. Dia mundar-mandir mencari seharian di kampung dan akhirnya dia menemukan isterinya sedang berada di tengah-tengah padang bola. Si suami memanggil isterinya dari pinggir padang...


Suami: Tipah! Buat apa kat tengah2 padang tuuu?

Isteri: Bang...Tipah tengah naik perahu di tengah laut...

Suami: Astaga...nanti kamu diejek orang gila...jom kita pulang!

Isteri: Abang pulang laa dulu...Tipah sedang memancing ikan paus ni...

Suami: Jom pulang sekarang...nanti abang pukul kamu!

Isteri: Silalah pukul...mari laa kalau abang berani!

Suami: Tipah kan tahu abang tak reti berenang...nanti abang carikan perahu...kau tunggu ya Tipah...



10:27 PM | 0 ulasan | Read More

Bahasa Melayu in IT


Why Dr. Mahathir insists on using English for math and science. Because globally people use the language as information and/or technology language at this moment. How dangerous it is if we were to use these words in Bahasa, especially in schools. See example below.

hardware = barangkeras
software = baranglembut
joystick = batang gembira
plug and play = cucuk dan main
port = lubang
server = pelayan
client = pelanggan

Try to translate this:

ENGLISH :
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

BAHASA MELAYU:
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."



hahahaha! bahaya!!! kekeke



10:23 PM | 0 ulasan | Read More

KEDAI ROTI

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"
10:17 PM | 0 ulasan | Read More

Skuter a.k.a Vespa




Generasi hari ini mengenali vespa sebagai skuter. Tahukah anda motosikal comel ini pernah menjadi kenderaan peperangan oleh tentera bersekutu AS menentang Nazi Jerman semasa peeprangan dunia kedua dulu. Asalnya vespa diciptakan adalah untuk mengelakkan pakaian penunggang menjadi kotor. Idea untuk mencipta vespa ditimbulkan oleh seorang jurutera aeronautical Corradiana D'Ascanio yang bosan melihat motosikal yang ada di eropah menyebabkan pakaian penunggang menjadi kotor.

Justeru itu dia ingin membawa revolusi baru dalam penciptaan motosikal. Lalu diperkenalkan motosikal yang mempunyai hadangan depan untuk menghalang kotoran melekat pada pakaian.

Pengalaman D'Ascanio dalam penciptaan helikopter moden membuatnya berfikir untuk menciptakan vespa mengikut teknologi aeroangkasa dimana enjinnya tidak menggunakan rantai untuk mengelakkan kekotoran sebaliknya menggunakan teknologi frank fork seperti gear pendaratan kapal terbang. Selepas peperangan dunia kedua tamat, vespa menjadi terkenal di Britain apabila remaja dari sub budaya Mod menjadikannya sebagai identiti mereka. Kini revolusi ini dikenal sebagai skuter.


9:49 PM | 0 ulasan | Read More

Kahwin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!
9:42 PM | 0 ulasan | Read More

Susahnya nak mencari bakal isteri



Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. “Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!”. Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka.


Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. “Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!” Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada…


Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. “Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu” Itu ok lagi.. Kalau…. “Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah” Tak ke naya?


Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? “Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan” Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?


Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. “Abg, Leha nak makan murtabak tu..” Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk…



9:29 PM | 0 ulasan | Read More

Salah siapa ??

ni ayang bagi abang....

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss gud morning pun susah.
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayan g nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak .
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
ayang



ni abang lak bagi kat ayang....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang kereta tu lebih dari ayang.. tapi ayang kena faham kereta tu kereta bos abang. Nanti kalau hilang siapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang taknak, ayang kata nak dok rumah jaga anak,nak siapkan sarapan nak kemas rumah tapi ayang tiap-tiap hari bangun tidur pukul 12.. macam mana nak buat kerja rumah..
Cuba lah ayang fikir mana tak abang tidur dalam kereta.. abang balik kerja lambat sikit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya-foya kan abang gi kerja...lagi satu pasal pizza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yang di oder dari Jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bagi apam balik yang jual kat depan ofis abang ni ayang tak nak, ayang nak jugak pizza dari Jepun.. nasib baik abang tak belikan kalau tak anak kedua kita tu mesti muka cam Doremon..ish tak nak laa abang..
Pasal hadiah, kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur..
ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas rumah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dari kereta tu wlaau pun hantaran masa kita kawin cuma RM 8k..ayang tak tau berape kali abang turun naik bank nak buat loan RM 8k..tapi demi ayang abang buat jugak..
sebab masa tu ayang kalau mekap memang sebijik Maya Karin.. tapi sejak ayang buat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap, abang terbayang lak muka pontianak dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam.. bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu pergi cukur buat apa.. walau pun abang selalu cukur janggut , tapi ayang tak payah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak cerita.. Tapi abang nak bagi tau jugak kat sini ayang tetap no 1 dalam hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kampung abang izinkan. Cuma jangan lupa kirim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jangan lupa bawak balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke, ayang tak payah laa susah-susah gi kejar lembu tu... biar jek.. nanti abang balik kampung abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nanti bukan setakat calar jek silap2 boleh masuk hospital. Abang kene tanduk takpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dapat anak bukan senang takut nanti ayang ngidam lagi pizza Jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jangan sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. memang abang ketawa...hahahhahah ahahha.........
9:09 PM | 0 ulasan | Read More

2 x 5 dengan pengetua

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6".
Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat-sangat luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe
9:05 PM | 1 ulasan | Read More

Wasiat seorang nenek

Ada sorang tua, nama dia Nenek Sarah. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung,… .

Keadaannya semakin hari semakin teruk. Sarah dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Meon untuk bacakan doa untuk Nenek Sarah. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Sarah dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Sarah memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Sarah menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Meon.

Pak Meon menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Sarah sebelum Nenek Sarah meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Sarah pun meninggal dunia.

Selepas seminggu kematian Nenek Sarah, Pak Meon pun datang ke rumah Sarah, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Sarah, tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk membaca wasiat dari nenek tersebut..

Pak Meon pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Sarah dan di akhir ucapan itu Pak Meon mengajak Sarah dan saudara maranya membaca wasiat itu bersama-sama. .Pak Meon pun membuka kertas itu dan mula membaca..... .

"Meon … . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu..."
kesian nenek sarah...



10:52 PM | 0 ulasan | Read More

Lawak Kat Negeri Arab

Ini cerita krew TV3 untuk episod Jejak Rasul. Tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis. Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje. Beberapa orang kampung pun datang nak tolong.

Seorang krew TV3 berkata sambil menepuk bonet kereta "Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".

Seorang lagi krew TV3 berkata sambil menunjuk lubang tangki minyak " Petrol - Sodaqallah hul azim". Pening semua Pak Arab tu.

Kali ni berlaku di Makkah. Satu hari seorang pak cik jalan dengan bini dia di lorong kota Makkah, al-Mukarramah dan nak jadikan cerita dia tersesat dan tak tau jalan nak balik hotel. Nak tanya Pak Arab, dia tak tau cakap Arab. Pikir punya pikir dia pun teringat satu kelas tafsir yang dia pernah ikut.... Dia pun tanya pak arab ni...

" Ana fi dhala limmubin " (terjemahan - Saya dalam kesesatan yang nyata..)

Dia sambung lagi... " Ih dinassira thal mustaqim " (terjemahan - Tunjukkan kami jalan yang lurus..)

Pak Arab tu pun tepuk dahi... MasyaAllah...
10:50 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin