Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa YANG mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
11:13 PM | 0 ulasan | Read More

Pantun Muncung

Du’u tugu kucung burluru,
Munu nuk sumu su kucung bulung,
Du’u tugu buluh ku curu
Munu nuk sumu cuk uduk surung.

Gunung du’uk burcubung tugu,
Huncur budun du kundung tunuh,
Budu yung bu’uk dukunung jugu,
Du’u tugu kucung burluru.

Bu’uh cumpuduk du luur pugur
Umbul guluh tulung julukkun,
Humbu buduk buru burlujur,
Kulu suluh tulung tunjukkun.

Pusung umus dubuwu burluyur
Musuk subujuk du utus putu,
Hutung umus buluh dubuyur,
Hutung budu du buwu mutu…

Suku’un turumu kusuh…


10:36 PM | 0 ulasan | Read More

Karangan Pra UPSR

10:14 PM | 0 ulasan | Read More

Tragedi Mercun Bright Sparklers, Sg Buluh (Mei 1991)

Kejadian Berdarah Yang Pernah Mengemparkan Negara Sekitar Mei 1991 Dahulu.


12:26 AM | 0 ulasan | Read More

Cara nak takutkan jiran anda !!!!!


1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.
Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur….nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu…. lagi wangi lagi real…

2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.
Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah…hehehe”.

6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda.
Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7.) Suruh isteri dan anak2 anda memanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2.
Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.
Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.
Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).
Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.
Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror….!



12:15 AM | 0 ulasan | Read More

Kilang Machine Gun

11:58 PM | 0 ulasan | Read More

Kereta Obesiti


11:48 PM | 0 ulasan | Read More

Transformers for Girls



11:46 PM | 0 ulasan | Read More

Bila Ular Telan Kanggaru

11:44 PM | 0 ulasan | Read More

Kalkulator Zaman Dulu

11:25 PM | 0 ulasan | Read More

Nilai Tukaran Mata Wang Terendah Dunia

Perbandingan dengan US Dollar..

1. 10 million Zimbabwean Dollars = US $4








2. 500.000 Vietnamese Dongs = US $26








3. 100.000 Indonesian Rupiah = US $8








4. 50.000 Iranian Rial = US $5








5. 50.000 São Tomé Dobra = US $2.50
11:10 PM | 0 ulasan | Read More

Teka Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU .
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”.

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
12:39 AM | 0 ulasan | Read More

Taubat Seorang Pondan

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator cum penyambut tetamu. Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakaiannya menjadi seorang 'wanita'. Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir macam-macam ada. Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan takut-takut ada yang patah katil bujang nanti. Sabun pulak jangan ceritalah, sejak-sejak kebelakangan ni, asyik kehabisan stok saja. Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka, Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya. Tak sama line lah braderrrr..... Hari demi hari berlalu dengan pantas kehidupan kotaraya makin mencabar. Kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan. Kes jenayah makin menjadi-jadi . Rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampungnya yang telah vogue gitu ... Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya.. dan rambut al-ala Norrita..Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan ke'Ayu"an.

Di panjangkan cerita..

Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis
tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 999 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula bergerak ... namun Ayob masih maintain machonya

Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .

Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenagnya nak bertaubat.. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf ... TAUBATTTTT ... aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun sorathabag macam dot dot dot tu .... isk isk isk huaaaaaa ... .

Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan. Alhamdulillah ...

Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat ..... Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali ni habis-habisan. Aku akan ... pakai tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What do u thing Ayob ?
Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah. .. ... ..( Ingat taubat betoi-betoi )



12:32 AM | 0 ulasan | Read More

Kek Pelik & Jelek

Klik disini untuk gambar seterusnya



11:10 PM | 0 ulasan | Read More

Tumbuhan Menyerupai Manusia


Klik disini untuk gambar seterusnya


10:54 PM | 0 ulasan | Read More

Bank Condong



Menara Condong Teluk Intan
, Perak, Malaysia




Menara Condong Pisa, Italy



Bank Condong Mak Cik Pisah, Belakang Rumah....


10:30 PM | 0 ulasan | Read More

Kereta Labi

Pernah tengok kereta labi tak ? Kalau kat Kelantan/Terengganu, kereta labi tu macam kereta sorong satu tayar yang digunakan oleh pekerja untuk mengangkut pasir atau batu dll. Tapi yang ni.. lagi real kereta labi....

9:59 PM | 0 ulasan | Read More

Kawasan Dosa

9:57 PM | 0 ulasan | Read More

Keluarga Mat Rempit

9:56 PM | 0 ulasan | Read More

Geng Bas Sekolah



Geng Bas Sekolah Versi Malaysia




Geng Bas Sekolah Versi India
9:53 PM | 0 ulasan | Read More

Esok baru cabut


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”


8:27 AM | 0 ulasan | Read More

Siapa lagi bodoh ?



Dua orang Datuk ahli perniagaan telah membuat perbincangan di sebuah hotel ternama. Sebelum mereka berbincang mengenai perniagaan, mereka berbual kosong mengenai diri masing-masing.

Datuk A : Datuk B, saya ada masalah sikit sebab driver saya tu bodoh sangatlah.
Datuk B : Datuk A, driver saya lagi bodoh.
Datuk A : Kalau begitu kita panggil driver kita, tengok siapa yang lebih bodoh.

Datuk A pun memenggil drivernya masuk ke bilik.

Datuk A : Mat, kau ambil duit RM10.00 pergi beli sebuah Mercedes mata belalang!
Mat : Baik datuk (terus keluar bilik)
Datuk A : Tengok! macam mana bodohnya driver saya.
Datuk B : Itu tak berapa bodoh, driver aku lagi bodoh, Datuk A tengoklah nanti.

Datuk B terus memanggil drivernya supaya masuk.

Datuk B : Abu, kau balik rumah saya sekejap, kau tengok ada tak saya kat rumah.
Abu : Baik datuk (terus keluar)
Datuk B : Datuk A tengoklah, saya tercongok kat sini dia tak boleh fikir.

Kedua-dua driver tadi bertemu di lobi hotel.

Mat : Abu, Datuk A tu bodoh betul laa... ada ke dia suruh aku beli mercedes mata belalang, kan hari ni hari minggu, kedai semua tutup.
Abu : Datuk B lagi bodoh, dia suruh aku balik tengok dia ada tak kat rumah? Dia ada h/phone, sepatutnya dia telefon aje lah.


7:46 PM | 0 ulasan | Read More

Telur


Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menympan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah
berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..

Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak DI pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

Manager : Chess!! Tak guna punya orang tua!!


7:43 PM | 0 ulasan | Read More

Kaki Palsu

8:28 PM | 0 ulasan | Read More

Awek Cun

8:27 PM | 0 ulasan | Read More

Jalan Buntu

8:24 PM | 0 ulasan | Read More

Fesyen Rambut Dulu-Dulu

8:23 PM | 0 ulasan | Read More

Tandas Bersama


Zaman dah moden + nak jimatkan space...so tandas lelaki dan perempuan boleh digunakan bersama...


8:21 PM | 0 ulasan | Read More

Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
8:06 PM | 0 ulasan | Read More

Si Pemandu Teksi



Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. Tanpa berlengah dia terus menelefon teksi. Sebaik sampai, orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah utk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemubual beberapa jiran dan keluarga mangsa. Kemudian, dia menghampiri seorang lelaki yg begitu asyik memerhatikannya bertugas.
"Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan. "Tidak" jawab lelaki itu. "Mungkin ahli keluarga mangsa?"soal wartawan lagi. "Tidak, saya tak ada kaitan langsung dgn mangsa" "Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini??"tanya wartawan lagi. "Kerana saya adalah pemandu teksi yg bawa awak ke sini. Saya menunggu tambang yg belum awak bayar ..


8:01 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin