Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.
Namun bagi masyarakat Melayu, 'saka' lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).
Dan lebih khusus lagi ia disebut 'saka' apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.
Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.
Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.
Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.
Pewarisan saka secara sedar atau tidak,apakah tanda-tanda nya?
Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.
Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.
Mereka yang menjadi Sasaran Saka (antara punca-puncanya,mungkin salah satu)
- Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
- Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
- Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
- Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
- Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
- Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
- Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.
Tanda Seseorang itu mempunyai Saka
Gejala pada waktu tidur:
- Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
- Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
- Mimpi berada di tempat sunyi.
- Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Proses Pemindahan Saka /Pewarisan Saka
Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:
- Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
- Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.
- Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
- Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.<--perkara ini yang sering berlaku kepada pewaris yang tidak menyedari hal ini,menyimpan barang pusaka,tanpa sedar telah mewarisi saka..oleh itu,sekiranya ada barang yang diragui bawalah berjumpa ustaz dan org yang lebih arif...Jangan ke bomoh siam,sebab apa,syirik tau,dah tue mungkin lagi byk jin berdamping karang...Mintak dijauhkan ..amin
- Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
- Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:
Ertinya:
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6
Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
0 ulasan:
Post a Comment