Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

14 Kuasa Hebat Teh



Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. Teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser


10:26 PM | 0 ulasan | Read More

CARA MEMOTONG KUKU

Dari JAKIM

Soalan :
Saya ingin mengetahui kesahihan hadis berikut :-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

1. Barangsiapa mengerat kuku pada hari SABTU, nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

2. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari AHAD, nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

3. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari ISNIN, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

4. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari SELASA, nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

5. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari RABU, nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan.

6. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari KHAMIS, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

7. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari JUMAAT, nescaya keluar dosa-dosanya seperti bayi baru dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

**** KESIMPULANNYA****
Hendaklah memilih hari ISNIN, KHAMIS DAN JUMAAT sebaik-baiknya untuk mengerat kuku...

Jawapan :

Tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Walaubagaimanapun, hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.


10:13 PM | 0 ulasan | Read More

Nasi Beriani Power

9:54 PM | 0 ulasan | Read More

Seni Kulit Telur

9:50 PM | 0 ulasan | Read More

Terlupa Makan da..


Pada satu malam isteri Udin mengejutkan Udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: Hish apa ni kejutkan orang tengah2 malam ni...
Isteri: Abang lupa makan ubat la...cepat la bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????
9:49 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Tragis Seorang Wartawan


Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang, Malaysia. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone dan camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.
Imbang Penuh
“Hai…sorang ke bro”, tiba-tiba wartawan itu di sapa.

“A’ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni”, kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.
“Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni”, bisik hati wartawan itu.
Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

“Eh eh… ada dara lagi la kat sini”, ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.
“A’ah lah… kat depan kita ada dara”, ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

“Saya bukan dara lagi la”, ujar wartawan itu.

“Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu…”, ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.


Moral kepada lelaki :-
Jangan kentut dihadapan GAY. AWAS!!. Teknik terbaru mengesan dara lelaki tau!!!!


9:24 PM | 0 ulasan | Read More

Pelik ?

9:17 PM | 0 ulasan | Read More

Maluuu...



Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan… pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya… Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. “Hey Hashim…”

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang…dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab…. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang… Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek…. Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi..”

Tiba-tiba nenek berkata ” Hey Hashim” Kerana kehairanan yang amat sangat… “Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?”

Nenek itu menjawab.. “La engkau ni… ini aku la… Roslan!”


9:16 PM | 0 ulasan | Read More

Seni Lukisan 3 D

9:13 PM | 0 ulasan | Read More

I,m sori..



Caller: Hello, can I speak to Annie Wan?
Operator: Yes, you can speak to me.
Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: Yes I understand you want to speak to anyone. You can speak to me. Who is this?
Caller: I'm Sam Wan. And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?
Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noe Wan was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.
Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!
Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Ree.
Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!
Operator: That's what I said. I'm Saw Ree



9:11 PM | 0 ulasan | Read More

Rumah Batu di Iran

9:07 PM | 0 ulasan | Read More

Budak dalam ni...


Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi. “Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”. Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata, “Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”. Lelaki itu pun dengan tersipu2 membuang puntung rokok tersebut.Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula?

Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu berkata “Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ….


8:59 PM | 0 ulasan | Read More

3 langkah ( Orang Bujang Wajib Baca !!! )

Cerita pasal jodoh kahwin, memang seronok... 3 langkah je utk menuju ke gerbang perkahwinan... korang perhatikan tips-tips yg aku bagi ni termasuk kos-kos yang terlibat secara langsungnya....

Langkah pertama

Berjumpa ----> jatuh hati ----> mengorat

Kos:

1. Bunga 3 kuntum (RM 15.00)

2. Surat: kertas A4, sampul, setem / upah pos budak hantar (RM 2.00)(tapi orang dok YM je sekarang ni..bayar bil Interenet je la)

Jumlah RM 17.00 ok.

Langkah 2

Mengorat ----> bergayut (handphone) ----> bagi bunga, ajak makan, tengok wayang, berjalan2, shopping

Kos:

1. Bil h/phone : RM 10/sehari (top-up)... sebulan RM 300

2. Bunga: RM 15/ seminggu (Ahad saje pergi date)... sebulan RM 60

3. Makan 2 orang (takkan 3 org plak): RM 50/seminggu (kira makan sedap tu macm KFC, McD, Burger King dll tempat yang berair-cond, takkan gerai tepi jalan yang takde standard)... sebulan RM 200

4. Tengok wayang: RM 20 (2 orang) + RM 20 (popcorn / jajan)...sebulan 2x, RM 80

5. Berjalan-jalan, duit minyak @ duit tambang: RM 10 - 30

6. Shopping: Wallahualam, kalau boleh dijauhkan ataupun standby je RM 100 lagi dalam poket.

Jumlah: dalam lingkungan RM 800 sebulan. ok ke tidak ni....(gigil jugak beb), sebab itu orangg tua kata jangan tunggu lama-lama... cepat-cepat ler kahwin...

Langkah 3

Merisik ----> bertunang ----> berkahwin

Kos:

1. Hantaran 7 dulang, RM 50 x 7 = RM 350 (sepupu aku bagi info ni..), 2x = RM 700

2. Cincin merisik = RM 200, cincin tunang = RM 500, cincin perkahwinan = RM 1,000

3. Duit maskawin = RM 82, duit nikah kahwin = RM 150, duit kursus = RM 80

4. Duit hantaran terkini RM 8,000 - RM 10,000 (kita kena paham, harga barang dah naik)

5. Duit kenduri sebelah lelaki RM 7,000 (itupun kalau gotong royong orang kampung)

6.Karaoke @ kugiran: RM 500 ~ RM 1,000

7. Mak andam, set pelamin dsb.nya: RM 3,000

Jumlah kasar: RM 25,000 ~ 30,000 (itu kira dah bajet tu...)



Oleh itu, belajar le rajin2, kerja cari duit simpan bebanyak, kemudian baru cari awek, jodoh tuhan dah tentukan, mengapa kita perlu risau... aku jua turut memberi ingatan pada diriku dan juga untuk korang semua....

Alangkah baiknya, kalau langkah no. 2 tu korang praktikkan pada mak ayah kitea yang membesarkan kita dari lahir sampai dapat mengenal dunia ni... isk..isk..isk..
12:20 AM | 0 ulasan | Read More

Only in....

12:08 AM | 0 ulasan | Read More

Seni Belon

12:06 AM | 0 ulasan | Read More

Sendaloka Malam Pengantin



Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli.

Dimatikannya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"
"Dah, apa cerita ni ?" tanya Ramli dalam hati. Separuh malam dia terbaring berfikir.
"Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. kesian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam ke 2 adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza.
Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?"
"Kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayahnya yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru'.

"Laa.." keluh ayah Ramli, "aku hantar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal Adam & Hawa, Laila & Majnun, Romeo & Juliet... (yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"Oh. cam tu." sengih Ramli, "Baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu Ramli pun tiba. Adegan sama dikamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

"Alah..ngape pulak senyap. Takkan dia give up" tertanya-tanya si Ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata,

"Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun...
"Kain pelikat dah disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" Pun..masih takde jawapan...
Ramli mencuba lagi.
"Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"
Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,

"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"



11:55 PM | 0 ulasan | Read More

Original Adidas

11:53 PM | 0 ulasan | Read More

Kereta terbang lulus ujian



NEW YORK - Dengan hanya menekan beberapa butang sebuah kereta mampu berubah menjadi sebuah kapal terbang dalam masa 30 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia mampu terbang pada kelajuan 185.07 kilometer sejam dan bergerak sejauh 724 kilometer dengan menggunakan minyak petrol tanpa plumbum biasa.

Kereta terbang pertama dunia itu dipandu uji oleh seorang juruterbang veteran Amerika Syarikat (AS), Phil Meteer.

Dia mengendalikan kereta terbang itu di Lapangan Terbang Plattsburg, New York.

"Kereta ini terbang seperti sebuah kapal terbang."

Pembuat kereta terbang itu, syarikat Terrafugia dari Woburn, Massachusetts menyatakan ia akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Carl Dietrich berkata: "Kejayaan itu akan mengubah pergerakan peribadi di dunia."

Kereta sepanjang 5.79 meter itu berharga AS$182,405.31 (RM664,145). - Agensi

sumber:Kosmo



11:11 PM | 0 ulasan | Read More

Televisyen ternipis di dunia















Seorang promoter mempamerkan duit syiling bersebelahan dengan panel televisyen terbaru LCD keluaran LG Display yang merupakan panel televisyen paling nipis di dunia semasa pameran di Seoul, semalam. -AFP


Syarikat Korea Selatan, LG Display mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair (LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.

Panel televisyen berukuran 42 dan 47 inci itu menggunakan sistem pencahayaan belakang diod pancaran cahaya (LED) yang membolehkan ia direka senipis 5.9mm, demikian menurut LG Display dalam kenyataannya.

Pengeluar televisyen LCD kedua terbesar dunia itu berkata, produk terbarunya itu hanya seberat 6.1 kilogram dan 7.3 kilogram, iaitu separuh daripada berat televisyen konvensional.

"Paparannya dapat menghasilkan warna seperti semula jadi dengan ketepuan sehingga 80 peratus," demikian menurut kenyataan itu.

Televisyen terbaru itu juga dikatakan dapat menghilangkan kesan pergerakan samar dan mempunyai resolusi definisi tinggi.

Naib Presiden Eksekutifnya, Chung In-jae berkata, produk terbaru menunjukkan teknologi terkini yang digunakan LG membolehkan rekaan televisyen ternipis direalisasikan.

LG Display dan pesaing tempatannya, Samsung, kini mendahului dunia dalam pengeluaran skrin panel rata di pasaran global dan sedang bersaing untuk menghasilkan panel lebih nipis untuk televisyen berdefinisi tinggi.
11:07 PM | 0 ulasan | Read More

Lelaki Hamil..!!!


Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, dia pun tanya balik), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)



12:24 AM | 0 ulasan | Read More

"Tiga B"

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'.. . apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang.. . saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"
12:16 AM | 0 ulasan | Read More

TEKA-TEKI YANG LAYAK DIBERI PENAMPAR !!!…



1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

9) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’
Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kena tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……

Hahahahahahahahhhahahahh !!!!!!!



1:27 AM | 0 ulasan | Read More

Jika Wanita Umpama Ikan


Jika wanita diumpamakan ikan, kategori ikan apakah yang jadi favourite anda?

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA..

IKAN AROWANA
Kalau yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata… nakal melihatnya di manapun dia bergaya…..
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya. …
INI PERAGAWATI, CELEBRITY or ke atas……

IKAN MAS KOKI
Ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan…..
INI BINI ORANG……

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalau sudah menempel, susah sangat nak lepaskannya. … macam gam…
INI AWEK ALIM, ANAK USTAZ nii…….

IKAN KELI
Kalau yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN…….

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu… saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain….
INI BINI SENDIRI….

kesimpulan: baik makan ikan bilis yerk… halal lagi.. hehehehe
1:20 AM | 0 ulasan | Read More

Sengaja atau tak sengaja?



1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal, tikar dan pakai sarung serta membaringkan badan ketika bekerja.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren komuter jem.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
- Tertinggal solat kerana tertidur

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
- Sengaja membaringkan diri anda sedangkan waktu solat dah waktu gajah (waktu dah nak habis).


1:17 AM | 0 ulasan | Read More

Hairan Sungguh Ye ?


1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerajaan menetapkan had laju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja,tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi had laju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bila masa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia,tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian,setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa…DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5sen balik… tanpa faedah!.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat “post-mortem” tanpa membuat “post-mortem” keatas pegawai yang membuat “post-mortem” tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu… .mungkin takut kena rompak… tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang “secukupnya” bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu anyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu “traffic jam” terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bilamasa sesuatu “traffic jam” terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab “mamat@yahoo.com”.

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok “chatting” dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah “out-of-date” selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44.Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29″ tetapi hanya dapat menonton 20″ sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam “Guestbook” sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam “chat room”.

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.



1:15 AM | 0 ulasan | Read More

Misteri tapak kaki 1.5 juta tahun

Oleh Nurul Adlina Kamaludin adlina@bharian.com.my


Kesan ditemui di utara Kenya dipercayai kedua tertua di dunia

KAWASAN pesisiran Tasik Turkana, Ileret di utara Kenya menjadi tumpuan ramai baru-baru ini berikutan penemuan bersejarah tapak kaki manusia awal dipercayai berusia 1.5 juta tahun yang menyingkap misteri antara fasa terawal evolusi manusia.
Penyelidik, Prof Mathew Bennet menunjukkan kesan tapak kaki di Ileret, Kenya.


Penyelidik, Prof Mathew Bennet menunjukkan kesan tapak kaki di Ileret, Kenya.

Tapak kaki dipercayai milik seorang manusia yang mempunyai ketinggian kira-kira enam kaki itu adalah yang kedua tertua di dunia selepas penemuan sepasang tapak kaki di Tanzania tidak lama dulu yang dikatakan berusia jauh lebih lama iaitu 3.7 juta tahun yang ditemui pada 1978.

Namun demikian, penemuan tapak kaki di Kenya itu menjadi bukti tertua membuktikan manusia prasejarah sebenarnya berjalan menegak atau berdiri.

Biarpun penemuan dua tapak kaki berlainan era ini pada tempoh berbeza, ia mempunyai persamaan iaitu membabitkan kesan yang ditemui pada kedalaman lima meter dalam tanah.

Paling penting, ia menjadi bukti penting yang manusia pada ketika itu sememangnya berjalan menegak dan bukannya membongkok. Ini sekali gus dapat menyanggah Teori Evolusi Charles Darwin yang mendakwa manusia berasal daripada monyet - teori yang biarpun berusia lebih 100 tahun, tetapi masih hangat diperdebatkan kalangan saintis moden sehingga ke hari ini.

Penemuan bersejarah tapak kaki di utara Kenya itu adalah hasil gigih sekumpulan ahli arkeologi antarabangsa daripada Muzium Negara Kenya, Universiti Bournemouth (Britain), Universiti George Washington (Amerika Syarikat), Universiti Rutgers dan Universiti Cape Town di Afrika Selatan.

Kejayaan kumpulan arkeologi itu juga hanya menambahkan lagi bukti kewujudan era prasejarah di bumi Afrika.

Kalangan penyelidik itu menyifatkan penemuan tapak kaki itu membuktikan manusia zaman itu melalui proses evolusi dan menyamai fungsi seperti manusia hari ini.

“Bagi kami, penemuan seperti ini sememangnya amat jarang berlaku dan ia sememangnya amat bernilai bukan saja dari segi arkeologi tetapi juga mendedahkan peradaban awal manusia,” kata salah seorang penyelidik, Prof Brian Richmond, ketua saintis dari Universiti George Washington yang menyertai ekspedisi berkenaan.

Tapak kaki itu ditemui di kawasan lapisan mendapan tanah liat di Ileret. Malah tanah liat itu dikatakan menjadi antara sebab tapak kaki itu masih mampu terpelihara dengan elok biarpun sudah berusia lebih sejuta tahun lamanya.

Ia ditemui dan disahkan kumpulan penyelidik itu yang menggunakan kaedah tiga dimensi bagi menganalisis tapak kaki lama serta membandingkannya dengan tapak kaki manusia hari ini.

Permukaan tanah yang dipijak pemilik tapak kaki misteri itu disahkan berusia antara 1.51 hingga 1.53 juta tahun. Berpandukan data ini, kumpulan saintis itu membentuk model cetakan digital tiga dimensi (3D) yang menepati kiraan pecahan bagi setiap milimeter.

Kumpulan saintis itu akhirnya membuat rumusan yang tapak itu berkemungkinan besar milik Homo erectus - satu spesies manusia yang diketahui hidup di utara Kenya pada era prasejarah berkenaan.

Homo erectus atau Homo ergaster ini sememangnya dikenali sebagai manusia pertama yang mempunyai ciri berkaki panjang dan bertangan pendek, sama seperti Homo sapiens atau manusia moden.

Bukti paling ketara kaitan rapatnya tapak kaki milik manusia prasejarah itu dengan manusia moden adalah ibu jari kaki beserta jari kaki lainnya selain mempunyai buku lali serta tulang kaki.

Berikutan itu, mereka percaya tapak kaki awal yang ditemui di Tanzania itu dimiliki spesies manusia dikenali Australopithecus afarensis, spesies awal manusia yang diketuai mendiami kawasan timur Afrika kira-kira tiga hingga lima juta tahun dulu.

Hasil analisis saintifik saintis yang menggunakan teknologi imejan 3D dan butiran saintifik lain, membuktikan perbezaan tapak kaki di Kenya dengan yang ditemui di Tanzania.

Apa yang pasti, penemuan terbaru di Kenya itu membuktikan manusia awal sememangnya tidak jauh bezanya dengan manusia hari ini dan ia pasti menjadi antara bukti penting bagi menyanggah teori Darwin yang mengaitkan manusia dengan binatang.

Ia juga membuktikan, kemajuan teknologi hari ini bukan setakat mampu mengesan lokasi fosil penting manusia lama, tetapi dapat memberi butiran seperti usia serta peradaban ketika itu. Paling penting, ia mendedahkan satu lagi bukti bagi menyingkap satu demi satu misteri peradaban manusia terawal dunia.

INFO: Sejarah penemuan tapak kaki

2009 - Tapak kaki manusia 1.5 juta tahun di Kenya
2008 - Tapak kaki haiwan 570 juta tahun dipercayai tertua di dunia, di Nevada, Amerika Syarikat.
2007 - Tapak kaki manusia 2 juta tahun di gurun di barat Mesir
1978 - Tapak kaki 3.7 juta tahun ditemui di Tanzania



1:03 AM | 0 ulasan | Read More

19 Keistimewaan Wanita & 6 Jenis Wanita Malang

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM


1:01 AM | 0 ulasan | Read More

Syaitan & Hidung


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: “Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.” (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata……..”Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku” .


12:54 AM | 0 ulasan | Read More

Fikrah: Nabi lihat 10 seksaan timpa wanita


RASULULLAH saw menangis setiap kali mengenangkan 10 jenis seksaan yang dilihat menimpa wanita ketika Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj. Antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda juga melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

“Sayang pada isteri,anak-anak perempuan berpada-pada jangan biarkan kasih sayang kita menjadi penyebab kita dan mereka menghuni neraka… ”

NAU’ZUBILLAH…


12:52 AM | 0 ulasan | Read More

Shieldbug kesan kamera tersembunyi

OLEH: MOHAMMAD YASIR JAAFAR

PRODUK ini mempunyai reka bentuk seperti kumbang dan didatangkan dengan empat warna menarik. ERA digital masa kini banyak memperlihatkan penemuan gajet-gajet yang dicipta khusus untuk mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat.Namun, di sebalik kemajuan tersebut, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan teknologi untuk tujuan negatif.

Salah satu permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat masa kini adalah berhadapan dengan kehadiran kamera pengintip yang dipasang dengan tujuan merakam video atau imej individu untuk tujuan tidak bermoral.

Perlakuan tidak sihat ini sekali gus mampu menyebabkan pencabulan maruah dan gangguan terhadap kehidupan peribadi seseorang itu.

Kamera tertutup yang direka khusus untuk tujuan keselamatan seperti pemantauan anak-anak di rumah, penyeliaan kawasan kerja kini bertukar menjadi ancaman kepada kebebasan sivil masyarakat.

Kurang penguatkuasaan terhadap penggunaan kamera litar dikenal pasti sebagai punca penyalahgunaan alat tersebut untuk tujuan yang tidak bermoral, tambahan pula, kamera tersebut boleh didapati dengan mudah dan murah bergantung kepada keupayaannya.

Dalam pada itu, tiada undang-undang diperuntukkan bagi mewajibkan pembelian dan pemasangan produk kamera berkenaan perlu didaftarkan.

Malah di negara ini, kemunculan beberapa siri kes rakaman video kamera tertutup menjadi bukti bahawa penggunaannya telah disalahguna.

Sejajar dengan itu, Nada Sepakat Corporation (M) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Sheildbug, alat pengesan kamera tertutup tanpa wayar.

Alat pengesan bersaiz kompak itu hanya memiliki berat 25 gram dan sangat efektif dalam mengesan kamera yang tersembunyi.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Al-Hardy Fakharudin, penggunaannya bertujuan untuk menghindari seseorang daripada menjadi mangsa intipan kamera tersembunyi terutama ketika berada di bilik persalinan pusat membeli-belah atau bagi pasangan suami isteri yang sedang bercuti di pusat-pusat peranginan.

“Shieldbug yang merupakan teknologi ciptaan Australia dan pembuatannya dihasilkan dari China telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat negara ini sejak ia mula diedarkan pada November tahun lalu,” katanya.

Produk ini mempunyai reka bentuk seperti kumbang dan didatangkan dengan empat warna menarik iaitu hijau, kuning, merah dan biru.

Dari sudut prestasi, ia berkemampuan untuk mengesan kamera tanpa wayar di dalam ruang yang berkala tujuh meter.

Penggunaannya sangat efektif kepada kawasan tertutup seperti bilik, bangunan, bilik mesyuarat, tandas, rumah rehat, hotel dan pelbagai tempat awam yang menjadi tumpuan pemasangan kamera pengintip.

Dalam pada itu, Shielbug mengesan kamera yang tersembunyi melalui gelombang frekuensi yang terhasil daripada kamera berkenaan.

Pada kebiasaannya, kamera tertutup tanpa wayar menggunakan gelombang antara 1.2 gigahertz (GHz) sehingga 2.4 GHz sejajar dengan pembuatan Shieldbug.

Khusus

Sementara itu, Shieldbug pula telah direka khusus untuk mengesan penghasilan gelombang frekuensi yang berkala sama dan tidak bertindak balas terhadap gelombang yang dihasilkan daripada telefon bimbit ataupun kemudahan Internet tanpa wayar.

Kelebihan ini membuatkan produk inovasi ini bertindak balas kepada gelombang frekuensi yang telah ditetapkan sahaja dan tidak akan menjejaskan isyarat gelombang yang lain.

Shieldbug bertindak mengeluarkan bunyi ‘beep’ sebaik sahaja mengesan gelombang frekuensi yang dihasilkan menerusi kamera pengintip tersembunyi.

Produk tersebut didatangkan dengan dua mentol led yang berupa seperti sepasang mata serta berfungsi sebagai kesediaan Shieldbug untuk digunakan dan penunjuk jika terdapat sebarang isyarat frekuensi kamera.

Seterusnya, sebaik sahaja Shieldbug dihidupkan mentol LED yang terletak pada sebelah kanan akan mengeluarkan cahaya hijau dan sekiranya kehadiran kamera dikesan bunyi beep akan terhasil.

Pada masa yang sama, mentol LED yang terletak pada sebelah kiri akan mengeluarkan cahaya hijau dan bertukar menjadi merah sekiranya jarak kamera yang dikesan dekat dengan Sheildbug.

Lebih menarik, produk ini didatangkan dengan jaminan selama enam bulan dan boleh didapati dengan harga RM277 bagi setiap pembelian.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai Shielbug boleh diajukan dengan menghantarkan e-mel ke info@nasdasg.


12:46 AM | 0 ulasan | Read More

Ancaman rangkaian WiFi


Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN
rencana@kosmo.com.my

Anda mungkin terpaksa bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan orang lain. Demikianlah bahana pencerobohan WiFi.

PENCEROBOHAN WiFi meletakkan pengguna yang tidak bersalah dalam keadaan bahaya.

RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan WiFi bukanlah suatu yang asing di negara kita.

Setelah lebih 12 tahun Internet diperkenalkan di Malaysia, bilangan pengguna rangkaian yang menggunakan frekuensi radio ini semakin bertambah.

Jika dahulu, WiFi hanya terhad kepada pengguna komersil seperti kafe eksklusif dan organisasi, kini ramai pengguna memasangnya di rumah bagi memudahkan mereka melungsuri Internet.

Namun masih ramai pengguna yang tidak melindungi rangkaian mereka dengan ciri keselamatan yang terdapat pada AP atau Access Point. Ini menyebabkan rangkaian tanpa wayar mereka terdedah kepada penjenayah siber - penipu, lanun siber dan pencuri maklumat.

Pernahkah anda terfikir, rangkaian anda yang tidak dikunci boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti seperti menghantar emel ugutan, mencuri kata laluan perbankan dalam talian, menulis blog berunsur subversif serta menggodam laman web organisasi tertentu?

Lebih menakutkan lagi, jika pihak berkuasa mengesan alamat IP capaian Internet anda sebagai punca aktiviti jenayah yang dilakukan, menyebabkan anda menjadi ‘pak sanggup’ di atas kesalahan orang lain.

Ya!, anda berhadapan dengan risiko ini sekalipun tujuan tidak mengaktifkan ciri sekuriti pada rangkaian anda ialah bertujuan untuk berkongsi akses Internet dengan jiran-jiran anda. Ramai juga yang tidak melindungi rangkaian mereka kerana kekurangan pengetahuan teknikal.

Golongan tidak bertanggungjawab ini lazimnya akan menumpang rangkaian wayarles yang tidak dilindungi - secara automatik membolehkan mereka menyamar seolah-olah pengguna sah pemilik sesuatu rangkaian itu.

Ia tidak ubah seperti mencuri talian telefon, cuma bezanya pemilik tidak akan perasan kerana kebanyakan pengguna rangkaian ini merupakan pelanggan jalur lebar tanpa had.

Malah, catatan pada bil bulanan tidak menunjukkan sebarang penggunaan yang luar biasa.
Secara perbandingannya, pemilik rangkaian wayarles rumah di negara-negara Barat lebih menitikberatkan tahap keselamatan rangkaian mereka, menurut kajian yang dijalankan oleh firma sekuriti RSA tahun ini.

Di kota Paris sebagai contoh, 98 peratus daripada pemilik rangkaian WiFi telah melindungi rangkaian mereka. New York pula menduduki tempat kedua dengan 97 peratus manakala London menduduki tempat ketiga dengan 90 peratus.

Sungguhpun belum ada statistik khusus yang menunjukkan jumlah aktiviti jenayah siber jenis ini di negara kita, ia tidak bermakna kita semua terhindar daripada ancaman ini.

Salah satu contoh yang wajar dijadikan iktibar ialah kes seorang remaja di Singapura yang menghantar ancaman bom palsu di forum Internet menggunakan rangkaian wayarles jirannya sehingga menyebabkan jirannya yang tidak bersalah itu ditahan pihak berkuasa.

Aktiviti menumpang rangkaian seperti ini begitu popular. Ini kerana penjenayah siber tahu sekiranya ada pihak yang cuba mengesan, jejaknya akan berakhir di rumah pemilik rangkaian tersebut. Sungguhpun pemilik rangkaian WiFi yang tidak bersalah boleh membersihkan nama mereka dengan menepis tuduhan, proses ini mengambil masa yang agak lama.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, seorang lelaki berjaya memperdayakan pihak polis apabila melakukan rompakan terancang ke atas sebuah kereta perisai yang membuat penghantaran duit ke sebuah bank. Beberapa hari sebelum itu, Anthony Curcio, 28, telah membuat iklan online dengan menggunakan rangkaian wayarles individu lain bagi mendapatkan sekumpulan orang untuk memakai pakaian yang sama di bank tersebut bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Anthony yang turut memakai pakaian berwarna yang sama seperti diiklankan berjaya melarikan sejumlah wang kerana pihak polis yang bertindak atas maklumat orang awam terkeliru. Ini kerana terdapat sejumlah orang di kawasan bank tersebut pada masa yang sama.

Sebagai contoh, sekiranya rangkaian anda digunakan oleh seseorang untuk melakukan penipuan kad kredit (menggunakan maklumat kad kredit individu lain dan membuat pembelian dalam talian), pihak polis boleh merampas komputer anda bagi tujuan penyiasatan dan ini sudah cukup menjadi mimpi buruk dalam hidup anda.

Pengguna yang ingin mengunci rangkaian mereka perlu menggunakan perkakasan wayarles yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan seperti WiFi Protected Access atau WPA. Sungguhpun hari ini, terdapat jenis ciri sekuriti wayarles yang boleh digodam, tetapi bilangan individu yang mempunyai kepakaran seperti ini tidaklah begitu banyak dan masih terkawal.


12:42 AM | 0 ulasan | Read More

Lubang Gergasi Di Muka Bumi

Kewujudan lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering dianggap fenomena luar biasa. Pasti ramai di kalangan pengguna Internet pernah dikejutkan dengan e-mel rantaian yang menunjukkan gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.

Bagi yang curiga, kesahihan gambar seperti itu segera disangkal dengan tanggapan ia dimanipulasi perisian suntingan imej.Dalam mencerna kesimpulan, manusia perlu mengambil kira banyak penjelasan terutama dari sudut ilmu geologi.

Antaranya adalah seperti kejadian hakisan batu kapur, pergerakan air bawah tanah ataupun impak meteor yang terjadi ratusan atau ribuan tahun sebelumnya.

China, misalnya, mempunyai lubang gergasi atau rongga bumi terbanyak di dunia, iaitu kira-kira 50 kesemuanya. Rekod penemuan fenomena landskap alam itu dalam istilah tempatan dipanggil tiankeng.

Senarai rongga bumi di China didahului tiankeng Xiaozhai. Ia mempunyai kedalaman 660 meter dan berkapasiti 119 juta meter kubik dan dikatakan mengumpul sumber air hingga berkemungkinan menjadi punca aliran Sungai Yangtze.“Anda boleh menyembunyikan beberapa Bangunan Empire State di dalamnya. Rakyat China sendiri tidak mengetahui tentangnya hinggalah ia didedahkan media 15 tahun lalu.

“Laluan belantara dan ketiadaan infrastruktur menyukarkan sesiapa untuk sampai ke lokasi ini,” ulas pakar geologi dari Pennsylvania State University, Prof. William White.

White membentangkan penemuan tiankeng Xiaozhai selepas mengikuti pelawaan ekspedisi ke lokasi terpencil itu pada tahun 2005 oleh pakar dari Institut Geologi Guilin, Zhu Xuewen.
“Ciri rongga bumi sangat unik. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kemungkinan wujudnya aliran sungai bawah tanah. Ia kelihatan seperti lembah, namun jika diteliti, ‘lembah’ itu tidak mempunyai jalan keluar,” ujar White.

Di Texas, Amerika Syarikat, rongga bumi yang digelar Devil’s Sinkhole sudah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.

Penerokaannya dari sudut komersial telah menjadikan tempat itu boleh dikunjungi mereka yang mahu mencuba aktiviti seperti menuruni cenuram batu dan merentas lereng.

Paling menggemparkan adalah tentang kejadian lubang gergasi yang mengorbankan tiga mangsa di Guatemala City pada 23 Februari 2007.
Diameter lubang ini mencapai ukuran 20 meter sementara berkedalaman 204 meter. Kerosakan sistem pengaliran air banjir bawah tanah dikatakan menjadi punca bagi tragedi yang meninggalkan landskap kekal itu.

Selain lubang yang terbentuk secara alami atau tanpa diduga, terdapat juga lubang besar yang dibuat oleh manusia atas agenda perlombongan.

Sebagai contoh, lombong berlian di di Mirna, Siberia meninggalkan lubang bersaiz 525 meter dalam dan berdiameter 1.25 kilometer. Saiz berbentuk kawah itu sangat jelas dikesan daripada rakaman satelit.

Impak meteor juga dipercayai menyebabkan rongga besar di dasar Laut Caribbean.

Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Air membentuk kaviti

Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.

“Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi,” terangnya.
Selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.

Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.

Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.

Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.

“Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku,” ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.



12:33 AM | 0 ulasan | Read More

Fakta Menarik

1. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

3. Siput boleh tidur selama 3 tahun.

4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

5. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

6. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Haha !
12:31 AM | 0 ulasan | Read More

Awek diperlukan !

Diperlukan seorang awek. Pandai Memasak, Mengemas, Menjahit, Suka Kucing, Boleh tanggung Saya, Ada Kereta Mewah dan Superbike.

Sila Email atau MMS gambar ,kereta mewah, superbike dan kucing anda segera.

12:24 AM | 1 ulasan | Read More

Makanan Sihat Untuk Pelajar

Imbang Penuh
PAOLA VILLATORO, 17, dari Sekolah Tinggi Downtown Magnet di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sedang menikmati makanan di kafeteria sekolah seperti piza rendah lemak dengan roti bijirin penuh yang agak enak rasanya.

“Sebahagian daripada makanan ini sedap juga rasanya,” katanya.

Tetapi, pelajar sebuah sekolah persediaan Best Adams, Alfredo Segura tidak menyukainya.

“Rasanya seperti makanan di penjara,” kata Segura, 16, ketika dia bersama beberapa pelajar lain menikmati snek di sebuah kedai makanan segera berhampiran sekolahnya.

Los Angeles Unified School District merupakan peneraju kepada kempen antimakanan rapu.

Cabarannya adalah untuk menukar amalan pemakanan tidak sihat yang telah dibentuk dan dipromosikan oleh gergasi-gergasi industri makanan segera sejak berdekad-dekad lamanya.

Jabatan Perkhidmatan Makanan di daerah itu telah menyingkirkan makanan bergoreng yang tinggi lemak dengan menambah lebih banyak makanan segar dan mengurangkan jumlah sodium dalam makanan di kafeteria sekolah.

Ia juga mengharamkan minuman soda yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, selain melupuskan mesin-mesin runcit di dalam kampus.

Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh. Malah, rangkaian-rangkaian makanan segera dan kedai serbaguna sentiasa bersiap sedia menunggu para pelanggannya di luar pagar sekolah.

Walaupun dia menggemari beberapa makanan di sekolah, Villatoro ada menyertai rakan-rakannya untuk menikmati makan tengah hari di kedai makanan segera yang terletak berhadapan dengan sekolahnya, seminggu sekali.

Bilangan restoran makanan segera di AS berkembang pesat kepada 220,000 buah pada tahun 2001, berbanding hanya 30,000 buah sekitar tahun 1970.

Menurut sebuah badan yang memberi fokus kepada kesihatan awam, Trust for America”s Health dan Yayasan Robert Wood Johnson, sejak tiga dekad lalu, perbelanjaan ke atas makanan ringan mencecah AS$110 bilion (RM385 bilion) daripada AS$6 bilion (RM21 bilion) sebelumnya.

ROTI bijirin dan susu menggantikan makanan segera yang tinggi kandungan lemak.

Memandangkan golongan ibu bapa cenderung untuk mendapatkan makanan yang banyak dan murah, tabiat pemakanan orang dewasa serta kanak-kanak telah berubah, sekali gus membuatkan ukuran pinggang semakin besar.

Pada masa yang sama, sekolah-sekolah juga telah menggantikan kelas-kelas jasmani dan fizikal yang bertujuan untuk bersenam bagi memberi lebih banyak masa untuk pelajaran akademik.

Sejak tahun 1980-an, kadar obesiti dalam kalangan murid sekolah telah meningkat tiga kali ganda kepada 17 peratus. Pada kadar ini, wujud satu epidemik di AS, jelas seorang jurucakap dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika.

Para pakar bimbang terhadap kadar penyakit diabetes, penyakit jantung dan kondisi kronik lain yang mungkin dihidapi oleh kanak-kanak ini sewaktu membesar. Situasi ini turut memburukkan krisis kesihatan yang sedia wujud.

Mengikut perangkaan Jabatan Kesihatan Daerah Los Angeles, 23 peratus pelajar sekolah mengalami obesiti, sementara 19 peratus lagi mempunyai berat badan berlebihan pada tahun 2007.

Kerajaan Amerika membelanjakan kira-kira AS$11.7 bilion (RM41 bilion) setahun untuk menyediakan program makanan sekolah.

Seramai 30 juta pelajar menikmati makan tengah hari dan lebih daripada 10 juta lagi diberi makanan untuk sarapan. Tetapi, piawaian khasiat dan keperluan makanan tidak dikemaskini sejak 1995.

Ada negeri-negeri yang cuba melakukan sesuatu tanpa menunggu pelaksanaan kerajaan persekutuan. Sehingga Ogos tahun lalu, sebanyak 18 buah negeri telah menggunakan standard nutrisi makanan lebih ketat berbanding dengan apa yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

Malangnya, kuasa penguatkuasaannya terhad dan mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa yang melanggarnya, jelas pihak Trust for America”s Health, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang berusaha meningkatkan standard kesihatan komuniti.

Data terkini menunjukkan, kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak mungkin menurun. Beberapa pakar memberitahu program-program seperti makanan tengah hari yang lebih sihat di sekolah mula menunjukkan kesannya, tetapi masih ramai yang bersikap skeptikal.

Presiden Barack Obama mahu menambah dana program nutrisi kanak-kanak Amerika sebanyak AS$1 bilion (RM3.5 bilion) setahun bagi mengelakkan golongan ini lapar sewaktu kemelesetan ekonomi yang menyebabkan kadar pengangguran tertinggi dalam tempoh 25 tahun.

“Kami berharap program ini akan berjaya,” kata Laura Benavidez, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Makanan untuk sekolah-sekolah di daerah Los Angeles yang mempunyai kira-kira 690,000 orang pelajar.

Bajet perkhidmatan makanan sebanyak AS$325 juta (RM1.13 bilion) tahun ini bukan sekadar merangkumi makanan, malah meliputi gaji kakitangan, faedah-faedah, kemudahan insurans dan kelengkapan alat tulis.

Pihak jabatan itu juga membelanjakan 70 sen untuk setiap hidangan, tidak termasuk susu yang berharga sekitar di antara 18 hingga 20 sen. Buat masa sekarang, pihak berkuasa daerah mengalami kerugian bagi setiap hidangan yang disediakannya.

PELAJAR di Los Angeles kini diperkenalkan dengan pelbagai menu sihat di rak kafeteria sekolah mereka.

Baru-baru ini, di sekolah Castelar Elementary yang terletak di Chinatown Los Angeles, para pelajarnya mengambil makanan di kaunter salad seperti oren, pisang dan kacang pis hijau. Hasilnya, tidak banyak makanan yang dibuang ke dalam tong sampah.

Namun, mesej berkaitan pemakanan sihat sering “digagalkan” oleh acara-acara meraih dana yang dianjurkan sekolah. Di sana, mereka menjual makanan ringan untuk mendapatkan dana bagi pasukan sukan atau kelab-kelab akademik.

“Kami tidak boleh menghilangkan tabiat lama,” kata Dennis Barrett yang bertanggungjawab memantau operasi perkhidmatan makanan di daerah tersebut.

Dalam pertarungan antara sayur-sayuran dan burger, burger mungkin sangat sukar untuk dikalahkan. - Reuters


12:22 AM | 0 ulasan | Read More

Tips Mengurangkan Stress


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.


12:20 AM | 0 ulasan | Read More

Tips kenderaan ditenggelami air...

Berikut adalah tips yang boleh kita ikut jika kenderaan kita ditenggelami air semasa banjir melanda:

Selepas air surut, periksa kereta tetapi jangan cuba hidupkan enjin. Tindakan menghidupkan enjin boleh menyebabkan aliran elektrik mengalir ke dalam sistem elektronik enjin termasuklah kotak komputer untuk kenderaan yang menggunakan suntikan elektronik. Air berkenaan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas terhadap sistem elektronik dan ini boleh menyebabkan ia rosak dan perlu diganti dengan kos yang mahal. Pastikan mekanik yang menyelenggarakan kereta anda pun tidak menghidupkan enjin juga.

Biarkan komponen dalam kereta kering dahulu untuk mengatasi masalah air yang masih berada di beberapa bahagian sensitif.

Periksa palam pencucuh, pastikan ia tidak berair. Jika berair, maksudnya air telah memasuki bahagian enjin.

Periksa minyak enjin dan petrol. Pastikan tiada campuran air.

Selepas semua peralatan telah dipastikan kering, rujuk dengan mekanik untuk menghidupkan enjin. Jangan cuba memasukkan gear kerana bahagian kotak gear belum diperiksa.

Sekiranya enjin boleh dihidupkan bermakna kos yang ditanggung lebih murah. Bagaimanapun, lakukan juga pemeriksaan terhadap minyak kotak gear. Biasanya ia berwarna merah dan jika bercampur air, warnanya bertukar. Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk lima minit dam periksa kembali gear.

Ulang proses diatas hingga minyak gear tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu berulang kali menggunakan hingga 20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakan membabitkan peralatan elektronik, kosnya tidak lah mahal sangat. Hanya membabitkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan penapis udara.

11:58 PM | 0 ulasan | Read More

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"
11:52 PM | 0 ulasan | Read More

Cerita Seorang Cucu

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk.

"Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh. Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100." Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang dispray beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak. Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200.

"RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham....
11:43 PM | 0 ulasan | Read More

Janda

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "
11:39 PM | 0 ulasan | Read More

Malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirehat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.

"Malam ini kita tidur awal. Malam Jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.

" Tak boleh bang. Sebab anak-anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang.... anak-anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......
11:36 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah suami isteri dan cermin


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. Bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..


12:16 AM | 0 ulasan | Read More

Penjual Telur Afrika

12:00 AM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin