Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Penjual Kuih - Kisah Perjalanan


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya
lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


2:13 AM | 0 ulasan | Read More

Curang


Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercegat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"


11:23 AM | 0 ulasan | Read More

Fantasi Pemandu Teksi


Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. . Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata... " Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak ada masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata... "iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi Feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan.. . Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam !


11:20 AM | 0 ulasan | Read More

Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang
menuju ke kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan
tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Seorang perompak berkata.. " Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas.. " ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau pergi kerja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika.."Ha..begini la..sebab korang tak ada barang kemas dan duit.. kami akan rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata.. " Alaaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ke..?"

Tetiba..makcik tu berdiri.. " Weh..korang ni..tak paham ke..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la..! Abis aku ni nak letak mana ?!"


11:15 AM | 0 ulasan | Read More

Keyboard Canggih

11:25 PM | 0 ulasan | Read More

Baru Kahwin..

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..
11:19 PM | 0 ulasan | Read More

Mencari Teman Hidup


Kes 1

Seorang wanita memasang iklan untuk mencari pasangan idealnya.
1) Dia tidak akan melarikan diri dari saya
2) Dia tidak akan mencederakan saya
3) Dia boleh memuaskan nafsu saya.

Satu hari loceng rumahnya kedengaran. Biala dibuka pintu dia terlihat seorang cacat tangan dan kaki berada di hadapan pintunya. "Saya memenuhi kehendak saudari", kata lelaki itu. Terkejut wanita itu "bagaimana pula?" soalnya. "Saya tak ada kaki jadi tak boleh larikan diri. Saya tiada tangan dan kaki jadi tak boleh tampar ataupun terajang saudari", jawab lelaki itu. "Syarat yang ketiga pula ?" soal wanita tu lagi dengan rasa tak puas hati. Lelaki itu pun jawab, "Awak fikir saya tekan loceng tadi guna apa tadi?"


Kes 2.

Seorang ayah meminta anak perempuannya mencari bakal teman hidup yang memenuhi kriteria berikut :
1 Seorang yang kaya -raya
2 Seorang yang menyayanginya.
3 Dan akhir sekali mestilah masih teruna. Satu hari anak perempuannya menjawab "Saya dah jumpa pak semua yang dibilang oleh bapak ari itu." "Iya? Bagaimana ko tahu dia kaya?" soal ayahnya. "Dia belanja makan saya di restoran yang mahal dan membawa saya bermalam di hotel yang mahal". Terkejut bapanya mendengar tetapi terus bertanya "Adakah dia menyanyangimu?" Anaknya menjawab dengan teruja"Iya pak, dia membelai saya dari malam sehingga ke pagi." Bapanya menahan sabar dan bertanya "Mana ko tahu dia masih teruna?". Anaknya menjawab "Anunya masih dibaluti plastik pak".



11:16 PM | 0 ulasan | Read More

Permohonan Berpoligami

Wanita binti Isteri (Bukan nama sebenar)
No.1,IKS, Taman Seri Nakhoda Omar
45100 Sabak Bernam
Selangor

7 Aug 2007

Suamiku yang tersayang
Dialamat seperti diatas

PERKARA: PERMOHONAN SUPAYA DIPOLIGAMIKAN

Ayang,

Semasa ayang membaca surat ini, anje mungkin telah selamat sampai ke kampong untuk bercuti sementara. Terimakasih diucapkan atas keizinan ayang.

2. Terlebih dahulu, anje ingin menyusun kedua puloh belah jari (tangan dan kaki) kerana terpaksa memaklumkan permohonan anje ini kepada ayang melalui surat. Ada pun, sebenarnya, anje amat malu untuk berterus-terang mengenai hasrat anje ini yang telah tersimpan lama.

3. Sekarang ini, anje dapati ayang telah banyak berubah. Sejak kita berkahwin lebih 8 tahun yang lalu, barulah sejak awal tahun ini anje merasa amat bahagia menjadi isteri ayang. Kalau dahulu, ayang seringkali keletihan, kurang bernafsu, tidak bersemangat dan terpaksa banyak dibantu, tapi kini, ayang telah benar-benar banyak berubah. Ayang telah menjadi gagah perkasa dan sentiasa muda Anje amat kesulitan untuk mengimbanginya. Sungguh !!!! Semenjak kita berkahwin, sumpah, Anje tidak pernah merasa bahagia seperti sekarang.

4. Anje perasan, ayang ada mengamalkan minum sejenis minyak pada setiap pagi dan petang disamping beberapa jenis lagi produk herba asli 100% yang ayang katakan sebagai sebahagian daripada pakej minyak kelapa dara bio-asli. Entahlah, mungkin sebab mengamalkan produk itu menjadikan ayang begitu perkasa, anje tak pasti sebenarnya, yang anje tahu, ayang sekarang memang hebat. Terima kasih ayang.

5. Sebenarnya, ayang, anje merasa tidak lagi kuat untuk sentiasa bersama ayang yang sentiasa asyik merengek-merengek…….. Jadi, anje mohonlah dengan hormatnya, ayang TOLONGLAH BERPOLIGAMI. Anje tak kisah, ayang mahu tambah berapa, 2,3 atau terus empat sekaligus. Anje sedia dan sanggup untuk terus pergi meminang, siapa pun yang ayang berkenan.

6. Tolonglah, ayang jangan salah faham, anje memohon supaya dipoligamikan ini bukan kerana anje tak sukakan ayang lagi. Tapi, anje dah tak larat lagi la ayang…. Siang malam anje asyik bekerja dan dikerjakan…. Kalau ada madu, sekurang-kurangnya ringanlah sikit “beban tugas” anje. Dapat juga bergilir-gilir giliran, ada la rehat sikit.

7. Pertimbangan dan kelulusan pihak ayang amatlah anje harapkan dan akan disanjung tinggi. Sekian, terimakasih.

This is computer generated, no signature is required
11:11 PM | 0 ulasan | Read More

Al-Maunah Part 2

Serah diri

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.

Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini bin Mohamad Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau.

Sebenarnya, dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya VAT 69/UTK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Dengan sikap berani dan tawakkal, beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al-Ma'unah iaitu Amin. Maka, berlakulah perbincangan dan perdebatan secara 'ilmiah' antara Abdul Razak dan Amin (perdebatan ini telah dibukukan oleh Abdul Razak) yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan Al-Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang (excellent negotiation skill) Abdul Razak, beliau telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas jasanya. Pada masa itu, Abdul Razak adalah pegawai yang mengetuai pasukan payung terjun polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas,VAT 69/UTK Polis Diraja Malaysia.

Kematian

Dianggarkan tiga orang telah terkorban sebelum kumpulan tersebut menyerah diri. Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM dibunuh, sebahagiannya mendakwa beliau terbunuh, semasa pengepungan oleh 59 anggota polis dan tentera. Pengganas militan tersebut turut membunuh seorang anggota komando, Truper Mathew anak Medan dari Grup Gerak Khas ATM, yang mana beliau ditembak mati oleh Jemari Jusoh. Kesemuanya diseksa sebelum dibunuh. Orang ketiga yang terbunuh adalah seorang daripada ahli kumpulan tersebut dimana beliau ditembak mati apabila beliau enggan menyerah diri.

Serangan lain

Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera.


10:42 PM | 0 ulasan | Read More

Al-Ma'unah Part 1

Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Organisasi

Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam". Menurut jangkawaktu kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berpusat di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.

Pengepungan tentera di Sauk.


Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini, termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera disitu dan melarikan senjata-senjata dikem tersebut [2]

Mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu disebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut.

Pada 2 Julai 2000 awal pagi, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdyakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, amunisi dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain telah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga Pajero. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.

27 orang ahli tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjataapi tersebut telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.

Mohd Shah bin Ahmad menceritakan semasa percubaan selama lebih 4 hari, anggota pasukan keselamatan tersebut telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu, Mohd Shah dan Sanghadevan mengkebumikan Truper Matthews didalam salah satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari menembak Truper Matthews.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar
10:41 PM | 0 ulasan | Read More

Nenek Winnie The Pooh

LONDON - Setelah lebih lapan dekad, sekuel rasmi pertama buku versi asal Winnie-the-Pooh akan diterbitkan semula menjelang Oktober depan, menurut penerbitnya semalam.
Watak beruang pencuri madu itu bakal dihasilkan oleh Egmont Publishing untuk edaran di Britan dan penerbit buku kanak-kanak Dutton-Penguin bagi pasaran Amerika Syarikat.
Penulisnya, David Benedictus, yang juga menerbitkan adaptasi animasi Winnie-the-Pooh dibintangi aktres Judi Dench bertanggungjawab menghasilkan buku sekuel asal tersebut.
Diberi judul Return to the Hundred Acre Wood, ia merupakan susulan sekuel sebelum itu, Winnie-the-Pooh and The House At Pooh Corner tulisan A.A. Milne dengan ilustrasi E.H. Shepard.Bagaimanapun, versi kali ini yang akan dijual 5 Oktober nanti mendapat sentuhan ilustrasi Mark Burgess yang banyak melukis karakter kanak-kanak klasik termasuk Paddington Bear.
"Kami memang berharap sejak beberapa tahun lalu agar dunia akan menyaksikan semula cerita asal Winnie-the-Pooh," kata jurucakap Yayasan Pooh Properties, Michael Brown.
"Buku asalnya adalah salah sebuah cerita kanak-kanak paling ulung diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan kami percaya penciptanya memiliki semangat tersebut," katanya.
Mulanya dicipta oleh David Benedictus dan Mark Burgess, cerita klasik Winnie-the-Pooh dianggap sebagai antara ilustrasi kartun kanak-kanak yang masih popular sehingga ke hari ini.
Salah satu watak beruang itu yang dilukis oleh artis asalnya, E.H. Shepard berjaya dijual pada harga mencecah £1.3 juta (lebih RM7 juta) dalam satu lelongan di sini pada bulan lalu.

10:28 PM | 0 ulasan | Read More

AKTA 15 PERLEMBAGAAN PEKERJA SOSIAL


Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : 'Kita nak kemana ni ?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..'

Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluardari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan..... Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah... Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah...
hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi..
Rosni berkata dengan sopan..'Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial' Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid :'Maafkan saya'

Rosni : 'Tak apa'

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..

'Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh JalanSahaja'


1:23 PM | 0 ulasan | Read More

Puisi Untuk Isteriku


Isteri ku,
Jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...***



Balasan puisi sang isteri :


Suami ku,
Andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya,
Ku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan...
Akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Please lah....!!! Jangan la nak berangan!!


1:21 PM | 0 ulasan | Read More

Lambat sebulan

Sepasang pengantin baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " Ini rumah En. Mahphus ke?" "Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik ?"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Rilek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke ????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman ke???

Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahphus naik berang.

"APAAA?? Nak bayar korang? Belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " Kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahphus mencelah " Apa??? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap "Nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????.....................


12:00 AM | 0 ulasan | Read More

3 Buah Masjid


Mudah Je.com


Hadis :
"Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari)

Huraian :
1. Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

2. Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah:
i. Masjidil Haram di Mekah
ii. Masjid Nabi di Madinah
iii Masjidil al-Aqsa di Palestin.

3 Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah:
i) Kelebihan Masjidil haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
ii) Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi s.a.w. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
iii) Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w.


2:42 PM | 0 ulasan | Read More

6 Doa Mengelak Kena Sihir

Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa

dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)


2:35 PM | 0 ulasan | Read More

9 Tip cemerlang belajar sambil bekerja

Belajar sambil bekerja bukanlah semudah yang di sangka, selain perlu bijak membahagikan masa antara komitmen kerja, keluarga dan pengajian. mereka yang belajar sambil bekerja ini juga perlu kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Untuk seketika, mereka perlu mengenepikan soal hiburan, lepak atau percutian bersama keluarga. DIsini ada penduan untuk di kongsi bersama:-

1. Rancang kerja anda sebaiknya (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan di tempat yang mudah di lihat.

2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

3. bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja. beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

5. Sentiasa ingatkan diri anda matlamat sebanar anda, menyambung semula pengajian. jika anda sambil lewa terhadap pengajian ia boleh menjejaskan masa depan anda selain merugikan masa, wang dan tenaga.

6. Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda, menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu

7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

8. Wujuskan tempat bekerja yang selesa, Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pangajian dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda

9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda
2:33 PM | 0 ulasan | Read More

Rahsia pemakanan genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori



2:31 PM | 0 ulasan | Read More

Tip Mengurangkan Tekanan

Tips Mengurangkan Tekanan

Oleh : Ustazah Norihan Mohd. Noor

Pendahuluan
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya
2:29 PM | 0 ulasan | Read More

Tip Penggunaan Kad Kredit

Mudah Je.com


Penggunaan kredit kad memang seronok bagi mereka yang suka enjoy tetapi sebenarnya kredit kad nie ada bahayanya kalau tersalah guna. Kredit kad boleh dianggap ALONG sekiranya hendak definasikan secara bahasa kasar.

Mengikut analisa bank, interest yang dikenakan oleh bank untuk setahun sebenarnya 18% (1.5% interest bulanan x 12 bulan). Ini bermakna pengguna kad kredit secara tidak langsung telah terjebak di dalam permasalahan hutang. Ini adalah kerana rata-rata rakyat malaysia kebanyakkannya akan membuat pembayaran minimum setiap bulan.

Katakan kredit limit anda RM 4,000. Sekiranya anda membayar secara minimum tahukah anda mengikut pengiraan untuk anda habis tempoh untuk membuat pembayaran kad berkenaan adalah dalam tempoh 10-20 tahun.

Anda sebenarnya telah terjebak di dalam kancah 'ALONG TERHORMAT'. Bagaimana anda hendak langsaikan hutang kredit kad anda dengan cepat. Mengikut pakar kredit kad, rata-rata pemilik kredit kad akan memegang sekurang-kurangnya 2 - 4 kredit kad di dalam simpanan mereka. Katakanlah semua kredit limit adalah RM4000.00 ini bermakna anda telah berhutang sebanyak RM10K - RM 20K. Apa anda harus buat sekiranya ini terjadi pada anda.

STEP 1.
Kenalpasti kad yang mana satu telah mencapai imbuhan hutang yang paling banyak. Contoh Citibank (RM3987.00), RHB (RM4000.00), HSBC (RM3576), Maybank (RM3209).

STEP 2.
Pastikan anda sediakan jumlah pembayaran dalam sebulan sekurang-kurangnya RM 1000 - RM 2000.

STEP 3.
Buat pembayaran semaksimum yang boleh pada kad yang nilaian kreditnya yang tertinggi. Contohnya RHB (credit limit RM4000.00) buat bayaran sekurang-kurangya RM 1000.00. Kad kedua, ketiga dan keempat tertinggi anda bayar minimum.

STEP 4.
Langsaikan hutang pada kad berkenaan sehingga credit limitnya mencapai angka RM0.00. Kemudian tumpukan kepada kad kedua, ketiga dan keempat.

STEP 5.
Jangan sesekali anda menggunakan kredit kad yang telah dilangsaikan hutangnya. Pastikan tumpuan anda untuk melangsaikan hutang kad yang lain.

STEP 6.
Kawal nafsu anda untuk mengatakan TIDAK KEPADA KREDIT ANDA

STEP 7.
Anda akan tersenyum setelah semua hutang anda dilangsaikan. Itulah step terakhir anda. Anda bebas daripada cengkaman ALONG TERHORMAT.

Mengikut pengiraan, sekiranya anda melaksanakan step di atas insyallah hutang anda semua akan dapat diselesaikan di dalam tempoh 1 1/2 tahun sahaja.

Oleh yang demikian, berbelanjalah mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu serakah



2:24 PM | 0 ulasan | Read More

Fakta Lawak

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


10:50 AM | 0 ulasan | Read More

Tips Untuk Cover Malu

Mudah Je.com


Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu, bukan cover kemaluan ok? hehe..

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagi


10:37 AM | 0 ulasan | Read More

Pemilihan Permaisuri Muda

Apabila tamat tempoh berkabung kemangkatan permaisurinya, raja yg berumur hampir 70 tahun ini bersedia untuk mendapatkan permaisuri yg baru. Lebih 1000 gadis muda di negeri itu menyatakan hasrat bersedia dan telah menghantar permohonan, namun hanya 10 sahaja yg terpilih untuk tapisan terakhir. Kesemua 10 gadis ini adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang, daripada berilmu, berketurunan raja, berharta, berbudi bahasa dan cantik2 belaka.
Raja pening untuk memilih kerana kesemua gadis2 tersebut cantik2.
Bendahara yg bijak memberikan cadangan agar pemilihan dibuat didewan makan. Lalu, mereka dijemput ke dewan makan untuk bersantap bersama dihadapan raja. Setelah bersedia, tukang masak diraja menyediakan secawan air teh panas dan sudu beserta gula dan susu yg tidak dicampurkan kepada setiap gadis.
Muslihatnya adalah bagaimana gadis2 tersebut membancuh air itu.
Ada yg memasukkan gula, kemudian dikacau dgn sudu, kemudian susu, dan dikacau.
Ada yg memasukkan susu dahulu, kemudian gula, dan dikacau.
Ada yg memasukkan susu dan gula serentak, kemudian dikacau.
Raja dan bendahara hanya memerhatikan dengan penuh minat.
Ada yg mengacau dgn laju dan berbunyi, ada yg perlahan dan senyap.
Pelbagai ragam mereka diperhatikan, sehinggalah habis diminum air itu.

Tanpa disedari, ada seorang gadis yang masih mengacau minuman itu walhal gadis-gadis lain sudah habis minum. Raja dan bendahara melihat cara gadis ini menyediakan minuman. Gadis ini mengangkat cawan yg telah dimasukkan gula dan susu, sambil sebelah tangan lagi memegang tegak sudu di tengah cawan. Sudu tidak dikacau atau digerakkan langsung, tetapi yg digerakkan hanya cawan. Dengan susah payah dan tiada bunyi, cawan digerakkan untuk menghasilkan minuman yang sebati. Ia mengambil masa yang lama dan penuh sabar. Raja tersenyum, bendahara menganggukkan kepala tanda setuju. Gadis itu dipilih menjadi permaisuri muda.

p/s: kenapa gadis itu dipilih? hehehe...


9:52 AM | 0 ulasan | Read More

Wajah Sebenar Si Perogol

Wajah ganas seekor perogol dengan mangsanya



Wajah sayu mangsa rogol.....

9:47 AM | 0 ulasan | Read More

Cerita Lawak

Atuk Yg berani

Pada suatu hari... seorang datuk sedang berbual dengan cucunya.

Cucu: "Atuk, pagi tadi ada orang kampung kita nampak hantu!"

Datuk: "Dulu, Atuk dan kawan-kawan nenek pernah pergi ke kubur pada waktu malam. Lepas tu Atuk nampak pontianak. Kawan-kawan Atuk semuanya lari lintang-pukang. Tinggal Atuk aje dekat kubur tu..."

Cucu: "Hebatnya Atuk. Macam ni lah Atuk saya!"

Datuk: "Takdelah, sebenarnya Atuk pengsan... tak sempat lari!"

____________________________________________________________________
Bayi Jepun
Herman : "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa jepon.. kenapa?"

Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami"

Herman:

____________________________________________________________________


Burung Kakak Tua

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.



____________________________________________________________________

Malunya Saya!!

Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"

Laa...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau tak rajin menanya. ***** sungguh saya sampai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.
9:32 AM | 0 ulasan | Read More

Flash Disk Terkecil Di Dunia

Mudah Je.com





9:30 AM | 0 ulasan | Read More

Bunyi Binatang


Suatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!

Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..

Amy : Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!!


11:57 PM | 0 ulasan | Read More

Bas Jerung

9:51 PM | 0 ulasan | Read More

Kucing pun rajin membaca daa...



Tersebutlah kisahhhh… kisah terjadiiii negeri Melakaaa.. boleh tahan cerita ini.. seorang pahlawan pembela bangsa.. heheaee.. makin thrilling ceriterr ini.. heee.. pahlawan bergelar laksamana Hang Tuah.. (he..he..he.. dialog pakcik Mahmud June dalam filem Nasib Do Re Mi)






9:43 PM | 0 ulasan | Read More

Bahasa Malaysia Penulisan UPSR 2005

9:36 PM | 0 ulasan | Read More

Teka-teki Serabut Otak


Teka-teki ini tidak mengandung trik, hanya logik dan memiliki jawapan yang pasti.
Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza. Setiap rumah dihuni satu orang lelaki dengan kewarganegaraan yang berbeza. Setiap penghuni menyukai sejenis minuman tertentu, merokok satu jenis rokok tertentu, dan memelihara satu jenis haiwan tertentu. Tak satu pun dari kelima orang itu yang minum minuman yang sama, merokok satu jenis rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

PERTANYAAN: orang manakah yang memelihara IKAN?

PETUNJUK :

Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.

Orang Sweden memelihara anjing.

Orang Denmark suka minum teh.

Rumah berwarna putih terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna coklat.

Penghuni rumah berwarna putih suka minum kopi.

Orang yang merokok Pall Mall memelihara burung.

Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.

Penghuni rumah bewarna kuning merokok Dunhill.

Orang Norway tinggal di rumah paling pertama.

Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.

Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill.

Orang yang merokok Salem suka minum bir.

Di sebelah rumah bewarna biru tinggal orang Norway.

Orang Jerman merokok Rothmans.

Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum bir.



Albert Einstein menyusun teka-teki pada abad lalu. Dia menyatakan 98% penduduk dunia tidak mampu memecahkan teka-teki ini. Apakah anda termasuk yang 2%???


9:23 PM | 0 ulasan | Read More

6 minggu,6 bulan,6 tahun

Sebelum Tidur:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuaah.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tidur kalau tak mengepit tak boleh ke???

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk le dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pergilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELEFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT LAAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pun tak faham-faham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLEH TAK..


9:14 PM | 0 ulasan | Read More

Soalan Ramalan SPM 2009

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer
B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari
B: Parameswaja
C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?

A: makan, rumah dan pakaian.

B: makan, awek dan uwang.

C: bini, bini orang dan anak dara orang.

D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.

A: Sistem Barter
B: Sistem batu bata

C: Sistem kasut Bata
D: Sistem Marjerin dan butter


3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?

A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.

B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.

C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.

D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.


4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?

A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.

B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.

D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.


5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?

A: Kumpulan Search
B: Kumpulan KRU

C: Kumpulan Kekanak Spastik

D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
9:12 PM | 0 ulasan | Read More

Berhati-hati Dengan Syiling 5 sen......

KUALA LUMPUR : sekumpulan warga asing dikesan menggunakan syiling lima sen untuk memukau pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) sebelum melarikan barangan berharga mereka, termasuk wang tunai. Mulanya syiling lima sen itu dicampak ke lantai sebelum mangsa
mengutipnya lalu menyebabkan meraka tidak seadarkan diri lebih 30 minit. Dalam ks terbaru kelmarin, seorang wanita langsung tidak sedar beg tanganya dilarikan penjenayah itu selepas mangsa tunduk mengutip syiling di kakinya.

Kejadian pukau itu dilakukan seorang gadis ketika mangsa di stesen LRT Setiawangsa tanpa disedari orang ramai di kawasan itu.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali, Siti Rabiah 50-an hanya menyedari kehilangan beg tangannya sebaik tiba ke pintu rumahnya Di Taman Keramat Permai.

Menurut Siti Rabiah, dalam kejadian itu, dia yang baru habis berkerja pulang ke rumah menaiki LRT dari Taman Melawati sebelum berhenti di Stesen Setiawangsa.

"Sebaik keluar dari gerabak, saya berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba saya terlihat lima sen di lantai sebelum memungutnya.

"Selepas mengambil syiling terbabit saya tiba-tiba menjadi hilang ingatan dan kaku sebelum berjalan meninggalkan stesen LRT berkenaan," Katanya.

Sebaik tiba ke rumah setangah jam kemudian, dia sedar beg tanganya hilang.

Seingatnya kali terakhir beg tangan itu dibahu ketika memungut syiling itu sebelum berjalan pulang.

Kata Siti, dia kemudian memberitahu kejadian itu kepada anak saudara yang mencari beg tangan itu di Stesen LRT berkenaan.

Pada jam 10.30 malam, anak saudara menghubungi telefon rumahnya untuk kepastian berhubung telefon bimbit miliknya..

Ini kerana dia melihat seorang wanita berusia awal 20-an dalam keadaan mencurigakan sedang menggunakan telefon bimbit.

"Selepas saya mengesahkan telefon bimbit itu sama dengan telefon saya dia kemudian mengekori wanita itu yang menaiki Perdana V6.

"Anak saudara saya juga sempat mencatat nombor plat kereta itu," katanya.

Siti Robiah beberapa kali cuba menghubungi nombor telefon itu, tetapi ia dimatikan suspek.

Dia menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut suspek membuat laporan polis jika enggan menyerahkan beg tangan dan telefon bimbitnya

Kerana nombor plat kereta terbabit sudah diketahui.

"Ternyata idea saya itu berhasil kerana selepas beberapa minit seorang lelaki menghubungi dan meminta saya ke stesen LRT itu.

"saya bersama empat saudara ke situ, tetapi selepas hampir 15 minit menunggu, suspek gagal dikesan menyebabkan kami berpecah.

"tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang muncul menyerahkan beg tangan dan telefon bimbit itu kepada saya.

Dia mendakwa beberapa lelaki menyuruhnya menyerahkan beg itu," katanya yang mendakwa lelaki itu terketar-ketar menggunakan dialek indonesia.

Siti Rabiah mendapati wang tunainya hanya tinggal RM30 menakala RM200 lagi lesap dan semua dokumen penting diperoleh semula.

** Kawan aku (seorang anggota polis) pernah ceritakan kat aku pasal kes ini. Banyak org dah kena, so kena berhati-hati.


2:48 PM | 0 ulasan | Read More

Koleksi Dialog Filem Tan Sri P. Ramlee

Antara dialog glamour "filim" Tan Sri P.Ramlee

1. Nyonya Mansur : Apa? Doktor kau tu dah gila agaknya!

2. Pendekar Mustar :Annie angkat jemuran hujan dah turun

3. Sudin : Tiga ratus lima puluh ringgit...tiga ratus lima puluh ringgit...tiga ratus lima puluh ringgit....tiga puluh lima encik...lima ringgit encik....u my fren...

4. Sarip Dol : "Ah... jaga-jaga cik Salmah... jaga-jaga... ah... jaga-jaga tauuu... ah jatuh!... kan jatuhhh!!!"

5. "Cowboy mana minum susu..."

6. Sudin : Setan baru balik operation, Tuan

7. Sudin : Besar tu tak berapa besar lah Jis, adalah dalam 7 kaki...
Aziz : Itu tempat kau nak mampos bodoh... org betul2 dia main2 pulak, sekali aku cekik

8. Ramli : Tuan rumah oh tuan rumah....
Cik Normah : Kan dah berapa kali saya suruh jangan panggil tuan rumah

9. Ramlee : Wah! Betul punya marah dia tu eh...

10. Aziz :...eh...Dayang Sofia...dah makan....

11. Sudin : Oi Ramlee, kau nak kerja ke jual minyak...
Aziz : Minyak apa...?
Sudin : Minyak urat...

12. Aziz : Walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!

13. "cobaan....!"

14. Pendekar Mustar : Cobaan kepala hotak kau! ... budak-budak ini kata cobaann...

15. P.Ramlee : Aku mati dalam iman...

16. Aziz : Hai ramlee...akulah raja
Ramlee : Raja apa???
Aziz : Raja kapur
Sudin : Raja kapur kepala otak kau....

17. Ahmad Nisfu : Kecik-kecik tak nak mampus.....dah besar menyusahkan orang

18. Ramlee : Kalau hantu, dia cakap help, help...yang ni, tolong, tolong

19. Aziz : Success! Success!! Cukup puas hati! Puas hati! *garam pun jatuh ke dalam lauk*

20. Ramli : Cik Salmah malam ini boleh jumpa kat bawah pokok

21. Salmah : Siapa perempuan tu ?!
Ramlee : Nenek saya !

22. Aziz : Jolok motor ye bang...

23. Aziz : Sedara ni berbini je pandai tapi undang-undang bodoh!

24. Sudin : Abang Sudin, kakak tunggu tempat biasa pukul 5

25. Sudin : Berapa banyak bomba...eh apa dah bomba??

26. Haji Bakhil : Sekali aku lesing

27. Ramlee : "... sarjen!! siapkan orang kita, kita pegi rompak rumah Kassim Baba!''..

28. Bin Sarjen : "Sori chip!! hari ini hari sabtu, setengah hari, esok hari minggu, holiday.. kalau chip nak rompak, hari senin boleh laaa ..."

29. P.Ramlee : Pah, butang baju aku mana, Pah?

30. P.Ramlee : "Dah tua pun bodoh"

31. Apek : Hidup susah...mati pun susah... Hidup jalang sinang-sinang...mati kena pegang bendela...

32. Abdul Wahub : Bapak marah?
Bapak : Tak..... Seronok!!!!

33. P.Ramlee : "Siapa marah!!....Nasihat!!...Bu....tang baju aku mana Pah..."

34. Jamil : Pak semalam saya nikah lagi satu
35. Pak Abu(Bapak MerTua) : Ini dah masuk 3 kenapa tak cukupkan 4

36. Bini Pak Mat Tempeh : Pak Mat kau tu memang gitu...

37. Abdul Wahub : Aikkkk....Ayahanda marahhh??
Ayahanda : Tidak... seronoookkkk ..hmmmm....

38. Bujang lapok (Sudin) : hai mambang tanah.. mambang api.. manbang angin... hai mambang kau pun nak main pintu...

39. Abang Apek :"muka ala siiinyuuum.........................."

40. Sarimah : "Abang Jamil tak boleh ceraikan kita tau tapi abang Jamil kena hukum!..." hukumannya malam ni Abang Jamil kena tido rumah Kak Latifah, kemudian rumah Cik Hasnah lepas tu rumah Ani, begitulah bergilir gilir sampai abang Jamil MAMPUS!!"
Jamil : Hamba setuju!!!

41. Ahmad Nisfu : Saudara Majid... mana dia setan-setan tu...
Majid : Sudah datang tuan...
Ahmad Nisfu : Aikk.. ini cat ka kapur ?
Ajis : Bedak tuan....
Ahmad Nisfu : Yang ini macam Russian terlepas...
Ramlee : Baru turun dari bulan tuan....
Ahmad Nisfu : Hmm.. Eh !! itu misai ka tanglung...
Ramlee : Yang ni tuan ? Misai pun boleh tanglung pun boleh... tuan...

42. "Oi, aper yg kau tiup. Tu Ball Pen ....."

43. "Maafkan kami penunggu gua, Maafkan kami penunggu gua, Maafkan kami penunggu gua..."

44. Gangster : ".. wah nie pisang yer ?"
Makcik : " Pisang lah !"
Gangster : "Mintak satu ....!!"
Makcik : "Oi ! Kalau nak mintak lah, kita boleh kasi lah.."
Gangster : "Oohhh.. mintak yer ? Mintak lagi satu ler !!!"
Makcik : "Woitt!!"

45. Pendekar Mustar : Yang ini biola
Aziz : Ini bukan biola... ini bonggo

46. Ramlee : Ini apa baca nya ..tolong bacakan Sudin.
Sudin : Alif tendang wau SARKIS daa!!
Ramlee & Ajis : Apa pulak sarkis?.. sekolah daa!!
Sudin : Sekolah kepala hotak kau.. sekolah untok budak-budak kecik ini dah tua bangka berkerepot.

47. Labu : Asal aku mimpi je ko datang, asal aku mimpi je ko datang... ko niii memang tak boleh tengok aku senanglah Labi!

48. Isterinya : Re bawak api kemari
Re : Belum sampai, Nyonya Kemari dari India
Isterinya : Orang cakap bawak api kemari dia kata Nyonya Kemari pulak
Isterinya : Aku mintak apilah bodoh
Re : Hai api ku sangka kau api pandai, rupa-rupanyanya kau api bodoh
Isterinya : Heyyyyyyy aku mintak mancis
Re : Man ke Mat
Isterinya : Mancis mancis bodoh...

49. Mi : Aarrrgghhhh...
Re : Terperanjat aku. Kenapa kau menjerit?
Mi : Aku nampak nasi...
Re : Ai, nampak nasi pun menjerit.... lain lah kau nampak beruang ke, boleh lah menjerit... mana nasi nya?
Mi : Tu...
Re : Ini bukan nasi... ini nenek kau...

50. Sudin : Sekarang pakcik dengar ye pakcik... Hai mambang tanah, mambang laut, mambang api...Mambang mabok minum todi...
Pendekar Mustar : Apa kau ingat negeri mambang ada jual todi?? Eh! nie apa nie gambar orang-orang nie?
Sudin : Tu bukan orang pakcik, tu mambang...
Pak Mustar : Mambang kepala otak kau berjambul....

51. Tersebutlah kisahhhh… kisah terjadiiii negeri Melakaaa.. boleh tahan cerita ini.. seorang pahlawan pembela bangsa.. heheee.. makin thrilling ceriterr ini.. heee.. pahlawan bergelar laksamana Hang Tuah.. (hahahahaa pakcik M. June gi malam muda mudi)

52. Aku dah naik jelak dgn pesta muda mudi ni balik-balik epok-epok, karipap,onde-onde yg tu nak menari yg ni nak menari , aku tak dapat menari.... (M. June beli tiket)

53. Cikgu Shaari : (Dalam loghat Kedah) Hai orang sebelah! Awat kayu hang tu terjolok kat umah aku ni, hah??


11:20 AM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin