Waspada dengan polisi tabung amanah haji palsu
Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan risalah Kumpulan Wang Simpanan Usahawan (KWSU) berhubung Polisi Tabung Amanah Haji yang kini tersebar luas di Banting, Selangor.
Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH Abdul Rashid Hussein berkata TH merupakan satu-satunya agensi yang dilantik kerajaan bagi menguruskan dana simpanan wang bakal jemaah haji Malaysia.
“TH juga merupakan agensi tunggal yang menguruskan urusan perjalanan haji semenjak penubuhannya 45 tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata simpanan dalam TH dijamin kerajaan dan kadar pulangan tahunan yang diberikan dalam bentuk bonus tahunan sentiasa kompetitif dengan pasaran semasa.
Katanya dakwaan risalah itu membolehkan semua orang mempunyai satu bentuk simpanan yang lebih sistematik dan teratur tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.
“Ini memandangkan TH telah mempunyai rekod latar belakang dalam menguruskan dana pendepositnya dengan lebih baik, sistematik, teratur dan selari dengan perkembangan teknologi,” kata Abdul Rashid.
Beliau berkata pembukaan akaun di TH adalah serendah RM2 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk orang dewasa dan tidak ada had maksimum tertentu.
“TH ingin menasihkatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak tertipu dengan kumpulan sindiket yang cuba untuk mendapatkan keuntungan melalui penipuan,” katanya.
Sementara itu, ketika Bernama menghubungi salah seorang anggota wakil polisi itu berdasarkan kepada risalah yang diedarkan, mendapati kumpulan tersebut beroperasi secara bersemuka dengan pelanggan dan tidak ada bangunan pejabat.
Wakil itu berkata segala transaksi dijalankan bersemuka dengan pelanggan di sekitar Banting dengan tempat ditentukan oleh pihaknya.
Beliau berkata untuk sebarang pendaftaran, pelanggan hanya perlu membawa wang sebanyak RM5,000 dengan salinan kad pengenalan, dan jumlah wang yang sama perlu ditambah setiap tahun untuk mengaktifkan polisi mereka.
Katanya, sistem pelaburan mereka turut meliputi perlindungan insuran, bagaimanapun beliau mendakwa wang pelaburan itu akan dipindahkan ke akaun TH menggunakan draf bank.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment