Hati-hati di Highway Karak

Salam.. kepada penguna lebuharaya KL-KARAK tolong berhati-hati dekat beberapa Kilometer.

Umum ketahui bahawa cuti sekolah ni atau nak raya cina tak lama lagi ramai akan balik ke kampung terutamanya : Kelantan/Terengganu dan Pahang..

So kepada penguna lebuhraya KL-Karak tolong berhati-hati sikit ketika hari hujan sama ada menghala ke Karak mahupun ke KL.

Kadang-kala penarik kereta ni suka tuang minyak kat lokasi selekoh turun bukit..ada beberapa KM yang anda harus berhati-hati

Dalam Kosmo beberapa bulan lepas pun ramai dah komplain, tapi masih tiada tindakan.
Mereka mendakwa bukan minyak mereka tetapi minyak dari lori..tapi semua yang tekena tau beza antara minyak lori dan minyak yang dituang.

Disamping itu berjaga-jaga dengan kawasan highway yang menurun. Kalu ada treler kat belakang.. bagi jer lah laluan

Dalam 2 hari lepas pun kemalangan maut kat area km 27.9 , lori tanker dari arah Kuantan boleh lepas ke laluan bertentangan

So berhati-hati

Talib Ali
http://www.hormonlife.com

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin