Terengganu Dialek Siri 1

1) Ambil berat = Cakna (CA-K-NA)
Perkataan yang digunakan merujuk kepada sifat seseorang yang mengambil berat atas sesuatu perkara.Dewan Bahasa dan Pustaka telah memasukkan perkataan ini dalam kamus DBP sebagai satu perkataan rasmi yang boleh digunakan dalam hal-hal persuratan.

2) Anjung / Beranda = Lambor (LA-M-BO-R)
Merujuk kepada satu bahagian rumah yang disediakan untuk bersantai atau tempat menyambut tetamu.

3) Awak = Deme (DE-ME)
Deme merujuk kepada awak. Banyak dituturkan di Terengganu dan Perak.Di Hulu Terengganu pula, sebutan 'Dime (Dimey) digunakan.

4) Awan = Awang (A-WA-NG)
Awan di dalam loghat Terengganu dipanggil Awang. Ianya juga menjadi nama bagi orang-orang Terengganu selain dari Embong (Embun). Awang juga dijadikan sebagai nama tidak rasmi sekiranya kita ingin memanggil seseorang itu tanpa kita ketahui nama sebenarnya. Sama seperti panggilan nama Ujang di Negeri Sembilan atau Johor.

5) Ayah = Bak (BA-K)
Bak adalah nama panggilan yang merujuk kepada ayah atau abah di Terengganu.Perkataan ini banyak digunakan di daerah Setiu, HuluTerengganu terutamanya di Kuala Berang dan Telemong, Marang dan Kuala Terengganu.Tidak dapat dipastikan sama ada perkataan ini turut digunakan di Dungun,Kemaman,Besut atau Kuantan.

6) Biar = Lok (LO-K)
Lok membawa maksud membiarkan atau dalam sesuatu kes seperti anakkecil menangis, ibunya akan kata, "Doksoh care ke dier, lok je die nangih.

7) Bodoh =Songo (SO-NGO)
Songo mungkin bermaksud sembilan di dalam loghat Jawa tetapi dalam loghat Terengganu ianya membawa maksud bodoh. Ayat-ayat seperti, bakpe mung songo sangat? Adalah ayat yangbiasa didengar apabila berada di dalam keadaan marah.

8) Capang = Gebeng (GE-BE-NG)
Gebeng (Geybeng)merujuk kepada sesuatu benda yang bersifat melebar seperti telinga ataulain-lain. Ianya juga menjadi nama rasmi sebuah tempat di daerahKuantan,Pahang.

9) Kemaman = wamang (WA-MA-NG)
Orang-orang tua kebiasaanya menyebut Kemaman sebagai wamang.

10) Kuantan = Watang (WA-TA-NG)
Sama seperti Kemaman, Kuantan disebut sebagai watang

11) Kopi = Kawa (KA-WA)
Di dalam loghat Terengganu, kopi disebut sebagai kawa.Kebanyakan remajadi Terengganu sudah tidak lagi mengenali perkataan ini. Kawa pernah ditanam di Kampung Beladau Selat dan Beladau Kolam di Kuala Terengganu selain di Chukai, Kemaman. Kedai Kawa juga banyak terdapat di sekitarKuala Terengganu pada masa dahulu.

12) Muara sungai = Mengabang (ME-NGA-BA-NG)
Mengabang bermaksud muara.Orang Terengganu biasanya hanya menyebutnyadengan sebutan ngabang. Antara nama-nama kampung yang menggunakanperkataan ini ialah Mengabang Telipot dan Mengabang Tengah.

13) Pamer = Lewa (LE-WA)
Satu perbuatan meronda-ronda seperti lagak polis yang sedangmengintip.ataupun satu perbuatan memerhatikan rumah seseorang denganberulang kali dengan niat-niat tertentu tanpa bersembunyi atauberselindung.

14) Sombong =Gong (GO-NG)
Ada tiga maksud yang merujuk kepada gong.Pertama ianya sejenis alatmuzik tradisional.Kedua, ianya membawa maksud kawasan tanah tinggi . Ketiga ianya bermaksud seseorang yang sombong. Antara nama kampung yang menggunakanperkataan ini ialah Kampung Gong Beris, Gong Rusila, Gong Kedak, GongBadak dan Gong Balai.

15) Tukar = Lele (LE-LE)
Lele (Leyley) bermaksud satu sikap yang suka menukar-nukar pakaian dan lain-lain lagi.

16) Nakal = Nano (NA-NO)
Seringkali merujuk kepada kanak-kanak yang suka buat hal tak kira tempat.

17) Bahagi = Kacong (KA-CO-NG)
Pada umumnya kebanyakkan orang hanya mengenali belalang Kacong atauPadang Kacong (sebuah kawasan di terengganu). Kacong bermaksud sesuatuyang dipotong-potong atau dibahagi-bahagikan samada kepada 2 bahagianatau lebih. Kadang-kadang kita biasa mendengar istilah' kacong kalang'(mengasah pensil).

18) Paksa diri = Tebeng (TE-BE-NG)
Merujuk kepada tindakan mendesak diri untuk melakukan sesuatu.

19) Halang penglihatan = Tebeng (TE-BE-NG)
Walaupun perkataan ini sama cara ianya ditulis tetapi sebutannyaberlainan. Kerana tebeng (halang penglihatan) dibaca denga 'e pipih'atau'Teybeng'.

20) Melimpah - Rumbu (RU-M-BU)
Lebih merujuk kepada situasi apabila sesuatu benda yang melimpah atau melebihi takat penuh sehingga melimpah keluar. Contohnya gula dan beras..

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin