Pancingan Yang Berjaya



Suatu petang yang hening. Ketika itu awan baru sahaja menurunkan hujan selebat-lebatnya. Kelihatan seorang tua sedang duduk di tepi lopak air dengan memegang pancing sambil menghisap rokok.

Masyarakat sekeliling memerhatikan dengan penuh kehairanan. Ada yang bersimpati dengan nasib si tua itu dan ada juga yang mentertawakan si tua itu. Biasalah manusia. Rambut sama hitam,
hati lain-lain. Badrul memerhatikan si tua itu dengan penuh rasa simpati. Beliau menghampiri si tua itu untuk berbual.

"Pakcik ni memancing untuk apa?"

"Untuk makan"

"Oh, kalau macam tu. Mari ikut saya makan. Saya belanja."

Mulanya Si tua itu berdolak-dalik tetapi kemahiran Badrul memujuk beliau diiktiraf tinggi dan sangat cemerlang. Si tua itu malu-malu dan akhirnya akur dengan paksaan Badrul.

Sedang asyik mengunyah makanan. Badrul bertanya kembali.

"Pakcik mancing kat lopak air tu ada ikan ke?"

"Oh ada, boleh la tahan"

"Biar betul pakcik ni. Dah berapa ekor dapat?"

"Kamu yang kelima"


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin