Zorro, Robin Hood dan Orang Asli




Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing-masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro dan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan-jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang mereka berjalan-jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal di atas kepala perempuan itu. Mula-mula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal di atas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit...
"I AM ZORRO... .."


Kemudian giliran Robin Hood pulak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yang baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan bangganya jugak... . si Robin Hood kata...
"I AM ROBIN HOOD...!!"

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli di situ.Dia merasa tercabar kerana dengan senang-lenangnya pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dari jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu pulak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"








0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin