21) Sempadan = Tara (TA-RA)
kebiasaannya merujuk kepada batu sempadan atau tara tanah (sempadantanah).Kadang-kadang kita akan mendengar ungkapan seperti ini,"tare(tara kadang-kadang dibaca dengan tegas, 'tarre') mane dier wak ke mung?"(sejauh mana die buat kat kau?).
22) Luah = Kehek (KE-HE-K)
Satu perbuatan memuntahkannya kembali seesuatu yang ada dalam mulut sama ada makanan atau air liur.
23) Tahan = Ok (O-K)
Kadang-kadang perkataan ini jua sama makna dengan sabar.
24) Suka meminta = Ngato (NGA-TO)
Merujuk kepada sikap seseorang individu yang suka meminta pertolonganatau meminta dibelikan berbagai-bagai barang atau seseorangkanak-kanakyang cerewet dalam soal makanan dan lain-lain.
25) Rejam = Tago (TA-GO)
Lebih kurang sama mana dengan perkataan 'pelekong'.merujuk kepadatindakan seseorang yang membaling sesuatu objek secara terus ke sasaran.
26) Pepatung = Sibo (SI-BO)
27) Kumbang = Gabo (GA-BO)
28)Mentadak-Mentadu = Sedusenu (SE-DU-SE-NU)
kadang-kadang jentolak juga dipanggil sedusenu.
29) Sengaja = Sengeleng (SE-NGE-LE-NG)
melakukan sesuatu perkara dengan sebab-sebab tertentu tanpa rasa bersalah.
30) Merah Padam = Bera (BE-RA)
merujuk kepada perbuatan menahan rasa malu yang amat sangat sehingga muka menjadi kemerah-merahan.
31) Lemau = Leik (LE-I-K)
merujuk kepada makanan yang kite sebut sebagai 'masuk angin'.
32) Datok = Tokki (TO-K-KI)
Panggilan biasa untuk datuk di terengganu.sama maksud dengan perkataan 'aki'.
33) Kehendak = Ere (E-RE)
Contoh; 'Jangang ikuk ere sangak ke die tu' (Jangan ikut sangat kehendak dia tu)
34) Belukar = Rok (RO-K)
kadang -kadang 'rok' membawa maksud 'larat' atau keupayaan meneruskansesuatu kerja.kalau ianya disebut dengan 'dok rok' membawa maksud samaada tidak larat atau tidak sihat.
35) Larat = Cakak (CA-KA-K)
Cakak lebih sesuai digunakan berbanding 'rok' untuk merujuk kepada 'larat'.
36) Tipu daya = Kecek (KE-CE-K)
Popular di Kelantan dan Terengganu.Jika ianya dibaca dengan 'Keccek' ianya membawa maksud 'bercakap' di dalam loghat Kelantan.
37) Uli = Kame (KA-ME)
Dibaca dengan 'Kamey'.boleh juga ditulis 'Kamir'.
38) Dusun = Bukek (BU-KE-K)
Sama sebutan dengan 'Bukit'.Sesetengah orang terengganu menggunakanistilah 'kapong' atau 'kampong' untuk merujuk kepada 'dusun'.
39) Beroh (BE-RO-H)
kawasan pantai yang mempunyai lopak-lopak yang dalam di beberapabahagian.seringkali dilarang untuk mandi di kawasan ini terutamanyabagi yang tidak pandai berenang.
40) Selalu = Sokmo (SO-K-MO)
Semua dah biasa dengar kot istilah 'senyum sokmo'.
41) Hampiri = Nete (NE-TE)
Dibaca dengan 'neytey'.kadang-kadag menjadi nette (neyttey) apabila diucap dengan kasar atau tegas.kadang-kadang disebut 'tete'(teytey)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment