Skuter a.k.a Vespa




Generasi hari ini mengenali vespa sebagai skuter. Tahukah anda motosikal comel ini pernah menjadi kenderaan peperangan oleh tentera bersekutu AS menentang Nazi Jerman semasa peeprangan dunia kedua dulu. Asalnya vespa diciptakan adalah untuk mengelakkan pakaian penunggang menjadi kotor. Idea untuk mencipta vespa ditimbulkan oleh seorang jurutera aeronautical Corradiana D'Ascanio yang bosan melihat motosikal yang ada di eropah menyebabkan pakaian penunggang menjadi kotor.

Justeru itu dia ingin membawa revolusi baru dalam penciptaan motosikal. Lalu diperkenalkan motosikal yang mempunyai hadangan depan untuk menghalang kotoran melekat pada pakaian.

Pengalaman D'Ascanio dalam penciptaan helikopter moden membuatnya berfikir untuk menciptakan vespa mengikut teknologi aeroangkasa dimana enjinnya tidak menggunakan rantai untuk mengelakkan kekotoran sebaliknya menggunakan teknologi frank fork seperti gear pendaratan kapal terbang. Selepas peperangan dunia kedua tamat, vespa menjadi terkenal di Britain apabila remaja dari sub budaya Mod menjadikannya sebagai identiti mereka. Kini revolusi ini dikenal sebagai skuter.


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin