Ini cerita krew TV3 untuk episod Jejak Rasul. Tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis. Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje. Beberapa orang kampung pun datang nak tolong.
Seorang krew TV3 berkata sambil menepuk bonet kereta "Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".
Seorang lagi krew TV3 berkata sambil menunjuk lubang tangki minyak " Petrol - Sodaqallah hul azim". Pening semua Pak Arab tu.
Kali ni berlaku di Makkah. Satu hari seorang pak cik jalan dengan bini dia di lorong kota Makkah, al-Mukarramah dan nak jadikan cerita dia tersesat dan tak tau jalan nak balik hotel. Nak tanya Pak Arab, dia tak tau cakap Arab. Pikir punya pikir dia pun teringat satu kelas tafsir yang dia pernah ikut.... Dia pun tanya pak arab ni...
" Ana fi dhala limmubin " (terjemahan - Saya dalam kesesatan yang nyata..)
Dia sambung lagi... " Ih dinassira thal mustaqim " (terjemahan - Tunjukkan kami jalan yang lurus..)
Pak Arab tu pun tepuk dahi... MasyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment