Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Kisah Seorang Suami yang Kedekut


Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun ma sin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama , si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami.

"Tak mahal encik, cu ma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh.. mahalnya,tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ.

"Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat camtu" rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

"Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli"

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi* *RM80...

Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.


Tahun ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

"Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka ma am krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sa ma cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.

Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun* *mengimpikan* *untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?"

"Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer" jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"


"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteriencik" jawab pilot td sambil tersenyum.


"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.

Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya.

Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.


Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.

"Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh apasal tak cakap"

"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami

Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...


8:09 PM | 0 ulasan | Read More

Abah..mak nak cerai...


Satu petang yang hening...aku (Abang Kasim) duduk berehat2 di depan rumah sambil menghisap rokok kretek(murah skit)huhuhu.. sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikirkan agaknyer... isteriku Milah? ade kat dapur nun..memasak. Bahagiakan familiku ini...

Milah mmg cukup rajin memasak, anakku pulak petah berkata2 menghiburkan kami sefamili.. alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'

Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kat mulut..

Tetibe je dia nak minta cerai??? Aku ni bkn insan yang lemah, cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.

Rumah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur..

'MILAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENSEM LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

MILAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..kalau berani buat lah...

MILAH......AWAK MELAMPAU!

Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni gi lah ambik serai tu cepat..anak kite tak cakap kat awak ke?...

HAH SERAI??????? Bertuah punyer anak...pelat....


8:07 PM | 0 ulasan | Read More

TAK NAK ROKOK

Pengenalan


Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)


Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Rawatan Untuk Berhenti Merokok

Vibration Liquid Chlorophyll (Minuman Klorofil Alfalfa)
Membantu menyingkirkan segala racun dan toksik di dalam tubuh akibat kandungan rokok yang merbahaya. Sangat baik diamalkan seisi keluarga.

Seri Wajah 99 C6
Formula bagi membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ia berfugsi menghilangkan ketagihan merokok.

"Setiap Sedutan, Membawa Padah"
7:56 PM | 0 ulasan | Read More

Akuarium kereta

7:55 PM | 0 ulasan | Read More

Peribahasa Moden

1. Lembu punya susu, Nestle dapat nama.

Maknanya:
Macam mana keras bekerja pun, macam mananya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

2. Melepaskan batuk di dalam lift.

Maknanya: Hello! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Janganlah di tempat awam yang tertutup.

3. Seperti anjing jantan dengan anjing betina.

Maknanya:
Dua orang yang pantang bertemu, asyik nak berasmara saja.

4. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke najis jugak dia hinggap.

Maknanya:
Orang kalau dah perokok tu, kalau dia berenti, akhirnya dia gerenti start balik punyer.

5. Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.

Maknanya:
Jangan macam bagus. Pasal yang macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

6. Biar putih tulang jangan kuning gigi.

Maknanya:
Macam mana nya hensom ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah cuba nak mengurat.Geli-geleman di buat nya.

7. Kalau tidak ada angin masakan satu MRT boleh bau busuk?

Maknanya:
Ada orang kentotlah tu.

8. Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.

Maknanya:
Orang yang tak sedar diri. Tak kenang jasa baik orang yang mula-mula mempopularkan dia.

9. Ada udang di sebalik udang lain

Maknanya:
Jangan sangka yang duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang. Check betul-betul, mesti ada seorang lagi kat bawah ke, kat tengah ke, tengah baring ke.

10. Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya:

"maknanya. . .maknanya."

Jangan nak tersengih-sengih kat depan PC.

Pergi buat kerja sekarang.


Jangan marah.
7:54 PM | 0 ulasan | Read More

Marikh Sebesar Bulan 27 Ogos ?

By يانا واني

Sekali lagi, emel yang mengatakan kisah Marikh akan menjadi SEBESAR BULAN pada 27 Ogos ini mula tersebar. Sepertimana yang saya jangkakan, tahun ini, seperti mana tahun-tahun terdahulu, menjelang bulan Ogos, ramai di antara kita mula menerima emel yang di-forwardkan oleh rakan-rakan menyatakan tentang 'kejadian' yang amat hebat ini. Yang lebih menarik perhatian ialah ayat "NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN". Suka saya maklumkan bahawa kesemuanya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali. Ini adalah fakta yang sebenarnya.

Jika dikira melalui kiraan falak, pada tarikh 27 Ogos 2010 ini, Marikh berada pada jarak 318 km JUTA kilometer daripada Bumi!! Marikh sekarang sedang berada di sebelah 'sana' atau hampir di belakang matahari ketika itu.

Malah, jika anda hendak mencari Marikh sekarang dan lihat keadaannya pun boleh. Cuba, tinjau-tinjau arah Barat selepas Maghrib (dah terlewat kerana sekarang dah melewati waktu maghrib). Akan kelihatan sebuah 'bintang' yang bersinat amat cerah pada arah baraat. Itu ialah planet Zuhrah.

Di manakah Marikh sebenarnya?
Marikh berada di sebelah KANAN dari Zuhrah, lebih kurang 2 darjah ke kanan, atau lebih senang nak faham, jarak 2 jari ke kanan dari Zuhrah. Dan kecerahannya amat malap dan bersinar seperti sebuah bintang biasa sahaja! Saya boleh katakan, jika saya tidak beritahu lokasi Marikh tersebut, anda pasti tidak akan perasan bahawa titik halus itu ialah Marikh!

Persoalan: Adakah ia akan menjadi sebesar bulan pada tarikh tersebut?
Sudah pasti tidak, kerana ia berada amat jauh. Malah jika dilihat menerusi teleskop pun ia kelihatan seperti sebutir bintang yang halus. Cuba bandingkan dengan bulan yang sedang mengambang penuh di arah timur pada tarikh yang sama.

Sejarahnya, kisah ini bermula pada tahun 2003. Pada ketika itu, memang Marikh berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi, iaitu pada jarak 56 JUTA kilometer! JUTA. Kombinasi orbit Bumi dan Marikh pada ketika itu menyebabkan, kedudukan jarak itu merupakan yang paling hampir sejak 60,000 tahun. Pusingan orbit Bumi dan Marikh akan membawa kedua-dua planet ini berhampiran antara satu sama lain setiap 2 tahun 2 bulan. Dan setiap kali ia dekat, jaraknnya berbez-beza. Cuba lihat kiraan di bawah.

Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.

24 Apr 1999 Jarak 87 juta km
13 Jun 2001 Jarak 68 juta km
28 Ogo 2003 Jarak 56 juta km
7 Nov 2005 Jarak 70 juta km
24 Dis 2007 Jarak 89 juta km
29 Jan 2010 Jarak 99 juta km
3 Mac 2012 Jarak 101 juta km
8 Apr 2014 Jarak 93 juta km
22 Mei 2016 Jarak 76 juta km
27 Jul 2018 Jarak 58 juta km
13 Oct 2020 Jarak 63 juta km

Asal usul email
Pada tahun 2003 tersebut, Marikh memang bersinar amat terang, seperti sebuah lampu oren yang menyala. Tetapi ia tetap bukan sebesar bulan. Jika dibandingkan dengan bulan, Marikh "kelihatan" 75 kali lebih kecil daripada bulan. Kemudian, hasil daripada perbandingan tersebut, mulalah seseorang tu menyatakan, jika Marikh 75 kali lebih kecil dari bulan, maka jika kita besarkannya sebanyak 75 kali, mestilah nampak sebesar Bulan!"... maka dari situ mulalah muncul ayat yang mengatakan "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar". Hasil daripada kehebatan teknologi internet, maka email tersebut mula tersebar ke seluruh dunia, dan berubah-ubah isi kandungannya. Sehinggalah ia diringkaskan menjadi "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar", tanpa mencerita kisah pembesaran 75 kali tu...

Tahun-tahun berikutnya, tarikh kejadian asal 27 Ogos 2003 itu pun berubah sehingga menjadi "27 Ogos" sahaja. Malah, ada yang rajin, siap ditambah tahun kepada tahun yang terkini.

Maka, jelas sekali maklumat yang tersebar setiap tahun berkenaan Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos itu adalah tidak tepat langsung dan tidak benar.


Sumber : Falak Online

7:53 PM | 0 ulasan | Read More

20 Amalan Murah Rezeki..


1. Menyempatkan diri beribadah
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

7:53 PM | 0 ulasan | Read More

Bilakah Malam Lailatul Qadar?

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA' UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 8 hb September 2010.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

7:53 PM | 0 ulasan | Read More

Jadi hamba di rumah anak sendiri

KISAH ini agak berlainan sedikit. Bukan mengenai bercinta dengan isteri orang atau sebaliknya tetapi keluhan seorang ibu tentang nasib yang dikatakannya tidak sebaik nasib ibu-ibu lain.

Ada kaum wanita menempuh kepayahan hidup di awal remaja dan berubah lebih baik setelah bekerja dan berumah tangga. Ada pula yang susah ketika awal perkahwinan dan bahagia akhirnya setelah anak semakin besar. Ada juga susah di penghujung hayat. Inilah yang menyedihkan.

''Nasib saya tidak seperti ibu-ibu di atas, boleh dikatakan hidup saya susah, tertekan jiwa, hati dan perasaan sejak saya remaja hinggalah setelah bercucu sekarang.
''Mungkin saya salah seorang ibu malang di dunia ini, namun saya taklah kesal. Ini kehendak Allah, saya reda tetapi saya kesal sikap anak menantu yang membuatkan hati saya hancur seperti kaca terhempas ke batu,''demikian cerita Puan Hamizah dalam surat pendek yang dihantarkannya dan ketika kami berbual petang Isnin lalu.

Sebenarnya sudah beberapa kali kami berbual, tetapi terputus-putus, kerana gangguan cucu menangis dan beliau takut bercakap terlalu lama di telefon bimbang anak menantu tidak dapat menghubunginya kerana telefon sedang digunakan.. Jadi kami berbual kira-kira enam minit setiap panggilan. Hinggalah saya faham perasaan hatinya yang terluka selama ini.

''Dah lama sangat saya nak luahkan isi hati saya ini, tetapi tak ada orang yang boleh saya percayai, lagipun kehidupan saya yang terkurung tidak mengizinkan saya berjumpa dengan ramai orang. Nak cakap dengan jiran takut anak terasa malu. Jadi saya simpan semuanya dalam hati.

'Tetapi apa pun kesimpulan masalah saya ini semuanya berpunca kerana kemiskinan dan kesusahan hidup saya. Kalau hidup kita miskin, anak menantu pun tak suka, malah menganggap kita menyusahkan hidup mereka sahaja. Itulah nasib saya.
''Saya ibu tunggal, diceraikan kerana suami nak kahwin lagi, bakal isteri barunya tak mahu bermadu, jadi tinggallah saya bersama empat orang anak yang masih sekolah rendah dan dua menengah. Kerana anak pertama dan kedua perempuan agak pandai sikit dapatlah dia belajar ke sekolah menengah sains berasrama. Walaupun duduk asrama saya terpaksa hantar duit sebab belanja mereka agak tinggi, macam-macam nak dibeli.

''Saya bekerja keras untuk mencukupkan belanja mereka di samping dua lagi yang bersekolah rendah. Ayah mereka setelah menceraikan saya, nafkah anak-anak tak diberi. Nak jenguk anak pun takut isteri baru marah. Puas saya pergi pejabat dan turun naik mahkamah syariah tapi gagal dapatkan nafkah. Buat habis duit tambang, terpaksa cuti. Akhirnya saya buat keputusan biarlah dia berseronok dengan kehidupan barunya dan jawablah di akhirat nanti.

''Ketika bercerai saya tak ada rumah, menyewa rumah kecil di kawasan dekat KL memang mudah pergi kerja, tapi sewa rumah tinggi. Selain bekerja, saya jual kain potong yang orang hantar minta saya jualkan, paling tidak, dapat juga anak-anak berganti pakaian yang mereka berikan. Biarpun terpakai tetapi masih baru senanglah berpakaian. Kalau besar saya kecilkan.

''Dengan izin Allah anak yang tua sambung belajar buat diploma dua tahun kemudian, yang kedua pula ikut sama. Harapan saya bila mereka bekerja nanti senanglah sikit hidup saya. Sayangnya saya cuma berharap, Allah yang menentukan.

''Tak sampai enam bulan bekerja dia nak kahwin. Tersentak juga rasa hati, cepat sangat anak saya laku. Walaupun saya minta dia tangguhkan dulu, sebab tak berduit buat kenduri, tetapi yang lelaki mendesak. Anak saya Izah terpaksa ikut.

''Kenduri kami ala kadar. Kata Izah, bakal suaminya tak suka buat majlis panggil ramai orang, membazir aja. Saya ikutkan memang pun saya tak berduit lagipun hantarannya tak tinggi cukup buat kenduri saja. Selesai majlis cuma dua malam menantu saya tidur di rumah, mereka terus pindah rumah lain.

''Dua hari lepas pindah, ketika saya sibuk mengira hutang belum selesai, Izah datang ke rumah bersama suaminya, bertanyakan mana set bilik pengantin sebab dia nak bawa ke rumah mereka. Izah tahu saya cuma beli katil dan tilam, almari pakaian dan almari solek pakai yang lama lagipun rumah sewa kami kecil, mana nak muat. Tetapi sebenarnya saya tak mampu nak beli semua benda itu.
''Kerana tak ada set tersebut menantu saya minta beli yang baru. Hutang lagi. Izah tak berani bantah walaupun dia tahu saya tak berduit.
Hutang lama tak selesai hutang baru bertambah. Namun dalam hati kecil saya mengharapkan kalau Izah bagi saya RM100 setiap bulan seperti sebelum dia kahwin,
mungkin hutang itu boleh saya selesaikan. Tetapi sejak Izah kahwin dia tak beri saya duit langsung.

''Waktu itu memang saya susah, mana nak bayar hutang, tiga orang anak lagi tengah belajar, seorang peringkat akhir pengajiannya, sementara seorang lagi nak ambil SPM, tetapi pada siapa saya nak mengadu, saudara-mara bukan orang kaya, mereka pun duduk kampung harapkan anak-anak. Namun mereka masih bernasib baik daripada saya kerana ada anak-anak yang menolong. Berbanding saya."

''Kerana terdesak saya minta Izah bantu bayarkan duit periksa adiknya, tetapi kata Izah, dia tak ada duit, semua duit gajinya suaminya pegang. Kata Izah, suaminya kata, lepas kahwin dia mesti ikut perintah suami bukan emak lagi, syurga bawah tapak kaki suami. Lagipun dia nak simpan duit beli kereta baru dan rumah.

''Hendak tak nak saya terpaksa tebalkan muka pinjam pada kawan sekerja RM100 janji bayar dua bulan. Ketika Imah habis belajar saya menyimpan hajat mungkin bila dia kerja nanti dia boleh membantu saya. Imah pula lambat dapat kerja, dia terpaksa kerja sementara di kilang, memang dia ada bantu saya cuma beberapa bulan sebelum dapat kerja yang memaksanya pindah duduk nun di selatan.
''Hati saya suka dalam duka. Gembira anak dapat kerja tapi sedih dia terpaksa tinggalkan saya. Di tempat baru dia terpaksa sewa rumah, untuk tiga bulan pertama, memang dia tak kirimkan saya duit. Sebaliknya saya meminjam bagi dia bekalan sedikit duit semasa pindah. Sekali lagi kawan jadi mangsa. Tapi saya bayar balik semuanya walaupun berdikit-dikit.

''Anak kedua pun cepat jodoh, tak sampai setahun bekerja dia kahwin orang sana . Saya buat kenduri kecil, nak panggil ramai orang kita perlu belanja besar. Asalkan mereka selamat kahwin sudah cukup. Ayah mereka datang untuk izinkan nikah. Tak ada satu sen pun dia keluarkan duit belanja.
''Kalau orang lain gembira anak perempuan mereka cepat kahwin tapi orang susah macam saya cuma tangis mengiringi mereka. Sedih dan takut apakah Imah juga ikut jejak kakaknya serahkan semua duit gajinya kepada suami. Kalau saya orang senang memang saya tak harap duit mereka, tetapi susah, merekalah harapan saya.

''Dua orang anak lelaki saya Ismail dan Ishak faham masalah saya. Ismail tolak tawaran buat diploma walaupun dia layak, dia bekerja di kilang, katanya nak tolong saya dan adiknya habiskan belajar sampai tingkatan lima .Saya menangis mengenangkan pengorbanannya, namun saya terus memujuk supaya dia terus belajar, biarlah saya susah bekerja dan berhutang, asalkan masa depannya terjamin, tetapi dia menolak, dia terus kerja kilang.
Katanya, dia akan sambung belajar kalau ada rezeki. Tapi sampai kini dia masih kerja kilang dengan pendapatan cukup makan saja. Anak keempat saya pun berakhir dengan kerja kilang.

''Saya cukup sedih, tetapi apakan daya saya tidak ada kemampuan untuk mendesak mereka terus belajar kerana saya pun tak berduit. Ayah mereka tak ambil peduli selepas dia dapat empat orang lagi anak dengan isteri baru dan masil kecil-kecil.

''Peristiwa itu berlaku kira-kira 10 tahun lalu, kini badan saya semakin tua, sudah tak berdaya nak bekerja. Untuk menampung hidup, saya jaga anak orang yang dihantar ke rumah saya. Tetapi bila Izah tak ada pembantu, dia suruh saya duduk dengan dia jaga anak-anaknya. Sekarang dah lebih enam tahun.
''Saya rasa saya adalah pembantu rumahnya, tapi tak bergaji, dapat makan dapat tempat tidur. Tapi masalahnya saya dah berusia dekat 50 tahun, badan saya sudah tak kuat lagi. Kerana hidup susah sejak muda, saya memang kelihatan tua.
''Saya fikir bila dia ambil saya tinggal di rumahnya, dapatlah saya ke surau, buat amal ibadah dengan selesa, malangnya sembahyang tarawih pun jarang dapat pergi, di rumah aja menguruskan anak cucu.
''Bila sendirian saya selalu menangis mengenangkan nasib. Dari kecil anak saya besarkan, berhutang keliling pinggang untuk menyekolahkan mereka, tapi bila dah senang suami dia kutip hasil. Kalaulah anak saya menjaga saya, agaknya tak sampai umur saya 65 pasti saya dah mati. Cuma 15 tahun sahaja dia menjaga saya.
''Tetapi kalau dia ada umur dia akan hidup bersama suaminya lebih 42 tahun iaitu sejak 23 tahun umur dia mula bekerja hinggalah 65 tahun. Jadiapalah salahnya dia bantu hidup saya yang susah ini dan tolong anak- anaknya melanjutkan pelajaran. Memang tugas ibu membesarkan anak-anak dan menyekolahkan mereka, dan tak boleh minta pembalasan, itu benar, tetapi saya bukan orang senang, saya susah.

''Apa yang menyedihkan saya ialah hidup dua orang anak lelaki saya sampai bila dia mesti bekerja jadi pekerja kilang. Bukan saya hina pekerja kilang, tetapi mereka pandai, mereka dapat tawaran sambung belajar ke IPTA apa salahnya kakak-kakak mereka menghulurkan bantuan kerana dia tahu saya susah dan ayahnya tak membantu dan tak pernah beri nafkah. Salahkah saya meminta bantuan?

Mengapa menantu saya terlalu berkira tentang duit dan membuat saya macam hamba abdi? Kalau saya pembantu rumah orang lain tentu dapat imbuhan tetapi duduk di rumah anak sendiri saya benar-benar terhina. Saya perlukan masa sendiri untuk membuat amal ibadah yang banyak saya tinggalkan semasabekerja dahulu. Tetapi semuanya tersekat kerana menguruskan empat orang cucu pergi sekolah rendah, sekolah agama, tadika dan sebagainya.

''Sudahlah hidup saya susah semasa membesarkan anak-anak, dah tua begini pun saya terpaksa jaga cucu. Saya rasa terhina kerana duduk menumpang dirumah mereka. Kerana saya tidak punya apa-apa, miskin dan tak berharta saya dibuat macam hamba. Nak berbual dengan anak pun terhad, menantu sentiasamengawasi, apa lagi kalau nak berbual dengan jiran tetangga.

''Saya amat sedih terutama bila besan atau saudara-mara menantu saya datang ke rumah, saya tunggang-langgang di dapur memasak, mereka cumaberbual dan menunggu hidangan terhidang, saya betul-betul terhina. Lagi sedih bila menantu bising fasal bil elektrik dan air meningkat.

"Sabun pencuci cepat habis pun merunsingkan fikirannya. Menantu saya terlalu berkira fasal duit. Entah bila penderitaan saya akan berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya saya tidak terlantar sakit terlalu lama sebelum mati. Kerana saya tak tahu siapa nak jaga saya nanti,'' demikian cerita Hamizah dengan nada suara tersekat-sekat.

Saya hanya tumpang sedih. Apakah zaman ini masih ada anak-anak seperti ini, Benarlah kata Hamizah, kalau diri tak berduit bukan sahaja dihinaorang, anak-anak sendiri pun benci dan tak hormatkan kita. Agaknya mereka terlalu hormatkan suami kerana syurga di bawah tapak kaki suami. Ibu tak berguna lagi.

Tapi kata seorang teman, suami boleh berganti kalau jodoh dah tiada, tapi ibu itulah satu-satunya di dunia dan akhirat. Entahlah! Tapi sayangilah ibu semasa masih ada, kerana doa ibu membawa berkat.


7:53 PM | 0 ulasan | Read More

Kepentingan Redha


Artikel ini saya petik daripada Majalah SOLUSI , kolum Mahmudah oleh guru yang disayangi al-Ustaz al-Muhaddis Umar Muhd Nor hafizahulLah .

KEPENTINGAN REDHA :

Kali ini saya akan bercerita tentang seorang ulama ahli hadis dan fiqh di Madinah dari kalangan tabiin. Beliau adalah 'Urwah putera pasangan dua orang sahabat Nabi Saw yang sangat terkenal, iaitu Al-Zubeir bin Al-'Awwam dan isterinya Asma binti Abu Bakar Al-Siddiq. Sejak kecil, 'Urwah tinggal serumah dengan adik ibunya, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, isteri kesayangan Baginda Nabi Saw. Dan dari beliaulah 'Urwah menimba hadis, tafsir, fiqh, faraid dan berbagai ilmu lainnya. Sehingga ketika dewasa ia diakui sebagai salah seorang daripada tujuh fuqaha Madinah (al-fuqaha al-sab'ah) yang menjadi rujukan fatwa pada masa itu. 'Urwah bin Al-Zubeir meninggal dunia pada tahun 94 H.

Suatu hari 'Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Syam. Di tengah perjalanan, 'Urwah merasakan sesuatu terjadi di kakinya. Tidak lama kemudian, timbul sebuah bisul di kakinya yang lalu pecah dan menjadi sebuah luka. Setibanya di Syam, Khalifah mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut. Tabib itu kemudian menyimpulkan bahwa luka itu sebuah infeksi yang jika tidak segera dihentikan dapat menyebar ke seluruh badan. Dan satu-satunya cara untuk menghentikan penyebaran infeksi itu adalah dengan memotong kaki tersebut.

'Urwah setuju kakinya dipotong. Tabib menyarankan agar ia meminum obat bius terlebih dahulu sebelum operasi dilaksanakan agar ia tidak merasakan sakit, tapi 'urwah menolak. Ia ingin tetap berada dalam kesadaran sehingga dapat mengingat Allah meski harus merasakan kepedihan yang sangat menyiksa. Akhirnya, jadilah tabib itu memotong kakinya dengan gergaji, sementara 'Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan.

Pada saat yang sama, seorang anak 'Urwah yang ikut bersamanya dalam perjalanan tersebut mengalami sebuah kemalangan. Seekor keledai menendangnya hingga mati. Apabila mendengar berita sedih ini, 'Urwah tidak memberi komen apa-apa. Baru ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah, 'Urwah terdengar berkata seperti ini, "Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak. Jika Engkau mengambil satu orang, Engkau masih meninggalkan enam lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga lainnya."

Masya Allah, tokoh besar ini masih dapat menemukan alasan untuk memuji Allah meski dalam musibah yang sangat memilu hati. Kisah ini dapat anda temui dalam kitab "Wafayat Al-A'yan" karya Ibn Khillikan dan buku muridnya: Imam Al-Dzahabi yang bertajuk "Siar A'lam Al-Nubala".

Redha kepada Allah

Tidak banyak orang yang dapat tetap menjaga pikiran positif, apalagi bersyukur kepada Allah, di tengah hantaman musibah yang bertubi-tubi. Hanya orang-orang yang telah redha kepada Allah sahaja yang dapat melakukan hal itu. Imam Abdul Karim bin Hawazin Al-Qusyairi berkata, "Orang yang redha kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan-Nya."

Sikap redha kepada ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat-sifat Allah Swt seperti Maha Pengasih (Al-Rahman) penyayang (Al-Rahim), Maha Bijaksana (Al-Hakim) dan Maha Mengetahui (Al-'Alim). Ia meyakini bahwa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.

Dan karena sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meski ketentuan itu kadang terasa pahit. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Qs Al-Baqarah: 216).

Namun begitu, sikap ini bukan menganjurkan sifat malas berupaya dan penyerahan diri sepenuhnya kepada nasib. Itu adalah bisikan Iblis untuk menyesatkan akal pikiran manusia. Imam Ahmad dalam kitab "Al-Zuhd" meriwayatkan daripada Ibn Syihab Al-Zuhri katanya: Iblis bertanya kepada Nabi Isa as: "Wahai Anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?" Nabi Isa menjawab, "Benar, wahai musuh Allah." Iblis berkata lagi, "Kalau begitu, cobalah engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkanlah dirimu dari atasnya. Lihatlah apakah engkau mati ataukah tidak?" Nabi Isa menjawab, "Wahai musuh Allah, sesungguhnya tuhan boleh menguji hamba-Nya, tapi hamba tidak boleh menguji tuhannya."

Imam Al-Dzahabi dalam "Tazkiratul Huffaz" menceritakan ucapan seorang tokoh tabiin yang bernama Mutharif Ibn Al-Syikhir, "Seseorang tidak boleh naik ke atas bukit lalu melemparkan dirinya sendiri dan berkata: ini telah ditakdirkan Allah. Akan tetapi ia harus selalu berusaha dan berhati-hati. Jika setelah itu ia tetap tertimpa musibah, ia meyakini bahwa itu merupakan ketentuan Allah Swt."

Maqam redha memberikan pesanan yang sangat jelas bahawa tugasan seorang hamba hanyalah merancang dan berupaya sekuat tenaga, sementara hasil dan natijah diserahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah Swt. Jika hasil itu baik, ia bersyukur atas anugerah Allah Swt. Dan jika hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan, ia tidak pernah berputus asa. Sebaliknya, ia yakin bahwa ketentuan itu lebih baik untuknya kerana hikmah besar yang terdapat di sebalik musibah tersebut.

Syurga Dunia

Semua musibah dan kemalangan tentunya memang menyakitkan. Namun tidak ada musibah yang lebih pahit dan menyakitkan daripada musibah yang menembus ke dalam hati manusia. Musibah sekecil apapun, jika ianya ditanggapi dengan hati yang panik dan memberontak, maka musibah itu akan membesar sehingga terlalu berat untuk ditanggung. Semakin ia meratapi kemalangan tersebut, semakin sukar ia keluar daripadanya. Seorang ulama tabiin yang bernama Maimun bin Mahran pernah berkata, "Seseorang yang tidak dapat bersikap redha dengan ketentuan Allah, maka tidak ada penawar yang dapat mengobati kebodohannya."

Dan sebaliknya, musibah sebesar apapun, jika ianya dihadapi dengan ketabahan dan lapang dada, maka ianaya akan larut di dalam keluasan hati itu ibarat setetes air kencing yang dituang ke dalam lautan luas untuk merusak kesuciannya. Tetesan najis itu tentu sahaja tidak dapat mengeruhkan lautan tersebut, malahan ianya akan larut di dalam keluasan air lautan yang suci dan mensucikan. Apabila hati berserah kepada ketentuan Allah, maka mata hati dan pikiran akan dapat dengan jernih melihat jalan keluar dari kesulitan yang dialaminya.

Bahkan jika sikap redha telah tertanam di hati, musibah akan terasa manis. Abu Bakar bin Thahir berkata, "Redha adalah mengusir kebencian dari dalam hati sehingga hanya kegembiraan dan kebahagiaan yang terdapat di dalamnya." Seorang 'abidah terkenal yang bernama Rabi'ah Al-'Adawiah pernah ditanya, "Kapankah seseorang telah mencapai maqam redha?" Ia menjawab, "Apabila ia bergembira dengan musibah yang menimpanya sepertimana ia bergembira dengan nikmat yang diterimanya."

Ucapan Rabi'ah ini terdengar agak mustahil dilakukan oleh orang-orang seperti kita. Namun hal itu tidak sukar bagi hamba-hamba Allah yang telah menanam keimanan sempurna di dalam hatinya sebagaimana kisah 'Urwah bin Al-Zubeir di atas. Imam Al-Ghazali dalam "Ihya" menceritakan bahwa seseorang melihat luka yang terdapat di kaki Imam Wasi' bin Hibban. Ia lalu berkata, "Setiap kali aku melihat luka ini, aku sangat kasihan kepadamu." Wasi' bin Hibban yang telah mencapai maqam redha menjawab, "Sejak luka ini keluar di kakiku, aku selalu bersyukur. Karena Allah Swt tidak menjadikan luka ini di dalam mataku."

Singkat kata, orang yang memiliki sifat redha di hati akan selalu merasakan kebahagian tak terkira. Segala sesuatu yang ditemuinya di dunia ini akan terlihat begitu indah dan terasa begitu manis. Benar sekali sabda Nabi Saw, "Akan merasakan manisnya iman; seseorang yang redha Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad Saw sebagai rasulnya." (HR Al-Bukhari daripada 'Abbas bin Abdul Muthalib).

Dalam hadis riwayat Abu Dawud dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah Saw juga bersabda, "Barangsiapa yang berkata: {aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad Saw sebagai nabi dan rasulku}, maka dipastikan baginya syurga." Tidak mustahil dengan sikap redha ini ia akan merasakan syurga dunia sebelum syurga akhirat. Sebagaimana ucapan Imam Abdul Wahid bin Zaid, "Sikap redha adalah pintu (menuju) Allah yang terbesar dan syurga dunia."


Allah Swt selalu memperlakukan kita sepertimana kita memperlakukan-Nya. Apabila seorang hamba telah redha kepada semua ketentuan-Nya, maka itu menjadi suatu pertanda bahawa Allah swt telah meredhai orang itu sebagai hamba-Nya yang berbakti. Imam Al-'Arif billah Abu Al-Qasim Al-Qusyairi berkata di dalam kitab "Risalah"-nya yang terkenal, "Ketahuilah, seseorang hamba hampir tidak mungkin redha kepada (ketentuan) Allah melainkan setelah Allah redha kepadanya. Sebab Allah Swt berfirman, "Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepadanya." (Qs Al-Bayyinat : 8)

Namun sebaliknya kita juga harus ingat bahawa jika kita tidak meredhai apa yang telah Allah tentukan pada diri kita, samada yang berkaitan dengan bentuk tubuh kita, kondisi orang tua, pasangan atau anak kita, sifat kerjaya kita. atau perkara-perkara lain yang terdapat di dalam diri kita, maka itu pertanda bahawa kita belum menjadi hamba-hamba Allah yang memperolehi redha-Nya. Wallahu a'lam.


7:53 PM | 0 ulasan | Read More

Ingatan.....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang Seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fkirkan tentang orang- orang yang tingal dijalanan.

Dan di saat kita letih mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita

masih hidup....... ......... .......

..antara teman, sahabat dan kawan.
Hidup adalah sebagaimana yang anda tentukan.
7:42 PM | 0 ulasan | Read More

Yang mana Ekspresi Anda Saat Dilahirkan?


7:40 PM | 0 ulasan | Read More

Didatangi Malaikat Maut Semasa Koma



Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…


7:36 PM | 0 ulasan | Read More

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum..
Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawikh.. Saling Ingat-Mengingatkan..

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali..

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya..

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya..)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai 'ibu' iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Wassalam.


7:36 PM | 0 ulasan | Read More

Petua Imam Al Ghazali tentang hari Lailatulqadar

Lailatulqadar adalah malam penuh berkat dan rahmat yang dijanjikan Allah SWT bagi tiap Umat Islam yang hanya datang pada salah satu malam bulan Ramadan setiap tahun.

Maklum bahawa malam yang lebih baik dari seribu bulan beramal ini jatuhnya adalah rahsia walaupun banyak hadis meriwayatkan ia boleh berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Bagaimanapun menurut petua imam Ghazali, beliau mempunyai petua mencari malam lailatulqadar seperti berikut:

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:


I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Menurut Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya jernih tidak terlalu terik;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


7:36 PM | 0 ulasan | Read More

Roti Mata Kerbau - nampak macam sedap ???











7:36 PM | 0 ulasan | Read More

Kehebatan Surah al-Ikhlas


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. **

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggaldunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapatpadangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. **

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang berman faat yang disampaikannya kepada orang lain. *



7:36 PM | 0 ulasan | Read More

TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN



Seringkali ada yang mengadu tidak begitu sihat ketika berpuasa. Mengapa ini berlaku?


Masalah kesihatan yang mungkin anda alami semasa berpuasa adalah seperti dehidrasi (kekurangan air dalam badan), pengambilan nutrien yang tidak mencukupi dan beberapa gangguan gastrousus sperti sembelit, perut kembung dan gastritis. Oleh kerana tempoh lebih 10 jam untuk makan di antara waktu berbuka puasa dan menjelang subuh, kita boleh memaksimakan tempoh ini dengan beberapa petua berguna.

Dehidrasi

Minumlah air dengan secukupnya sepanjang tempoh ini untuk mengelakkan dehidrasi dan mencegah sembelit atau gastritis yang kebanyakkannya berpunca daripada dehidrasi kronik. Perkara lain yang penting dan perlu dilakukan adalah mengelakkan minuman mengandungi kafein seperti kopi, teh atau koko yang boleh mengurangkan kandungan air badan dan merupakan punca kehilangan lebih banyak bendalir dari badan. Berpuasa biasanya boleh menambahkan tahap keasidan gastrik yang menyebabkan kepedihan, kesesakan dalam perut dan mulut yang terasa masam. Ini boleh diatasi dengan memakan makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, kekacang dan buah-buahan. Makanan seperti ini juga merangsang tindak balas otot.

Mengunyah dan memecahkan makanan ini kepada partikel kecil boleh membantu mengurangkan pembinaan asid dalam perut. Bagi golongan yang mengalami keasidan perut yang sangat tinggi, mereka boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan pengambilan nasi dan makanan lain yang berasaskan karbohidrat. Ambillah makanan yang kaya dengan protein terutamanya daging merah atau protein berasaskan daging ketika sahur. Ini akan dapat membantu mengurangkan perut kosong untuk tempoh yang lebih lama dan melambatkan rasa lapar.

Akan tetapi, kepada golongan yang bukan terlibat dalam kategori ini (keasian perut sangat tinggi), memakan terlalu banyak daging akan mengakibatkan kesan berlawanan dan boleh mengakibatkan tahap kesihatan anda tergugat.


Nutrien Mencukupi

Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi juga boleh mempengaruhi puasa seseorang. Semasa berpuasa, mereka yang berumur adalah golongan yang lebih berkemungkinan kekurangan kebanyakan zat makanan kerana pengambilan makanan yang berkurangan. Kebanyakan daripada mereka mendapati sukar untuk mengambil makanan dalam jumlah yang sepatutnya ketika berbuka puasa.


Mereka juga makan dalam jumlah kecil semasa bersahur kerana kurang selera pada masa itu. Adalah penting untuk mengambil jumlah karbohidrat, protein dan lemak diet yang seimbang.

Makanlah banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan ulaman yang segar kerana ia mengandungi banyak fitonutrien dan vitamin.


Hadkan pengambilan nasi putih, mi dan roti putih kerana makanan tersebut mengandungi kalori yang tinggi dan nilai nutrisi yang rendah. Pengambilan nasi dan roti perang secara sederhana adalah pilihan yang lebih baik.


Diet yang mengandungi protein adalah penting untuk membantu pemeliharaan jisim otot seseorang. Pilihan yang sihat merangkumi ikan, ayam tanpa kulit dan minuman soya berkualiti tinggi.

Sistem Penghadaman

Enzim penghadaman dan berbagai-bagai jenis bakteria boleh menggalakkan sistem penghadaman yang sihat sementara memelihara kesihatan persekitaran saluran gastrousus untuk membantutkan perkembangan bakteria penyebab penyakit, yis dan virus. Satu lagi bahan komponen iaitu Fructo-oligosaccharides (FOS) juga berfaedah dalam modulasi ekologi mikrob di dalam perut dengan menggalakkan daya ketahanan dalam perut.


Makanan yang kita makan pada waktu berbuka puasa adalah penting. Diet ketika berbuka biasanya mengandungi kalori, gula, garam, kolesterol dan lemak yang berbahaya tetapi rendah nilai nutrisinya (lemak tepu dan lemak trans).


Lemak tepu dan lemak trans adalah faktor utama dalam peningkatan kolesterol darah. Sumber utama lemak tepu ketika berbuka adalah seperti makanan bergoreng, rendang dan lemak gulai yang kaya dengan santan kelapa.


Lemak trans yang dijumpai dalam kebanyakan jenis kek, biskut dan kuih-muih yang boleh meningkatkan jumlah kolesterol 'tidak baik' (LDL) dan menurunkan kolesterol 'baik' (HDL). Bukti saintifik menunjukkan pengambilan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol dalam makanan boleh meningkatkan takat lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) atau 'kolesterol tidak baik', yang kemudiannya meninggikan risiko penyakit jantung koronari (CHD).


Pada kebiasaannya, minuman ketika berbuka adalah seperti sirap bandung dan air jagung sementara minuman panas yang manis menjadi pilihan biasa ketika bersahur. Cuba kurangkan minuman manis ini. Sebaliknya minum sekurang-kurangnya 8 gelas air bertapis setiap hari untuk membantu pembersihan dan penghapusan toksin terkumpul daripada badan anda.


Walaupun gula tidak dikaitkan secara langsung dengan diabetis, namun kalori melampau biasanya mengakibatkan berat badan berlebihan dan obesiti, yang merupakan faktor risiko utama diabetis.


Dengan demikian, cuba hadkan pengambilan gula dalam diet kerana ia mengakibatkan peningkatan pantas takat gula darah yang mana ia boleh meningkatkan takat insulin. Banyak bukti menunjukkan kehadiran hiperinsulinemia (takat insulin serum tinggi) sebagai satu punca masalah obesiti hari ini. Akhirnya, pengambilan suplemen seperti vitamin, mineral, fitonutrien dan asid amino boleh membantu pembekalan pemakanan optima semasa berpuasa.


Kesimpulannya, pengambilan diet seimbang adalah penting untuk memelihara kesihatan, mengekalkan gaya hidup aktif dan memanfaatkan sepenuhnya puasa pada bulan Ramadhan.


Satu lagi info :

Untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

Untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

Perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari

Amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin

Banyakkan minum air sewaktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan

7:36 PM | 0 ulasan | Read More

Hari terbaikku (versi Ramadhan)

Setiap hari kita melalui rutin. Ada orang rutinnya padat dan sibuk. Yang lain rutinnya ringkas dan tak bermakna. Untuk dirinya dan diri orang lain.

Saya berpendapat semua orang perlu ada rutin yang hebat, barulah dia berjaya menggunakan segala potensi diri yang dia ada.

Salah satu cara untuk melatih diri dengan rutin yang baru adalah dengan membayangkan gambaran perjalanan seharian dengan jelas sebelum tidur. Kesannya, perjalanan untuk esok hari akan lebih terancang dan tidak lagi dalam keadaan malas-malas.

Di sini saya kongsikan apa yang saya namakan sebagai 'Hari terbaikku' versi Ramadhan.



Sebelum Subuh

Bangun pagi, kemudian siapkan makanan untuk bersahur. Masak. Kejutkan kawan-kawan untuk bersahur bersama-sama, kemudian sempurnakan solat sunat yang diakhiri dengan witir.

Subuh

Bersiap-siap untuk ke masjid. Solat sunat. Kemudian solat Subuh berjemaah. Selesai solat i'tikaf di sana sehingga matahari terbit. Isi waktu i'tikaf dengan bacaan Mathurat, tilawah Al-Quran dan baca buku.

Pulang ke rumah, solat sunat Dhuha dan tidur. Bangun dua jam sebelum Zohor. Buat kerja yang perlu hingga masuk waktu Zohor.

Zohor

Bersiap-siap ke masjid. Solat sunat. Kemudian solat Zohor berjemaah. I'tikaf di sana sejam. Isi waktu i'tikaf dengan solat sunat, tilawah Al-Quran dan baca buku.

Pulang ke rumah dan buat kerja yang perlu hingga masuk waktu Asar.

Asar

Bersiap-siap ke masjid. Solat sunat. Kemudian solat Asar berjemaah. Selesai solat ziarah rumah kawan-kawan dan beli barang dapur untuk berbuka. Masak. Bergerak ke masjid setengah jam sebelum waktu Maghrib untuk i'tikaf. Isi waktu i'tikaf dengan bacaan Mathurat dan tilawah Al-Quran.

Maghrib

Berbuka seadanya di masjid dan solat Maghrib berjemaah. Pulang ke rumah untuk makan makanan berat. Bersiap-siap untuk ke masjid.

Isya'

Solat sunat. Kemudian solat Isya' berjemaah. Isi senggang waktu dengan tilawah Al-Quran. Solat sunat terawih secara berjemaah.

Beli barang dapur untuk sahur. Pulang dan buat kerja yang perlu sebelum tidur.

Saranan

Kita tak mampu untuk melaksanakan arahan yang tidak jelas. Sebagai contoh, jika kita disuruh dengan arahan, "Jadilah pandai!" Otak tak mampu untuk melaksanakannya kerana arahan tidak jelas.

Tapi sekiranya kita disuruh dengan arahan yang jelas seperti, "Bacalah buku ini selama setengah jam!", dengan muda otak memahami kehendak yang memberi arahan dan boleh terus melaksanakannya tanpa ragu.

Pada pandangan anda, adakah cara ini cara yang betul dan berkesan? Atau di sana ada cara lain yang lebih baik berbanding cara ini? Bagaimana pula cara anda untuk mewujudkan rutin yang hebat dan bermanfaat?


7:36 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin