Hati2 Ambil Wang di ATM



Kisah benar berlaku minggu lepas di sebuah bank di Sunway Tunas Bayan Lepas ketika ramai pekerja menerima gaji. Seorang guru wanita pergi ke ATM tersebut untuk mengambil wang bersama suami beliau. Suami beliau menunggu di dalam kereta. Waktu itu masih sianghari dan ada beberapa orang beratur dibelakangnya. Ketika siap menekan butang mesin dan menunggu wang RM1000 keluar seseorang mencuit bahu dan apabila berpaling beliau dapati "suaminya" ada dibelakang dan meminta wang tersebut serta menyuruh beliau mengeluarkan RM1000 lagi. Tanpa banyak soal guru berkenaan mengeluarkan wang lagi dan diserahkan kepada "suaminya" kemudian keluar terus ke kereta. Di dalam kereta beliau bertanyakan tentang wang berkenaan tapi dinafikan oleh suaminya dan dalam masa tu barulah beliau sedar yang dia telah dipukau.

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin