Ada sorang tua, nama dia Nenek Sarah. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung,… .
Keadaannya semakin hari semakin teruk. Sarah dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Meon untuk bacakan doa untuk Nenek Sarah. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.
Nenek Sarah dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Sarah memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Sarah menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Meon.
Pak Meon menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Sarah sebelum Nenek Sarah meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Sarah pun meninggal dunia.
Selepas seminggu kematian Nenek Sarah, Pak Meon pun datang ke rumah Sarah, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Sarah, tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk membaca wasiat dari nenek tersebut..
Pak Meon pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Sarah dan di akhir ucapan itu Pak Meon mengajak Sarah dan saudara maranya membaca wasiat itu bersama-sama. .Pak Meon pun membuka kertas itu dan mula membaca..... .
"Meon … . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu..."
0 ulasan:
Post a Comment