Mencuci dengan serbuk penaik
SERBUK penaik ialah bahan mencuci semula jadi. Apabila digunakan bersama bahan semulajadi berlainan, serbuk penaik mampu menghilangkan kotoran dari pelbagai jenis permukaan sambil menghapuskan bau yang kurang menyenangkan.
Bahan mencuci yang mengandungi serbuk penaik seperti Zip Krim Pekat Sental dan Zip Serbuk Sental Serbaguna adalah bahan mencuci yang berkesan kerana ia bertindak sebagai pengneutralisasi untuk pelbagai bahan yang menyebabkan bau dan kesan kotoran.
Anda mungkin dihadapi pelbagai kesan kotoran, saluran tersumbat dan lain-lain tugas membersih di rumah. Namun, dengan menggunakan bahan mencuci yang mengandungi serbuk penaik, anda akan mendapati pembersihan rumah anda lebih mudah untuk dikendalikan dan rumah anda juga sentiasa berbau lebih segar.
Kotoran dan gris
Hapuskan kesan kotoran degil dan gris di rumah anda dengan menggunakan Zip Krim Pekat Sental dan Zip Serbuk Sental Serbaguna. Gunakan bersama serbuk penaik untuk menghilangkan gris serta meninggalkan rumah bersih dan berbau segar.
Tab mandi dan singki
Gunakan Zip Krim Pekat Sental untuk menanggalkan gris, minyak badan dan sisa sabun dari tab mandi anda. Dengan mengelap krim ini ke atas tab mandi dan singki, ia meninggalkan kesan yang bersih bersinar serta haruman segar sehingga ke saluran longkang.
Jubin dan grout
Anda boleh menggosok jubin dan grout seluruh rumah anda dengan menggunakan berus gigi lama dan Zip Krim Pekat Sental atau Zip Serbuk Sental Serbaguna. Berus gigi akan membolehkan anda untuk sampai ke tempat yang kecil. Pada masa yang sama, bahan mencuci yang mengandungi serbuk penaik akan menghapuskan kesan kotoran. Campuran ini akan menghapuskan kulat, kulapuk dan sisa sabun sambil meninggalkan kesan bersih bersinar dan haruman yang segar.
Longkang
Untuk saluran longkang di dalam dapur, bilik mandi, bilik dobi dan tingkat bawah tanah rumah anda, tuangkan secawan Zip Serbuk Sental Serbaguna yang mengandungi serbuk penaik ke dalam setiap saluran longkang sebelum anda meninggalkan rumah untuk bercuti. Ini akan memastikan kesemua perangkap dan saluran longkang rumah anda berbau segar semasa kepulangan anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment