CARA MEMOTONG KUKU

Dari JAKIM

Soalan :
Saya ingin mengetahui kesahihan hadis berikut :-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

1. Barangsiapa mengerat kuku pada hari SABTU, nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

2. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari AHAD, nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

3. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari ISNIN, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

4. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari SELASA, nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

5. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari RABU, nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan.

6. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari KHAMIS, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

7. Dan barangsiapa mengerat kukunya pada hari JUMAAT, nescaya keluar dosa-dosanya seperti bayi baru dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

**** KESIMPULANNYA****
Hendaklah memilih hari ISNIN, KHAMIS DAN JUMAAT sebaik-baiknya untuk mengerat kuku...

Jawapan :

Tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Walaubagaimanapun, hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin