1. Terburu-buru
Sekiranya berlaku salah faham dalam hubungan persahabatan, jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Sebaliknya, bawa berbincang dan selidik terlebih dahulu agar tidak menyesal di kemudian hari.
2. Mendesak
Layari hubungan persahabatan dengan penuh ketenangan. Berilah kebebasan kepada sahabat membuat sesuatu pilihan atau keputusan. Hindari sifat mendesak.
3. Pentingkan diri sendiri
Dalam membuat sesuatu keputusan, cuba fikirkan hati dan perasaan orang lain. Kongsi masalah dan saling membantu agar anda tidak dicop sebagai pentingkan diri sendiri.
4. Tidak jujur
Sifat jujur adalah teras dalam sesebuah perhubungan. Tidak jujur pada sahabat sama seperti anda menipu diri sendiri.
5. Hipokrit
Di depan bukan main baik lagi tapi bila di belakang macam2 yang dikatakan dan mengutuk sahabat sesuka hati. Knp perlu hipokrit? Apa gunanya bersahabat sekiranya bersikap demikian.
6. Berprasangka buruk
Jangan pertikai kebaikan atau keikhlasan sahabat. Ucapkan terimakasih sekiranya si sahabat telah membantu anda. Jangan layani fikiran anda dengan menganggap pertolongannya itu seperti 'ada udang di sebalik batu'.
7. Berdendam
Buang yang keruh ambillah yang jernih. Sifat pemaaf perlu ada dalam hubungan persahabatan. Jauhi dari perasaan dendam yang pasti merugikan.
8. Celupar
Jaga mulut dan jangan bercakap sewenang-wenangnya. Tidak semestinya apabila sudah jadi sahabat, anda boleh cakap apa sahaja yang anda suka. Utamakan etika komunikasi dalam perhubungan.
9. Bertelingkah
Ada kalanya pertelingkahan mampu menjadikan perhubungan bertambah baik. Anda lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa permaafan tidak guna juga. Sekurang-kurangnya anda kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.
10. Talam dua muka
Sikap bermuka-muka adalah perosak nombor 1 dalam perhubungan. Depan cakap lain, di blakang cakap lain pula. Aduh... bahaya sahabat begini.
11. Sambil lewa
Bersungguh-sungguhlah ketika anda mendengar keluhan dan cerita dari seorang sahabat. Jangan bersikap sambil lewa sehingga anda dianggap sebagai sahabat yang tidak berhati perut.
12. Cemburu
Sekiranya melihat kejayaan seorang sahabat, ucapkanlah tahniah dan kongsi kegembiraan itu bersamanya. Jauhilah sifat cemburu. Mungkin hari ini hari dia, esok atau lusa tibalah giliran anda pula memperoleh kejayaan.
13. Tikam dari belakang
Abaikan sahaja sahabat sebegini. Tiada maknanya bersahabat dengan individu sebegini. Silap2, madu yang anda beri racun pula yang dibalas.
14. Baran
Dalam persahabatan, anda perlu ada sikap toleransi dan pemaaf. Jangan hanya kerana sedikit masalah, anda baran tidak tentu fasal.
15. Mengongkong
Kebebasan adalah hak milik mutlak individu. Bersahabat bukan bererti anda perlu mengikut atau mengarah orang lain sesuka hati. Jadi, jangan biar anda dikongkong atau mengongkong orang lain.
16. Mengkritik
Mengkritik ada caranya. Tidak salah sekiranya anda ingin menegur sikap seorang teman tetapi gunalah bahasa yang sopan dan jangan sampai menyinggung perasaannya.
17. Kedekut
Jgn terlalu berkira. Hari ini dia ditimpa kesusahan, esok atau lusa siapa yg tahu? Lantaran itu, bantulah sahabat yang memerlukan pertolongan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
18. Ambil kesempatan
Bertuahlah anda sekiranya dapat seorang sahabat yang memahami dan tidak berkira. Walau bagaimanapun, jangan pula anda mengambil kesempatan atas kebaikan sahabat sebegini. Sebaik-baiknya anda sematkan sikap bertolak-ansur demi kebaikan bersama.
19. Copycat
Sahabat bukan bermaksud kembar. Binalah identiti masing2 kerana tidak smua orang suka dirinya ditiru oleh orang lain. Mungkin sahabat anda tidak mahu dirinya dibayangi dengan diri anda selalu.
20. Tidak berhati perut
Sebagai sahabat, masing2 perlu hormat-menghormati dan saling menghargai. Setiap kali sahabat anda berada dalam kesusahan, kongsilah bersama dan selami perasaan seorang sahabat yang sedang berduka. Jangan pula anda bebani dengan pelbagai tekanan kerana sikap tidak berhati perut ini boleh mengundang kehancuran bukan sahaja dalam hubungan persahabatan, malah keseluruhan kehidupan so**** anda.
21. Suka meminjam
Tidak kiralah samada dari segi kewangan, mahupun barangan peribadi. Jangan terlalu kerap meminjam sesuatu daripada kawan. Akibatnya, pasti ramai kawan yang akan menjauhkan diri.
22. Gemar mengungkit
Suka mengingatkan berkali-kali pertolongan yang pernah diberikan suatu waktu dahulu. Setiap kali permintaannya tidak dapat anda tunaikan kerana ada sesuatu yg menghalang, dia akan mengungkit semula pertolongan yang pernah diberikan kepada anda supaya anda akhirnya menuruti permintaannya.
23. Dengki
Cemburu setiap kali melihat kejayaan sahabat dan sentiasa mendoakan kejatuhannya. Dia tidak suka melihat orang lain, apatah lagi sahabat sendiri ada kelebihan.
24. Batu api
Suka mengada-adakan cerita yang tidak benar dan menyebarkan khabar angin itu kepada orang lain. Malah, si sahabat akan melaga-lagakan orang lain supaya bertengkar dan bermusuhan.
25. Mungkir janji
Tidak berpegang teguh pada janji2 yang telah dilafazkan. Sebaliknya menganggap janji yang diucapkan itu sebagai janji kosong. Semasa berjanji, bersungguh-sungguh si sahabat berikrar akan melaksanakan janji2nya. Tetapi apabila tiba masanya, dia ingkar.
26. Meninggi diri
Apa sahaja yang dilakukan adalah semata-mata untuk menunjukkan kehebatan diri semata-mata. Ada kalanya pertolongan yang dihulurkan kepada si sahabat juga dilakukan semata-mata untuk membuktikan bahawa dirinya itu hebat dan bijak.
27. Ego
Sukar untuk melafazkan ucapan maaf dan sentiasa beranggapan bahawa dirinya sentiasa berada di pihak yang benar.
28. Bersikap tertutup
Tidak suka berkongsi cerita atau masalah. Apa gunanya bersahabat sekiranya segala perkara dianggap rahsia?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment