Dah Sampai Ipoh Belum ?



Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia tujuht ahun menaiki bas ekspres Melaka-Kangar. Ibu itu berpesan kepada pemandu bas, "Encik...tolong tengokkan anak saya, ya. Nanti kalausampai di Ipoh.. beritau anak saya ni." Sepanjang perjalanan, si anakini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya,"Sudah sampai Ipoh ke belum?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab, "Tidur sajalah, belum sampai lagi. Nanti kalau dah sampai, saya kejutkan!"Tapi si budak ini tidak mahu diam, dia pergi ke depan pula dan bertanya kepada pemandu bas untuk ke sekian kalinya, "Pak cik... dah sampai Ipoh ke belum?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, "Belum! Tidurlah, nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pakcik kejutkan!" Selepas itu si budak ini tidak bertanya lagi. Dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suaranya tidak dedengaran lagi, semua penumpang terlupa padanya, sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Star, budak ini masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tiba-tiba....alamaaakk!! Pemandu bas teringat yang dia sudah terlupa membangunkan si budak tadi. Lalu dia bertanya kepada para penumpang. "Tuan-tuan dan puan-puan sekalian...bagaimana ni, perlukah kita hantar semula budak ini?"
Para penumpang pun berasa bersalah kerana turut melupakan budak kecil tadi. Mereka setuju menghantarnya kembali keIpoh. Maka berpatah baliklah bas itu menuju ke Ipoh. Sesampai di Ipoh, iaitu selepas tiga jam perjalanan, budak itu pun dibangunkan. "Dik, ooo dik, kita dah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" kata pemandu. Si budak itu bangun dan berkata, "Oh dah sampai ya!" lalu terus membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkus. Seluruh penumpang kehairanan."Eh, bukankah kamu nak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebungungan. "Taklah. Emak saya pesan, kalau dah sampai Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!"


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin