Kisah 2 Hantu


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apasal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal kau tak pergi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak dengan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah, aku dah buat dah !In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Cerita la sikit.. Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga dengan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura pergi kerja tapi actually aku park kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark rumah aku. Aku rilex dulu sebab nak cari masa sesuai tangkap diorang."

"So, kau dapat la tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk rumah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak carik jantan tu. Habis semua bilik aku cari tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tu, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. Dan aku tak sangka, aku mati pulak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin