Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
SEREMBAN: Segelintir pengeluar air minuman berbungkus (AMB) dan air minuman mineral semula jadi (AMS) dikesan menggunakan label berjenama tertentu termasuk gambar personaliti pada botol air minuman yang dikeluarkan itu tanpa kebenaran bagi melariskan jualan.
Bagaimanapun, kegiatan licik mereka terbongkar dalam operasi yang dijalankan Bahagian Penguat kuasa Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) bermula 4 Mac lalu.
Dalam operasi itu, sejumlah 5,868 botol AMB dan AMS pelbagai jenama bernilai RM8,489 dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyalahi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Antara kesalahan yang dilakukan termasuk mengedar produk tanpa kelulusan, menggunakan jenama yang tidak dibenarkan, tidak mempunyai lesen atau lesen sudah tamat tempoh dan berselindung dengan memasarkan AMS sedangkan air yang dibotolkan air paip.
Pengarah JKNS, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pihaknya mendapati segelintir pengusaha produk minuman itu cuba mengelirukan orang ramai dengan melabelkan botol air kategori AMS tetapi menggunakan air paip dengan memasarkannya pada harga tinggi.
Katanya, setiap botol AMS dijual sepatutnya menunjukkan punca air diperoleh tetapi ia tidak dinyatakan pada label kerana punca air itu sebenarnya adalah air paip dan mereka sanggup menggunakan label tertentu bagi tujuan melariskan jualan.
“Malah, terdapat kalangan pengeluar produk itu yang dikesan menggunakan label tertentu termasuk personaliti tanpa kebenaran dan tidak kurang juga yang tidak memiliki lesen atau lesen mereka sudah tamat tempoh hingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.
“Dalam operasi itu, kami membuat pemeriksaan terhadap 145 premis perniagaan di seluruh negeri ini dan hasilnya sebanyak 5,868 AMB dan AMS dirampas. Operasi akan diteruskan sehingga 16 Mac ini bagi memastikan kegiatan yang menyalahi undang-undang ini tidak terus berleluasa,” katanya pada sidang media di JKNS di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Operasi, Dr Zainuddin Mohd Ali.
Dr Zainal Ariffin berkata, selain mengelak kekeliruan di kalangan pengguna, operasi berkenaan bagi memastikan pengeluar air berkenaan mematuhi undang-undang ditetapkan demi kepentingan kesihatan masyarakat.
DAN JENAMA ITU IALAH: PERE OCEAN, PUREE H2O, PERRIER, EVIAN, GLORY BEACH RESORT DRINKING WATER, CORUS HOTEL DRINKING WATER, THE STORE DRINKING WATER, WATER STATION (MESIN AIR): ADAKAH GAMBAR PERSONALITI TU YANG ADA GAMBAR MAWI???
INGAT, AIR MINERAL MESTI ADA KELULUSAN KMM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
0 ulasan:
Post a Comment