7 YANG BERTUAH


Rasulullah SAW bersabda: “Ada TUJUH golongan yang akan dilindungi Allah dengan lindungan Arasynya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah SWT:

1. Pemimpin yang adil,

2. Pemuda yang meningkat dewasa dalam beribadah kepada Allah,

3. Seseorang yang hatinya cinta kepada Masjid,

4. Dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah;

5. Seseorang yang bersedekah tanpa menghebohkan sedekahnya, sehinggakan (seperti) tangan kiri tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan;

6. Seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang cantik dan kaya, tetapi ia menolak sambil berkata: ”aku takut kepada Allah”;

7. Seseorang yang bangun di tengah malam untuk mengingati (beribadah) Allah, sambil mengalir air matanya.”

(Hadith riwayat Muslim)

Hadith di atas menceritakan 7 golongan yang dikasihi Allah dan bakal mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar kelak. Ranking yang paling atas adalah para pemimpin yang adil dan accountable, seterusnya pemuda atau pemudi yang meningkat dewasa dan terus konsisten dalam beribadah kepada Allah, diikuti oleh seseorang yang sentiasa menjaga solat jamaahnya di masjid. Begitu juga dengan persahabatan yang dibina kerana Allah dan bukan kerana kepentingan-kepentingan lain seperti kekayaan dan keturunan dan sebagainya. Seterusnya seorang yang ikhlas dalam bersedekah sehingga diberikan kiasan tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan. Seterusnya lelaki ataupun wanita yang kuat menahan godaan walaupun daripada wanita atau lelaki yang kaya dan cantik/tampan. Golongan terakhir adalah seseorang yang sentiasa mengalirkan air mata taubat dalam setiap munajatnya di malam hari.

Sekiranya kita melihat kepada ketujuh-tujuh golongan tersebut, kita akan melihat adanya ciri sepunya yang dimiliki setiap golongan tersebut iaitulah TAQWA. Taqwa adalah root-cause yang mengangkat martabat ketujuh-tujuh golongan tersebut sehingga melayakkan mereka mendapat perlindungan daripada kedahsyatan suasana apabila seluruh manusia akan dihakimi segala tidak tanduk mereka di Padang Mahsyar kelak.

Apakah kita telah tergolong at least dalam salah satu daripada golongan tersebut?

Syukur, kita masih belum terlambat untuk memperkasakan empayar taqwa dalam diri masing-masing. Sesungguhnya, sebaik-baik bekal adalah bekal taqwa!

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin