1. Anda amat prihatin macamana rupa kereta anda dan memandu kereta bukan kerana keperluan tapi kerana percaya kereta yg anda pandu mencerminkan diri anda dan bersedia berbelanja untuk mendapatkan perhatian org lain.
2. Anda rasa anda layak untuk hidup mengikut satu cara hidup tertentu, layak mempunyai sesuatu dan berbelanja sejumlah wang utk mendapatkan walaupun terpaksa berhutang. Hutang tersebutlah yang menyekat kita dari membina kekayaan.
3. Kurang pengagihan apabila membuat tabungan. Mempunyai kepelbagaian portfolio pelaburan akan mengurangkan risiko jika kehilangan kekayaan secara mengejut.
4. Lewat menyedari keperluan menabung.
5. Anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang. Jika anda memilih kerja yang anda tidak sukai, anda akan berbelanja lebih untuk memulihkan stress membuat sesuatu yang anda benci.
6. Anda tidak suka melanjutkan pelajaran. Anda mengganggap selepas anda tamat belajar di kolej atau universiti, anda tidak lagi perlu belajar. Sikap itu mungkin cukup untuk mendapatkan kerja pertama anda dan untuk anda terus bekerja pada tahap yg sama tapi tidak mencukupi untuk anda menjadi kaya. Sanggup untuk terus belajar akan memperbaiki kareer dan tahap kewangan anda.
7. Selalu membeli benda yang yang anda tidak perlu. Cuba lihat sekeliling anda dan anda akan dapati banyak benda yg anda hanya pernah gunakan sekali atau kadang2 sahaja. Jika anda tidak membeli barang2 tersebut dan menabung, kemungkinanan nilai simpanan anda akan bertambah.
8. Anda tidak memahami erti nilai pembelian. Ada yg membeli barangan yg berjenama sahaja dan ada pula yg membeli barangan yg murah sahaja. Kedua-dua sikap diatas tidak menjamin anda mendapat nilai pembelian terbaik. Selagi anda tidak faham erti nilai pembelian yg baik, anda tidak akan mempunyai wang lebih untuk disimpan.
9. Rumah anda terlalu besar untuk anda dan tahap kewangan anda. Lebih besar rumah, lebih besar bayaran ansuran, lebih tinggi untuk menyelenggara dan lebih banyak benda perlu dibeli untuk memenuhkannya.
10. Anda gagal mengambil peluang yang datang. Mungkin terdapat lebih dari sekali apabila anda melihat orang lain yang berjaya, anda terfikir, “Kalaulah aku tahu” atau “Kalaulah aku terfikir”. Terdapat banyak peluang jika anda terus-terusan membuka mata dan bekerja kuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment