Kisah Burung


Di sebuah kampung yang entahlah..tak ingat sangat namanya tinggalah pak cik Atan dengan isterinya. Hobi beliau adalah membela burung. Hendak di jadikan cerita, pada satu hari burung belaan Pak Atan telah hilang di curi orang. Dengan rasa tak puas hati Pak Atan telah membawa perkara tersebut ke mesyuarat kampung.

Sambil berdiri di depan Pak Atan pun berkata " Sapa orang yang berada di sini yang ada burung?" maka semua orang lelaki di dalam balai itu berdiri.

Dengan rasa marah Pak Atan berkata bukan itu yang saya maksudkan dan dia bertanya lagi." Sesiapa yang ada di sini pernah nampak burung.?' Maka berdirilah semua wanita di dalam balai tersebut.

Pak Atan terasa marah apabila orang ramai masih tak faham. Dengan nada yang tinggi Pak Atan berkata "Bukan itu yang saya maksudkan. Saya ingin tahu adakah sesiapa yang pernah melihat burung yang bukan miliknya?' Apabila mendengar Pak Atan berkata begitu dengan nada yang tinggi, sekitar 10 wanita yang duduk tadi mula berdiri.

Dengan muka yang merah dan nada yang marah Pak Atan menjerit " Bukan...!! Bukan itu yang saya maksudkan! Saya ingin tahu adakah yang di antara kamu di sini pernah melihat burung milik saya!!" marah Pak Atan dengan nada yang separuh menjerit.

Tiba-tiba berdirilah isteri Pak Atan dengan seorang wanita..... dengan muka yang pucat Pak Atan meloncat ...zup.. terus hilang dari balai raya............


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin