Awas helah Reader's Digest

Assalaamu'alaikum w.b.t.

Wahai sekalian Saudara-Saudari yang SeKalimah dengan hamba lagi Budiman-Budiwati serta dihormati juga disegani ditambahi kemuliaan dilebihi kehebatan.

Barangkali, tentunya ada di antara kita semua yang pernah menerima & mendapat surat dari Majalah Reader's Digest, yang menyatakan senarai list2 pemenang Hadiah2 Lumayan.

Dari pemerhatian hamba yang tidak seberapa & agak samar-samar ini, hamba berani katakan bahawa ianya adalah satu PENIPUAN BESAR SEMATA-MATA!!!

Bagi yang pernah ada mendapat Surat2 tersebut, Cuba perhatikan, Info para pemenang yang dinyatakan hanyalah sekadar Nama & Alamat Rumah/Alamat Surat-Menyurat pemenang tersebut. Info2 lain tidak disertakan, kalau tak silap hamba.

Kalau betul RR ini memberikan Hadiah2 yang sedemikian rupa & tidak takut bahawa peraduan tersebut adalah BENAR (Genuine), tentunya pihak RR tidak teragak-agak & tidak gementar sama sekali turut sertakan info Nombor IC (Nombor Kad Pengenalan) Pemenang.

Tetapi perkara ini (No. IC Para Pemenang) TIDAK dinyatakan sama sekali.

Contoh termudah ialah Peraduan Nombor Siri Bertuah Skim Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN BERANI menyatakan NO. IC para pemenang, kerana Peraduan SSP ini terbukti merupakan Peraduan yang Sahih, Legal & Genuine.

Sila ke Link di bawah ini...

http://www.bsn.com.my/simpanan/ssp/keputusanssp.asp

Tetapi, RR ini pula sudahlah tidak berani menyatakan No. IC para pemenangnya, malah tidak pula menyatakan alamat para pemenangnya di Link di bawah ini, seperti mana yang dinyatakan dalam surat-surat yang dihantar kepada kita secara rawak, sebaliknya menyatakan Nombor Telefon untuk dihubungi melalui medium perisian Skype, yang mana jika kita menghubungi Nombor Talian yang diberikan itu boleh dikatakan MUSTAHIL dapat berjaya dihubungi.

http://www.readersdigest.com.my/rd/rdhtml/..._realwinner.jsp


Maka mulai kini, bersama kita hentikan dari melanggan majalah RR ini dan banned RR ini.

Sekian sahaja, makluman yang ingin hamba sebarkan. Hamba tidak mahu ada & ramai di antara kita yang terpedaya dengan perangkap2 para penyangak RR & yang seangkatan dengan mereka seperti ini.

Memberitahu yang BENAR & HAQ serta menegakkan KEADILAN itu WAJIB bagi hamba-hamba seperti kita yang mengaku berpegang teguh dgn Kalimah SYAHADATUL-HAQ.

Hamba juga ingin menyarankan kepada Kalian semua agar sama-sama terus menyebarkan Maklumat ini kepada seberapa ramai & seberapa meluas yang boleh, bagi memberi pengajaran kepada kita semua & supaya Pihak RR dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Wallahu'alam...

Wassalaamu'alaikum w.b.t.

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin