Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu dia harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaannya.
Doktor : "Jangan makan daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang sahaja"
Setelah tiga hari berlalu si Doktor menelefon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya, Salim ada di kolam renang.
Mendengar berita itu si Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu bersenam untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Si Doktor lantas bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
" Salim berada di dalam air melatih kambing berenang !! "
0 ulasan:
Post a Comment