Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

You think your English is good?


English Language



Can you read these right the first time?

1) The bandage was wound around the wound.

2) The farm was used to produce produce.

3) The dump was so full that it had to refuse more refuse.

4) We must polish the Polish furniture.

5) He could lead if he would get the lead out.

6) The soldier decided to desert his dessert in the desert.

7) Since there is no time like the present , he thought it was time to present the present .

8) A bass was painted on the head of the bass drum.

9) When shot at, the dove dove into the bushes.

10) I did not object to the object.

11) The insurance was invalid for the invalid.

12) There was a row among the oarsmen about how to row.

13) They were too close to the door to close it.

14) The buck does funny things when the does are present.

15) A seamstress and a sewer fell down into a sewer line.

16) To help with planting, the farmer taught his sow to sow.

17) The wind was too strong to wind the sail.

18) Upon seeing the tear in the painting, I shed a tear.

19) I had to subject the subject to a series of tests.

20) How can I intimate this to my most intimate friend?


8:11 PM | 0 ulasan | Read More

Rahsia bola hitam putih


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dengan anak tuan? Dia tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan basikal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola hitam dan bola putih .."

Hek eleh takkan macam tu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola hitam dan putih?"


"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. Maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dengan bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu, kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dalam stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "Anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . Walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. Musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola hitam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.." Terima kasih banyak2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dengan bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? Kenapa naik motor je. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: Habis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya ..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."Macamana doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang " Mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"Tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan
bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"


(anda semua pun ingin tahu kan ...?)



Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....


"sebabnya ....saya.. saya...saya...."


*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih..........



Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku. kah..kah..kah...




8:00 PM | 0 ulasan | Read More

Kerbau dan Babi


Diceritakan didalam sebuah hutan, tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang ni terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Eish, boring la pulak kan kerbau..
Kerbau : A’ah, boring betul.. Kau pikir apa yang patut kita buat agar hilang boring kita ni..
Babi : Ha, aku ada satu cadangan. Apa kata kita melukis. Kau lukis muka aku dan aku lukis muka kau.
Kerbau : Hm, ok jugak. First kau lukis muka aku dulu, pastu aku pulak lukis muka kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..

5 minit kemudian……

Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wah !! Lawanya kau lukis.. Ok sekarang aku pulak lukis muka kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi..
5 minit kemudian…

Kerbau : Nah dah siap muka kau yang lawa ni..
Babi : (Muka tetiba jadi merah, lalu marah kat anak kerbau) "Ape yang kau lukis ni Kerbau???"
Kerbau : La betul la apa yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Ni bukan muka aku… Ni muka BABI..


6:56 PM | 0 ulasan | Read More

Street Art

6:24 PM | 0 ulasan | Read More

Projektor Mini


Ia tidak mempunyai kipas yang mengeluarkan bunyi bising dan mentol yang perlu diganti.
PROJEKTOR sebesar tapak tangan itu dibangunkan oleh syarikat pita pelekat 3M.


MENYEBUT namanya sahaja sudah membayangkan saiznya yang agak besar. Namun peranan projektor dalam dunia perniagaan mahupun urusan pejabat menyebabkan kita terpaksa akur walaupun terpaksa membawa beban beratnya melebihi dua kilogram.

Tidak keterlaluan jika dikatakan projektor hari ini masih tergolong dalam kategori perkakasan komputer yang berskala besar. Ia memerlukan ruang yang agak besar sama ada untuk dipasang ketika pembentangan kertas kerja mahupun untuk penyimpanannya.

Namun, hasil usaha penyelidikan dan pembangunan beberapa buah syarikat pengeluar produk elektronik telah menyaksikan satu fasa evolusi gajet digital ini.

3M, Microvision, Toshiba dan Sony merupakan antara syarikat terkemuka dunia yang berlumba-lumba dalam mengubah skala projektor mereka kepada saiz yang hampir mustahil. Projektor Pico, itulah nama yang diberikan kepada projektor jenis ini.

3M, syarikat yang terkenal dengan pita pelekat berkualiti tingginya, merupakan salah sebuah syarikat yang melabur jutaan ringgit dalam menghasilkan prototaip projektor mini.

Projektor bersaiz tapak tangan itu diperkenalkan oleh 3M pada pertengahan tahun lalu. Projektor yang mampu menghasilkan tahap keterangan yang membolehkannya memancarkan imej di dalam bilik yang berlampu dari jarak 15 inci manakala di dalam bilik gelap, jaraknya bertambah kepada 50 inci.


PENGGUNAAN yang praktikal untuk kumpulan yang kecil.

Projektor yang dibangunkan oleh 3M itu menggunakan teknologi terkini yang mampu mengoptimumkan kuasa menerusi penggunaan diod yang mengeluarkan cahaya (LED) dan cip hasil keluaran LCoS dan bukannya cahaya laser yang lazim digunakan dalam projektor hari ini.

Selain 3M, salah sebuah pengeluar projektor terkenal, Optoma, turut tidak ketinggalan dalam membangunkan teknologi projektor yang menggunakan LED dan cip pengimejan DLP, teknologi yang dibangunkan oleh Texas Instruments.

Kejayaan menghasilkan projektor Pico merupakan bukti kesungguhan usaha mereka mengembangkan aplikasi projektor kepada umum. Sungguhpun bersaiz kecil ia masih mampu memancarkan imej selebar 15 inci dengan jelas.

Dipertontonkan buat pertama kalinya kepada umum di Pameran Konsumer Elektronik (CES) di Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu, projektor keluaran Texas Instruments itu mampu memaparkan imej yang dikehendaki hampir di mana-mana sahaja permukaan rata - dinding, belakang badan seseorang, tapak tangan dan sebagainya.

Model itu memancarkan cahaya laser merah, hijau dan biru pada kepingan cermin digital kecil, cip yang sama digunakan pada projektor panggung wayang.

Teknologi itu giat dimajukan bagi membolehkannya menggunakan LED sepenuhnya untuk menjimatkan kos, kuasa dan meminimumkan haba yang dikeluarkan. Ini bagi membolehkan ia dilengkapkan pada gajet digital mudah alih seperti telefon bimbit dan pemain multimedia.


PROJEKTOR tersebut dipercayai mampu bertahan sehingga 10 ribu jam nyalaan.

Sesuatu yang menarik tentang projektor mini itu ialah ia tidak mempunyai kipas mengeluarkan bunyi yang bising dan mentol yang perlu diganti. Projektor LED keluaran 3M dipercayai mampu bertahan sehingga 10 ribu jam nyalaan.

Satu kelemahan projektor itu ialah resolusi yang terhad. Projektor Pico tidak mampu menghasilkan imej sejelas dan sebesar imej yang mampu dipaparkan oleh projektor konvensional. Ini kerana ukuran tahap keterangan yang hanya sekitar 10 lumen sedangkan projektor biasa di pejabat mempunyai sekitar 2000 lumen.

Selain itu, bateri yang digunakan projektor tersebut juga cepat habis berbanding projektor biasa yang menggunakan bekalan kuasa elektrik secara terus. Bagaimanapun, bateri itu menjadikannya mudah alih, sama seperti komputer bimbit.

Sungguhpun secara dasarnya kualiti paparan projektor cili padi itu masih tidak dapat menandingi projektor yang lazim digunakan di dalam bilik mesyuarat dan auditorium, namun ia memadai untuk persembahan kumpulan kecil. Ia amat berguna khususnya buat golongan yang bekerja di luar pejabat.


6:22 PM | 0 ulasan | Read More

Lubang Terbesar Di Dunia

6:21 PM | 0 ulasan | Read More

Gajet Idaman


TAHUN 2008 semakin tiba ke penghujungnya. Bagi peminat teknologi khususnya mereka yang gemar mengumpul gajet, kehadiran tahun baru tidak berapa lama lagi tentunya memberikan harapan buat mereka untuk melihat gajet digital terkini. Berikut disenaraikan gajet yang dinanti pada tahun 2009:


* Basikal hibrid Schwinn

Pengeluar basikal lebih 100 tahun, Schwinn memperkenalkan basikal mesra alam yang menggunakan teknologi elektrik hibrid. Apa yang uniknya, sistem kuasa elektrik basikal ini boleh dimatikan bila-bila masa dan basikal ini akan berfungsi seperti basikal tradisional. Apabila suis bekalan kuasa diaktifkan, motor elektrik berkuasa tingginya akan memberikan anda satu pengalaman berbeza sementara bekalan kuasa dijana oleh bateri litium-ion berkuasa tinggi yang dibangunkan oleh Toshiba.



* Cakera keras Lenovo ThinkPad


Anda seorang yang banyak menghabiskan waktu kerja di luar pejabat tetapi memerlukan storan yang mampu melindungi data penting syarikat? Cakera keras mudah alih ini membolehkan anda membawa data ke mana sahaja dengan hati yang lapang kerana data anda dilindungi dengan enkripsi 128-bit dan kata laluan. Cakera keras SATA bersaiz 2.5-inci ini mampu menyerap hentakan dan berkapisiti sehingga 320GB.



* Pengesan A-GPS Zoombak Universal


Ibu bapa atau isteri yang ingin mengetahui ke mana anak atau suami mereka sering pergi, pastinya tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan gajet ini. Pengesan Zoombak Universal A-GPS akan memberitahu anda apabila ia memasuki persempadanan tertentu. Untuk mengetahui kedudukan subjek, anda hanya perlu menyembunyikan gajet ini di dalam kereta yang disasarkan. Pesanan ringkas (SMS) akan dihantar kepada pemiliknya apabila ia memasuki atau meninggalkan sesuatu kawasan.




* HP Photosmart C6388


Pencetak keluaran HP ini merupakan pencetak tiga dalam satu yang pertama yang dilengkapkan dengan ciri wayarles. Pengguna di pejabat mahupun di rumah yang mempunyai rangkaian tanpa wayar atau WiFi akan boleh terus melakukan cetakan secara wayarles. Model pencetak lain yang turut dilengkapi dengan keupayaan ini ialah C4580 dan C5380, kesemuanya merupakan pencetak pelbagai fungsi (cetak, salin dan faks). Selain menggunakan sambungan 802.11, ia juga mempunyai pilihan Bluetooth. Melalui sambungan Bluetooth, pengguna boleh mencetak terus dari telefon bimbit mereka.




* Garmin Nuvifone


Nuvifone bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah diuar-uarkan sejak lebih setahun yang lalu, namun pelancarannya telah ditangguhkan ke tahun hadapan oleh pengeluarnya, Garmin. Telefon yang banyak dipengaruhi oleh peranti pandu arah GPS ini dilengkapi dengan skrin berukuran 3.5-inci.

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan pelayar Internet, sokongan capaian HSDPA dan integrasi peta dan GPS. Nuvifone dijangka menjadi gajet 'panas' selepas iPhone yang menjadi dambaan ramai.



* Bingkai gambar Internet


Jika sebelum ini bingkai foto digital telah memasuki pasaran, kini bingkai gambar berinternet pula diperkenalkan. Diberikan nama InTouch, bingkai foto digital ini turut dilengkapi dengan capaian Internet menjadikannya peranti akses Internet dan bingkai foto/video beraudio.

Gajet ini didatangkan dengan skrin sesentuh berukuran tujuh inci jenis LCD TFT dengan resolusi 800 x 400. Ia turut dilengkapkan dengan ingatan binaan dalam 128MB dan juga menyokong storan tambahan seperti SD, CF, MMC dan banyak lagi. Melalui bingkai ajaib ini, pengguna boleh mengakses album foto digital mereka di laman seperti Flickr dan Picasa secara terus sekali gus membuat suntingan hanya melalui bingkai tanpa memerlukan komputer.
6:18 PM | 0 ulasan | Read More

Erti Politik

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.
6:18 PM | 0 ulasan | Read More

Koleksi Gambar Pelik 3

6:08 PM | 0 ulasan | Read More

Cerita dari Jepun


Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."



5:45 PM | 0 ulasan | Read More

Cerita huruf K


Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata,
"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kata, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

"kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.

P/S:
Kalau Kiranya Korang Kerja, Kembali KERJA!



5:42 PM | 0 ulasan | Read More

Mukjizatnya Azan



Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .



11:18 PM | 0 ulasan | Read More

Spirulina


Assalamu'alaikum W B T,

Masih ramai yang masih tidak tahu tentang kehalalan dan kesucian spirulina. Percaya atau tidak ba hawa spirulina di western country dan tidak jauh dari negara kita thailand di tanam didalam kolam najis babi.
Jikaanda tidak percaya type dlm mana search engine spirulina pig waste berlambak web mengenainya. Asalnya spirulina adalah alga yang ditanam dlm air laut. Namun peringkat kajian sainti s barat mereka menanam spirulina dlm kolam najis babi utk merawat sisa kumbahan air najis babi. Selepas itu mereka mendapati nutrien dlm spirulina semakin bertambah jika diternak di dalam air najis babi.

Memang mereka mendakwa ba hawa ia utk merawat sisa najis dan spirulina itu boleh dijadikan makanan babi. Namun apakah produk yang berharga itu dibuang atau dijadikan makanan babi. Apakah yang dimakan oleh saudara islam kita suci.Terpulang pada anda semua surf dlm internet search SPIRULINA PIG WASTE dan lihat bagaimana byk kajian tentang kajian saintis barat bagi merosakkan bangsa kita.

Dibawah adalah contoh laman web:

http://www.grad. cmu.ac.th/ abstract/ 2000/sci/ abstract/ sci05012. html

Terima kasih.

Dipertik dari sihatceriagroups.

SILA SEBARKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM , BERHATI-HATI DALAM MENGAMALKAN PEMAKANAN TAMBAHAN (VITAMIN)


11:12 PM | 0 ulasan | Read More

BACALAH YAASIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s..a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
11:10 PM | 0 ulasan | Read More

7 YANG BERTUAH


Rasulullah SAW bersabda: “Ada TUJUH golongan yang akan dilindungi Allah dengan lindungan Arasynya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah SWT:

1. Pemimpin yang adil,

2. Pemuda yang meningkat dewasa dalam beribadah kepada Allah,

3. Seseorang yang hatinya cinta kepada Masjid,

4. Dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah;

5. Seseorang yang bersedekah tanpa menghebohkan sedekahnya, sehinggakan (seperti) tangan kiri tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan;

6. Seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang cantik dan kaya, tetapi ia menolak sambil berkata: ”aku takut kepada Allah”;

7. Seseorang yang bangun di tengah malam untuk mengingati (beribadah) Allah, sambil mengalir air matanya.”

(Hadith riwayat Muslim)

Hadith di atas menceritakan 7 golongan yang dikasihi Allah dan bakal mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar kelak. Ranking yang paling atas adalah para pemimpin yang adil dan accountable, seterusnya pemuda atau pemudi yang meningkat dewasa dan terus konsisten dalam beribadah kepada Allah, diikuti oleh seseorang yang sentiasa menjaga solat jamaahnya di masjid. Begitu juga dengan persahabatan yang dibina kerana Allah dan bukan kerana kepentingan-kepentingan lain seperti kekayaan dan keturunan dan sebagainya. Seterusnya seorang yang ikhlas dalam bersedekah sehingga diberikan kiasan tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan. Seterusnya lelaki ataupun wanita yang kuat menahan godaan walaupun daripada wanita atau lelaki yang kaya dan cantik/tampan. Golongan terakhir adalah seseorang yang sentiasa mengalirkan air mata taubat dalam setiap munajatnya di malam hari.

Sekiranya kita melihat kepada ketujuh-tujuh golongan tersebut, kita akan melihat adanya ciri sepunya yang dimiliki setiap golongan tersebut iaitulah TAQWA. Taqwa adalah root-cause yang mengangkat martabat ketujuh-tujuh golongan tersebut sehingga melayakkan mereka mendapat perlindungan daripada kedahsyatan suasana apabila seluruh manusia akan dihakimi segala tidak tanduk mereka di Padang Mahsyar kelak.

Apakah kita telah tergolong at least dalam salah satu daripada golongan tersebut?

Syukur, kita masih belum terlambat untuk memperkasakan empayar taqwa dalam diri masing-masing. Sesungguhnya, sebaik-baik bekal adalah bekal taqwa!

11:07 PM | 0 ulasan | Read More

Cara Peguam



MOSTI sedang mencari angkasawan untuk dihantar ke Marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorang engineer di tanya berapa banyak wang yang dia mahu."Sejuta" jawabnya "Saya nak sumbangkan untuk anak2 yatim."

Calon seterusnya adalah seorang doktor. Dia juga di tanya soalan yang serupa. Dia menjawab, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yang sejuta lagi saya nak derma untuk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorang peguam. Bila ditanya berapa banyak yang dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yang lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, sejuta saya ambik. Kemudian yang sejuta lagi tu, kita guna untuk hantar engineer tu ke marikh"


11:29 PM | 0 ulasan | Read More

Driver Teksi Baru


Imbang Penuh
Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Fasha menahan teksi untuk menghantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di depan untuk mengambil duit di ATM. Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah. Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"

Fasha: "Laaa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"

Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"

Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"

Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "Patut la..."


11:17 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Burung


Di sebuah kampung yang entahlah..tak ingat sangat namanya tinggalah pak cik Atan dengan isterinya. Hobi beliau adalah membela burung. Hendak di jadikan cerita, pada satu hari burung belaan Pak Atan telah hilang di curi orang. Dengan rasa tak puas hati Pak Atan telah membawa perkara tersebut ke mesyuarat kampung.

Sambil berdiri di depan Pak Atan pun berkata " Sapa orang yang berada di sini yang ada burung?" maka semua orang lelaki di dalam balai itu berdiri.

Dengan rasa marah Pak Atan berkata bukan itu yang saya maksudkan dan dia bertanya lagi." Sesiapa yang ada di sini pernah nampak burung.?' Maka berdirilah semua wanita di dalam balai tersebut.

Pak Atan terasa marah apabila orang ramai masih tak faham. Dengan nada yang tinggi Pak Atan berkata "Bukan itu yang saya maksudkan. Saya ingin tahu adakah sesiapa yang pernah melihat burung yang bukan miliknya?' Apabila mendengar Pak Atan berkata begitu dengan nada yang tinggi, sekitar 10 wanita yang duduk tadi mula berdiri.

Dengan muka yang merah dan nada yang marah Pak Atan menjerit " Bukan...!! Bukan itu yang saya maksudkan! Saya ingin tahu adakah yang di antara kamu di sini pernah melihat burung milik saya!!" marah Pak Atan dengan nada yang separuh menjerit.

Tiba-tiba berdirilah isteri Pak Atan dengan seorang wanita..... dengan muka yang pucat Pak Atan meloncat ...zup.. terus hilang dari balai raya............


10:55 PM | 0 ulasan | Read More

Keretapi



Suatu hari seorang perajurit bersama komandannya naik kereta api menuju markas mereka di luar kota. Kerana tidak ada tempat duduk lain yang kosong, maka mereka pun duduk berhadapan seorang wanita muda cantik dengan neneknya.

Setelah beberapa lama, wanita muda dan perajurit itu saling menyukai satu sama lain.
Mereka pun sering jeling menjeling dan berkenyit mata untuk menunjukkan perasaan mereka. Tak berapa lama setelah itu, kereta api pun memasuki sebuah terowong. Keadaan menjadi gelap. Tiba-tiba terdengar suara ciuman yang diikuti oleh bunyi tamparan. Setelah kereta api tersebut keluar dari terowong, keempat orang tadi duduk dengan tenangnya tanpa berbicara sedikit pun. Mereka sibuk dengan fikiran masing-masing.

Si nenek berfikir dan berkata kepada dirinya sendiri, "Sangat memalukan perajurit muda itu mencium cucuku, tetapi nasib baik cucu aku menamparnya. "

Si komandan pula tenggelam dalam lamunannya. "Tak sangka anak buahku ini berani mencium gadis cantik itu, tetapi terbukti gadis cantik itu tak suka padanya. Buktinya dia menampar anak buahku. Tapi sayang, aku yang kena."

Gadis cantik itu pula berkata dalam hatinya, "Gembiranya aku kerana akhirnya perajurit tampan itu berani menciumku, malangnya nenek pulak menamparnya. "

Si perajurit muda nampak tersenyum puas dengan muka penuh kegembiraan. Dia berkata
kepada dirinya sendiri, "Hidup ini indah, aku bukan saja dapat mencium seorang gadis cantik, tetapi sekaligus menampar komandan sendiri."


10:46 PM | 0 ulasan | Read More

Karangan ujian UPSR tahun 1988



Nama saya Ali. Saya seorang budak laki-laki. Kadang-kadang saya memakai pakaian seragam kakak saya untuk ke sekolah.

Pada waktu kelas, semua murid-murid ketawakan saya kerana memakai pakaian seragam kakak saya. Guru darjah saya hampir pitam melihat kelakuan saya. Saya disuruh pergi ke bilik guru besar. Guru besar hampir tercirit-birit melihat saya berpakaian begini.

Saya dirotan sebanyak dua kali. Saya disuruh menanggalkan pakaian sekolah dan hanya berseluar dalam. Tiba-tiba, guru besar saya jatuh pengsan. Rupa-rupanya saya terpakai seluar dalam kakak saya.

Bila saya balik rumah, kakak saya mengamuk dan memberi pukulan karate Ultraman terhadap saya. Saya berasa malu. Sekarang ini saya tidak lagi memakai baju sekolah dan seluar dalam kakak saya.

Saya budak laki-laki. Mengapa saya memakai baju dan seluar dalam kakak saya?

EPILOG:

Pemarkah Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan sebulat suara memberi markah 0 kepada pelajar tersebut di dalam kertas UPSR Bahasa Malaysia. Pelajar tersebut juga gagal di dalam ujian lisan kerana menghadiri ujian tersebut dengan berpakaian menjolok mata (dia berkaki ayam dan cuma memakai baju singlet dan berseluar dalam.




10:38 PM | 0 ulasan | Read More

Hand Painting

12:39 AM | 0 ulasan | Read More

Dah Sampai Ipoh Belum ?



Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia tujuht ahun menaiki bas ekspres Melaka-Kangar. Ibu itu berpesan kepada pemandu bas, "Encik...tolong tengokkan anak saya, ya. Nanti kalausampai di Ipoh.. beritau anak saya ni." Sepanjang perjalanan, si anakini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya,"Sudah sampai Ipoh ke belum?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab, "Tidur sajalah, belum sampai lagi. Nanti kalau dah sampai, saya kejutkan!"Tapi si budak ini tidak mahu diam, dia pergi ke depan pula dan bertanya kepada pemandu bas untuk ke sekian kalinya, "Pak cik... dah sampai Ipoh ke belum?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, "Belum! Tidurlah, nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pakcik kejutkan!" Selepas itu si budak ini tidak bertanya lagi. Dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suaranya tidak dedengaran lagi, semua penumpang terlupa padanya, sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Star, budak ini masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tiba-tiba....alamaaakk!! Pemandu bas teringat yang dia sudah terlupa membangunkan si budak tadi. Lalu dia bertanya kepada para penumpang. "Tuan-tuan dan puan-puan sekalian...bagaimana ni, perlukah kita hantar semula budak ini?"
Para penumpang pun berasa bersalah kerana turut melupakan budak kecil tadi. Mereka setuju menghantarnya kembali keIpoh. Maka berpatah baliklah bas itu menuju ke Ipoh. Sesampai di Ipoh, iaitu selepas tiga jam perjalanan, budak itu pun dibangunkan. "Dik, ooo dik, kita dah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" kata pemandu. Si budak itu bangun dan berkata, "Oh dah sampai ya!" lalu terus membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkus. Seluruh penumpang kehairanan."Eh, bukankah kamu nak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebungungan. "Taklah. Emak saya pesan, kalau dah sampai Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!"


12:25 AM | 0 ulasan | Read More

Aduh Bengap Nye..




Johan pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

" Kenapa ni sayang?" tanya Johan. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Johan berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

" Papa, pakcik Lan ada kat bawah katil ayah tak pakai seluar."

Johan mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan jiran mereka ada di bawah katil tanpa memakai pakaian. Johan menarik Mazlan keluar dan berkata,

" Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye !!? "




12:06 AM | 0 ulasan | Read More

Bukan Sebenar



Minah (bukan nama sebenar) baru putus cinta (bukan cinta sebenar) mengambil keputusan hendak terjun menara (bukan menara sebenar). Beliau (bukan gelaran sebenar) menaiki lif (bukan lif sebenar) dan menekan butang 'roof' (bukan butang sebenar). Ketika memasuki lif, satu suara misteri (bukan suara sebenar) berbisik ke telinga beliau (bukan telinga sebenar), Naik lif.. ke neraka ... pintu ditutup .... selama-lamanya...... Beliau menjadi takut (bukan perasaan sebenar) dan berdebar-debar dan apabila sampai dan suara itu berbunyi, Naik ke tingkat 'roof'.....sedia untuk mati......sampai, sila turun dari lif......dan terjun....... Minah terus berlari (bukan aksi sebenar) dan memanjat pagar keselamatan (bukan pagar sebenar) dan terus terjun. Apabila hampir sampai ke bumi (bukan planet sebenar) satu suara berbunyi, WOI MINAH! BANGUNLAH! DAH PUKUL 12 PUN NAK TIDO LAGI! APE JENIS ANAK DARA LA NI! kata seorang wanita (bukan jantina sebenar) iaitu ibunya (bukan ibu sebenar).

11:49 PM | 0 ulasan | Read More

Jasadnya Tidak Diterima Bumi



Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.

Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang sudah berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa, Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung. Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali. Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.

Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, sebelum jatuh pengsan. Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir.

Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Salleh bersiap-siap untuk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah ke bilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan, Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia terdengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88- 88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPE NAK BELI UBIIIII..


11:39 PM | 0 ulasan | Read More

Dust Art

10:44 PM | 0 ulasan | Read More

Nak Cerita Pun Malas..




Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka dan tidak ada seorang pun yang malas. Jadi pada suatu hari, Rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, "Patik adalah yang paling malas. " Raja pun bertanya, "Apa tahap kemalasan tuan hamba?" Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, "Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku. " Tuanku pun bertanya kepadanya, "Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba? " Maka jawabnya, "Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan. "

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka, datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, "Patik adalah yang paling malas tuanku." Raja pun bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak? " Budak itu pun menjawab, nak cerita pun malas, tuanku ! "



10:16 PM | 0 ulasan | Read More

Gambar Lawak Haiwan

7:20 PM | 0 ulasan | Read More

Lelaki Vs Perempuan



Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATM dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan ambik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..


he...he...sorry, lawak je...


6:09 PM | 0 ulasan | Read More

Pertandingan yang paling menjijikkan



Pertandingan ini adalah untuk menentukan orang yang paling menjijikkan di muka bumi ini. Pertandingan yang di adakan di sebuah stadium itu di mulakan dangan pengumuman dari pengacara majlis " Selamat datang ke pertandingan untuk menentukan orang yang paling menjijikan, kita persilakan peserta pertama dari negara Jerman".

Maka seorang lelaki muncul di tengah stadium sambil berlari dia buang air besar dan kecil sekeliling stadium. Penonton memberi tepukan gemuruh. "Cukup menjijikkan, lebih jijik dari FearFactor", kata juruacara." Sekarang kita persilakan peserta dari US", maka muncullah peserta dari US berlari sambil muntah-muntah sekeliling stadium. Ada penonton turut termuntah kerana terlalu jijik melihat kelakuan peserta dari US. "Wow sangat menjijikkan", puji pengacara.

"Baiklah peserta yang seterusnya dari negara Serbia". Maka muncullah peserta dari Serbia sambil membawa rantai berduri sambil melibas di belakang badannya sehingga mengeluarkan darah yang banyak. Penonton terpegun melihatkan aksi itu ada yang pengsan. Selepas terpaku beberapa ketika barulah mereka memberikan tepukan yang amat gemuruh. "Wah siapa lagi yang dapat menandingi peserta ini, ia begitu menjijikkan", kata juruacara.

"Peserta yang terakhir dipersilakan...dari Israel...". Maka dengan megahnya peserta dari Israel muncul sambil tersenyum dia memakan semua yang berselerakan di arena tersebut....


6:08 PM | 0 ulasan | Read More

Kucing


Seekor kucing kepunyaan seorang pakar kaunselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar kaunselor tadi dan bertanya:

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"

"Tentu saja!" jawab pakar kaunselor...

Penjual ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar kaunselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar kaunselor tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"



6:06 PM | 0 ulasan | Read More

Akhir Dari Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"


5:58 PM | 0 ulasan | Read More

Sosej & Lembu



Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dengan pekembangan teknologi. So dia cakap dengan bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan pulak tu...


5:53 PM | 0 ulasan | Read More

Beza Buku Catatan Isteri Dan Suami

numenmail.com

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!



5:50 PM | 0 ulasan | Read More

Tanda-Tanda Anda Lahir Tahun 70an



Kita membesar dengan menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks dan Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah ??? Hmm.....mesti pegang cawan warna-warnikan. Mencangkung kat tepi parit dengn classmates semua kat sebelah...
Ingat tak masa misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kena gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time tu minum susu. Sekotak 30 sen je beb...
Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
tapak tangan...kan???
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen je kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular untuk meluangkan masa dengan family. Ni for those yg duduk KL laa....
Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet ??? Email ???? Apa benda tu ??? CD??? Ape tu ???? Kaset tape pernah la dengar.
Tiket wayang pun 5 ringgit je.
Kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI BubbleGum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dalam class. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tu...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan kerhja sekolah, jom kita pegi makan. Budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal. Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani (PJ). Main bola laa, rounders laa...Permainan kegemaran main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar-kejar duduk... kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah-tengah dia! Lipat kertas kecik-kecik, pastu buat lastik. Hmmm... Ni pun kita main dulu ni. Baling-baling kapur laa.
Hmm... budak-budak kat universiti sekarang, kebanyakannya lahir tahun 1987/88. Sekarang digelar 'remaja'. Bagi dia orang, mana pernah dengar lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dia orang tau, yang Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...
Bagi dia orang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak dia orang lahir. CD pun wujud time dia orang lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Dia orang percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem-filem baru.
Dia orang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
Dia orang tak penah tau pun 'Atari' dengan 'Game & Watch'. Dia orang tak percaya pernah ada TV hitam putih...dan dia orang sekarang tak reti nak switch on TV kalau tekde remote control. Dan dia orang tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke...... :

1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum....

2. Kebanyakan member-member sekolah menengah kita dah kawin

3. Korang sure pelik bile nengok budak-budak kecik main komputer, selamba je

4. Kita geleng kepala bile nengok budak-budak sekolah rendah & menengah guna handphone

5. Kita dah tak banyak sembang-sembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari

6. Bila jumpe member lama dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerita-cerita lama, cerita-cerita kelakar yang kita alami masa dulu time kecik-kecik, nakal-nakal dulu...

7. Last sekali, bila dah baca tulisan ni, korang akan terpikir untuk forwardkan dekat member-member lama korang. Sure dia orang suka punya laa... hehehe


Yaa, kita pun dah semakin tua!! Teringat zaman-zaman dulu kan?
Cheers to the 70s babies !!! I really miss all of u..........


12:17 AM | 0 ulasan | Read More

Sama Je..



Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.


Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik : Yang hitam pun sama....


12:12 AM | 0 ulasan | Read More

Don ' t worry...




Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba . Sebelah aku pulak orang Bangladesh . Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don ' t worry, I got a lot American dollar in my country".

Tercenganglah masing-masing. Belum habis tercengang. .SiCuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi... "Don ' t worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,

"DON ' T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESH IN MY COUNTRY"



12:01 AM | 0 ulasan | Read More

Jangan tertipu dengan mineral water ini


Air paip dibotol label berjenama

Oleh Mohd Amin Jalil

am@hmetro.com.my


SEREMBAN: Segelintir pengeluar air minuman berbungkus (AMB) dan air minuman mineral semula jadi (AMS) dikesan menggunakan label berjenama tertentu termasuk gambar personaliti pada botol air minuman yang dikeluarkan itu tanpa kebenaran bagi melariskan jualan.

Bagaimanapun, kegiatan licik mereka terbongkar dalam operasi yang dijalankan Bahagian Penguat kuasa Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) bermula 4 Mac lalu.

Dalam operasi itu, sejumlah 5,868 botol AMB dan AMS pelbagai jenama bernilai RM8,489 dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyalahi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk mengedar produk tanpa kelulusan, menggunakan jenama yang tidak dibenarkan, tidak mempunyai lesen atau lesen sudah tamat tempoh dan berselindung dengan memasarkan AMS sedangkan air yang dibotolkan air paip.

Pengarah JKNS, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pihaknya mendapati segelintir pengusaha produk minuman itu cuba mengelirukan orang ramai dengan melabelkan botol air kategori AMS tetapi menggunakan air paip dengan memasarkannya pada harga tinggi.

Katanya, setiap botol AMS dijual sepatutnya menunjukkan punca air diperoleh tetapi ia tidak dinyatakan pada label kerana punca air itu sebenarnya adalah air paip dan mereka sanggup menggunakan label tertentu bagi tujuan melariskan jualan.

“Malah, terdapat kalangan pengeluar produk itu yang dikesan menggunakan label tertentu termasuk personaliti tanpa kebenaran dan tidak kurang juga yang tidak memiliki lesen atau lesen mereka sudah tamat tempoh hingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Dalam operasi itu, kami membuat pemeriksaan terhadap 145 premis perniagaan di seluruh negeri ini dan hasilnya sebanyak 5,868 AMB dan AMS dirampas. Operasi akan diteruskan sehingga 16 Mac ini bagi memastikan kegiatan yang menyalahi undang-undang ini tidak terus berleluasa,” katanya pada sidang media di JKNS di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Operasi, Dr Zainuddin Mohd Ali.

Dr Zainal Ariffin berkata, selain mengelak kekeliruan di kalangan pengguna, operasi berkenaan bagi memastikan pengeluar air berkenaan mematuhi undang-undang ditetapkan demi kepentingan kesihatan masyarakat.


DAN JENAMA ITU IALAH: PERE OCEAN, PUREE H2O, PERRIER, EVIAN, GLORY BEACH RESORT DRINKING WATER, CORUS HOTEL DRINKING WATER, THE STORE DRINKING WATER, WATER STATION (MESIN AIR): ADAKAH GAMBAR PERSONALITI TU YANG ADA GAMBAR MAWI???

INGAT, AIR MINERAL MESTI ADA KELULUSAN KMM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)



7:05 PM | 0 ulasan | Read More

Misteri Mati Setiap Hari Jumaat


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para
doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada
ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9....00 am ...

Tiba-tiba........


Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah. Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.. Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya....


6:56 PM | 0 ulasan | Read More

Malunya Anda Yang Tak Pandai IT

Cehh.. line Schoolnet kena block pulak dah.. macamana nak masuk Youtube nih ?!!



6:49 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah 2 Hantu


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apasal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal kau tak pergi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak dengan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah, aku dah buat dah !In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Cerita la sikit.. Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga dengan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura pergi kerja tapi actually aku park kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark rumah aku. Aku rilex dulu sebab nak cari masa sesuai tangkap diorang."

"So, kau dapat la tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk rumah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak carik jantan tu. Habis semua bilik aku cari tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tu, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. Dan aku tak sangka, aku mati pulak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

6:40 PM | 0 ulasan | Read More

Anak aku ?












Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut…

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut…

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. “Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?”

Setelah menarik nafas panjang… orang tua itu menjawab.. “Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru… jangan-jangan kamu adalah anakku.”


6:29 PM | 0 ulasan | Read More

Iklan Kreatif

6:46 PM | 0 ulasan | Read More

RAHSIA TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor ke cemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya


6:45 PM | 0 ulasan | Read More

Rumah Gua

6:38 PM | 0 ulasan | Read More

AWAS !! Cara Sebarkan HIV


Untuk info semua....benar atau tidak...baik sebagai peringatan


Cara terbaru menyebar kuman HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya.. . Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati. .. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk.. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati. ... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja....


6:23 PM | 0 ulasan | Read More

Bedak talkum undang maut?


Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.



6:18 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin