Wuduk- hikmah yg tersembunyi



Ramai di antara kita yg tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yg dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yg tersendiri..Pernahkan kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikin?

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
Penjelasan : Kita hari2 bercakap benda2 yg tak berfaedah.

2.Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkn muka ku ini."
Penjelasan : Ahli syurga mukanya berseri2.

3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini."
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini."
Penjelasan : Ahli neraka diberikn hisab-hisabnya di tangan kiri.

5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu."
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.Ketika membasuh telinga, berniatkah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telingan ku ini."
Penjelasan : Hari2 mendengar orang mengumpat, memfitnah, dll

7.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim."
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat."
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

sumber : http://www.iluvislam.com


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin