Katana @ Pedang Pahlawan Samurai


Katana adalah pedang panjang Jepun, walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Katana (disebut sebagai [katana]) adalah kunyomi (Sebutan Jepun) bentuk kanji ; onyomi (Sebutan Cina) adalah tō. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.

Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai (buke pengiring kepada daimyo). Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba.

Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido (juga dikenali sebagai battō-jutsu atau iaijutsu), dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang koryu lama masih wujud (Kashima Shinto Ryu, Kashima Shin Ryu, Katori Shinto Ryu).



Pedang sebagai objek dongengan Mystical Object

Walaupun samurai klassik membawa atau mempunyai pelbagai senjata (sekurang-kurangnya panah dan tombak, sebagai tambahan kepada pedang mereka, hanya satu yang dianggap semangat samurai: katana (atau tachi). Orang-orang Jepun meletakkan nilai yang tinggi kepada pedang. Dalam kebanyakan sejarah Jepun, hanya samurai dibenarkan membawa pedang, dan petani yang membawa pedang boleh dibunuh dan pedangnya dirampas selepas larangan itu dikenakan pada awal tempoh Edo.

Kebanyakan kebudayaan Jepun berkisar sekeliling pedang. Kaedah yang rumit untuk membawa, membersihkan, menyimpan, mengasah (atau tidak mengasah), dan mengendalikan pedang berubah dari era ke era.

Sebagai contoh, seseorang samurai yang memasuki rumah seseorang perlu memikirkan cara meletakkan pedang bersarungnya semasa melutut. Meletakkan pedangnya pada kedudukan mudah dihunuh menggambarkan rasa syak dan bersedia untuk menghunus; dengan itu samaada dia meletakkannya pada sebelah kiri atau sebelah kanan, dan samaada mata bilah diletakkan melengkung kearah atau menjauhi dirinya adalah adab etiquette penting. Sebagai hos, pedang panjangnya biasanya diletakkan dibawah wakizashi pada para rendah, melengkung keatas; jika ia melengkung kebawah, atau disimpan di atas wakizashi, ini bererti pemiliknya bersedia untuk menghunusnya dengan cepat - tanda syak wangsangka terhadap sebarang tetamu.

Bagaimanapun, kebanyakan samurai menggunakan pedang mereka sebagai usaha ketiga: pertama panah, kedua tombak dan akhir sekali pedang. Ini kerana, menghunus pedang adalah bagaikan membebaskan semangat seseorang atau kemungkinan besarnya terdesak kepada jalan terakhir. Untuk bertempur sehingga tiada apa yang tinggal kecuali menyerah , ditakrifkan sebagai Ken ore, Ya mo tsuki, harafiah. dengan pedang patah dan tanpa anak panah, dan ia juga digunakan sebagai perumpamaan.


Sejarah pedang Jepun

Pedang adalah penting dalam kebanyakan kebudayaan feudal, dan Jepun tidak berkecuali. Pada abad ke enam BCE, maharaha Jepun Jimmu Tenno yang terkemuka menakluk sebahagian besar Jepan. Pada masa yang sama, Jepun mengambil idea mengenai pedang dari Cina. Pedang awal hanyalah salinan dari pedang Cina, lurus dan bermata dua, tetapi perperangan yang berlarutan ( warring stability ) pada tempoh Asuka menggalakkan kemajuan dalam bidang persenjataan.

Rekod pertama penghasilan pedang melengkung, bermata satu 'stail Jepun' (berbeza dengan 'Stail Cina') adalah sekitar 900 CE, tetapi ia telah digunakan lama sebelum itu.

Menurut lagenda Jepun, pedang Jepun dicipta oleh pandai besi bernama 'Amakuni' pada 700 CE, bersama denga proses lipatan besi. Pada masa yang sama istilah samurai telah mula digunakan.

Pada abad ke dua puluh, perang saudara meletus selepas tempoh kemerosotan yang lama. Selama lima dekad, Jepun mempunyai zaman kegelapannya sendiri, dipenuhi dengan perperangan dashyat yang berterusan. Perang Onin (1467-1477) mengrevolusi senjata dan perisai Jepun, ke tahap yang sehinggakan ia dianggap lebih berkualiti berbanding yang dibuat masa kini.

Semasa zaman Muromachi, perperangan berdarah adalah kebiasaan, tetapi shogun yang memerintah indolent shogunates masih menghargai seni dan kebudayaan, dengan itu pulau Jepun tidak merosot menjadi liar. Malah pedang dari pertengahan zaman ini dianggap kemuncak seni pembuatan pedang. Bagaimanapun, dengan perubahan masa, kesenian tersebut merosot dengan tekanan pengaruh senjataapi, yang menjadikan pedang sebagai senjata lapuk.

Pembuatan pedang terus merosot pada awal tempoh Edo, kerana perang jarang berlaku; bagaimanapun, seni berkembang pesat, mendorong kepada ukiran dan hiasan senjata yang cantik. Kemudiannya, di bawah polisi pengasingan isolationism Tokugawa Shogunate, senjataapi dan ubat bedil sematin terkawal dan tidak diperdagangkan. Pada pertengahan abad ke lapan belas, kebanyakan pemuda Jepun tidak pernah melihat senjata api, apa lagi melihat senjataapi digunakan.

Kuasa samurai (dan kualiti penghasilan pedang) hampir pupus di bawah pengaruh kuasa senjata api, tetapi ia masih kekal disebabkan kesetiaan kepada cara silam dan ingatan kepada cara lama. Kuasa samurai adalah kuat pada tempoh Edo, dan kesenian penghasilan pedang yang hampir hilang, perlahan-lahan beransur pulih. Pada akhir tempoh ini, kualiti pedang bertambah baik sehinggakan ia tidak lagi digelar 'shinto', tetapi dengan panggilan lebih hormat 'shin-shinto'.

Jepun kekal sebegitu sehinggalah Komander Matthew Perry tiba pada 1853 dan Persidangan Kanagawa yang memaksa pembukaan Jepun pada dunia luar; yang tidak lama kemudian diikuti dengan permodenan pantas oleh pemulihan Meiji.

Pengistiharan Haitorei pada tahun 1876 hampir mengharamkan pedang dan senjata api, melumpuhkan golongan samurai. Bagaimanapun, kebangkitan terhadap pengistiharan ini dan pemerintahan tentera mengakibatkan meledaknya semangat kebangsaan dan sokongan terhadap maharaja yang sebelum ini hanyalah sekadar lambang.

Ketika Perang Dunia I, Jepun adalah setaraf dengan kuasa dunia dari segi ketenteraan. Bagaimanapun secara umu, ia juga menandakan berakhirnya zaman samurai kerana senjata api turut diperkenalkan kembali. Ia juga menandakan tempoh kemerosotan dalam kualiti penghasilan pedang, apabila katana secara beransur digantikan dengan gunto: pedang saber murah untuk pegawai tentera laut.

Di bawah pendudukan Amerika Syarikat pada akhir Perang Dunia II golongan samurai dibubarkan sama sekali dan pedang diharamkan . Hanya pedang yang merupakan khazanah seni, yang tidak boleh dikeluarkan dari muzium atau kuil dibenarkan.

Disebabkan oleh perlucutan senjata ini, pada 1958 terdapat lebih banyak pedang Jepun di Amerika Syarikat berbanding yang kekal terdapat di Jepun: Tentera Amerika yang kembali dari Orient dengan timbunan pedang, sebanyak yang mungkin. Sebahagian besar daripada lebih 100,000 pedang adalah dari jenis gunto, tetapi terdapat juga sebilangan daripadanya dari jenis shin-shinto.

Ini melambangkan cabaran terakhir pada kuasa samurai pada abad terkini. Bagaimanapun, penghasilan pedang berterusan kembali, walaupun ini disebabkan oleh keperluan budaya dan bukannya disebabkan oleh peperangan.


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin