Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.
Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,
"Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.
Siti menghampiri Man perlahan....
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.
Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut ku."
Man buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata...
"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."
0 ulasan:
Post a Comment