Keluarga 96


Keluarga aku merupakan keluarga yang unik.

Semasa aku berumur 23 tahun, aku telah berkahwin dengan seorang janda cantik yang berumur 35 tahun. Janda itu memiliki seorang anak yang berumur 12 tahun.

5 tahun kemudian, anak tiri aku telah jatuh cinta dengan ayah aku yang merupakan seorang duda, sehingga akhirnya mereka berkahwin. Ini bererti, Ayah aku adalah menantu aku. Aku sangat bingung sebab anak tiri aku sekarang telah menjadi ibu tiri aku kerana dia telah berkahwin dengan ayah aku.

Isteri baru ayah aku, yang juga merupakan anak tiri aku, melahirkan seorang anak perempuan. Ini bermakna anak perempuan itu adalah cucu aku (kerana aku suami dari neneknya), dan juga merupakan adik aku kerana dia adalah anak ayah aku.

Isteri aku adalah ibu dari anak tiri aku yang kini juga merupakan ibu tiri aku kerana dia adalah isteri baru ayah aku. Ini bermakna walaupun dia adalah isteri aku, dia juga merupakan nenek aku, kerana dia adalah nenek dari adik perempuan aku. Jika isteri aku adalah nenek aku, bererti aku adalah cucu isteri aku.

Dan yang membuat aku makin pening, kerana aku adalah suami dari nenek aku, ini bermakna, aku adalah DATUK KEPADA DIRI AKU SENDIRI!!!



0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin