Ah Beng oh Ah Beng...


Pada zaman pemerintahan Jepun, tiga orang cina, Ah Meng, Ah Seng dan Ah Beng telah ditangkap sebab menyeludup. Diorang bertiga ni akan dihukum bunuh oleh skuad penembak. Jadi malam tu diorang pun buat rancangan untuk melarikan diri. Ah Meng kata yang tentera Jepun takut akan bencana alam. Jadi diorang kena buat tentera Jepun tu panik supaya diorang boleh lepas.

Keesokkannya, Ah Meng menjalani hukuman bunuh. Skuad penembak berbaris kat depan. Baru je kapten Jepun tu kata "Ready... aim", Ah Meng terus jerit "Gempa bumi ! gempa bumi! ". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Meng pun terlepas.

Lepas tu tiba giliran Ah Seng. Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Seng terus menjerit "tsunami !..tsunami!". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Seng pun terlepas.

Bila tiba giliran Ah Beng, dia pun berfikir, "Hmm, kena sebut pada masa yang sesuai balu(baru) itu aska(askar) lali(lari). Wakaka, manyak bodoh punya askal Jepun."
Bila je kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Beng pun terus jerit "Fire! Fire".

Apalagi, terus tamat le riwayat Ah Beng.



0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin