Jumlah Pelawat

hit counter

SIAPA YANG DATANG ?


Jimatkan Minyak

Pengikut Mymilamin Blog

Lari Jauh

"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"

Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."

Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"

Fendi : "Fuad dan saya"

Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

9:25 PM | 0 ulasan | Read More

Menu Restoran Itali

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"

9:22 PM | 0 ulasan | Read More

Di larang Masuk !

9:57 PM | 0 ulasan | Read More

Rolling Bag Design

9:47 PM | 0 ulasan | Read More

Japanese Dishes for You

9:44 PM | 0 ulasan | Read More

Pantai Pelik

9:43 PM | 0 ulasan | Read More

Kucing Berkepala Dua

9:41 PM | 0 ulasan | Read More

Tradisional MPV

9:36 PM | 0 ulasan | Read More

TM sedia kaji semula caj internet

Gambar hiasan. Foto: newsarse.com

Telekom Malaysia (TM) menerima baik cadangan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum untuk mengkaji semula kadar perkhidmatan internet supaya lebih murah berbanding sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pembekal perkhidmatan internet lain di negara ini harus bersedia untuk bekerjasama dengan pihak (SKMM) yang bertindak sebagai peneraju dalam penyediaan kertas kerja berkenaan.

Beliau berkata, cadangan itu harus dipandang secara positif dan perspektif yang menyeluruh untuk kebaikan industri jalur lebar di negara ini dan dengan adanya kertas kerja itu, kos sebenar yang kerap diperkatakan dapat diutarakan dengan lebih jelasdan berkesan.

"Dengan adanya elemen kos itu, TM berpendapat kerajaan dan industri dapat bekerjasama menyediakan jalan penyelesaian menyeluruh supaya kos yang ditampung industri, termasuk TM dapat dikurangkan sekali gus memberi kadar lebih murah kepada pengguna," katanya pada Berita Harian, semalam.

Zamzamzairani berkata, setakat ini perkhidmatan Internet Malaysia masih rendah berbanding Thailand dan Singapura.

Beliau berkata, sebagai contoh, pakej internet permulaan pada kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) yang dibekalkan penyedia perkhidmatan di Malaysia adalah RM66, manakala di Thailand adalah RM71 dan untuk pakej berkelajuan 3 megabait sesaat (mbps) di Singapura adalah RM82.

"Kadar bulanan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 1 mbps pula adalah RM88 bagi Malaysia, RM102 di Thailand dan untuk 6 Mbps di Singapura pula adalah RM102," katanya.

Beliau berkata, TM sentiasa memastikan infrastrukturnya dinaik taraf dari semasa ke semasa untuk membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan internet yang lancar. -BH

1:12 AM | 0 ulasan | Read More

Katak


Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak, dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye : katak 4 kaki, lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2 kaki jauh. Kemudian dia menulis : katak 2 kaki, lompat 2 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye : katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...

1:07 AM | 0 ulasan | Read More

Nama-nama omputih..


Justin Timberlake : Pekerjaan nenek moyang beliau menimba {Timber} tasik {lake} untuk mendapatkan ikan.

David Beckham : Pengamal kaedah perubatan tradisional iaitu bekam. Untuk menambah ciri-ciri omputih 'bekam' ditukar kepada 'Beckham'.

Clint Eastwood : Berketurunan pencari kayu {wood}api tapi di sebelah timur {east} sahaja.

David Copperfield : Pelombong tembaga {copper} di padang {field} sekolah.

Tiger Woods : Untuk menyara hidup nenek moyang beliau mencari kayu {wood} api di hutan. Tetapi di baham harimau {tiger}

Britney Spears : ;Atuk kepada moyang beliau dulu adalah pembuat tombak {spear} senjata orang dulu-dulu.

Hugh Jackman : Juru jual peralatan jek kereta.

Peter Jackson : Juga menjual peralatan jek kereta. Malah ada teori mengatakan nenek moyang beliau dan Hugh Jackman merupakan rakan sekerja.

Dean Cain : Menjual kain di pasar malam.

Michael Ballack : Penebang kayu balak {Ballack}.

Bill Gates : Kontraktor pintu pagar {gate}.

Nicholas Cage : Pembuat sangkar {cage} burung.

Carlos Santana : Pembekal santan seluruh Mexico.

Jennifer Lopez Menjual kuih lopes dan kuih lapis secara kecil-kecilan.

Halle Berry : Pengusaha ladang blueberry.

Eric Cantona : Drebar lori kontena.

Francis Light : Pekerja kedai lampu {light}.


8:05 PM | 0 ulasan | Read More

Cahaya Biru Berpilin di Langit Norway


OSLO - Satu cahaya misteri seperti lingkaran ubat nyamuk muncul di utara Norway menyebabkan ribuan penduduk di situ kebingungan, lapor sebuah akhbar semalam.

Saksi-saksi dari wilayah Trondelag sehingga ke Finnmark mendakwa, fenomena itu bermula dengan kemunculan satu cahaya biru meluncur naik dari sebalik sebuah bukit.

Ia kemudian berhenti di tengah udara dan mula melingkar dengan membentuk satu pusaran gergasi meliputi keseluruhan langit sebelum hilang semalam.

Institut Meteorologi Norway dihujani panggilan telefon namun pakar astronomi berkata, cahaya itu tiada kaitan dengan fenomena yang biasa dilihat.

Menara Kawalan Trafik Udara di Tromso, 1,150 kilometer dari sini mendakwa, cahaya aneh itu berakhir dalam masa dua minit dan amat sukar untuk dianggap sebagai fenomena astronomi.

Seorang saksi, Totto Eriksen di Tromso berkata, dia melihat cahaya itu semasa membawa anaknya ke sekolah dan menganggap fenomena tersebut amat menakjubkan. - Agensi




11:07 PM | 0 ulasan | Read More

Chimpeng !!

I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly there's a knock on the glass

"Encik ah.. tanya sikit ah.. itu Chimpeng mana ah..?"

"Apa?"

"Chimpeng, Chimpeng... saya sudah tanya itu guard ah.. dia cakap sini ada satu Chimpeng..."

"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh... Apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyah... itu Chimpeng balu punya.. Saya mau pigi angkat wang la..."

"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa? Along ka?"

"Chimpeng bukan kedai ma.. lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng... itu balu punya Peng.."

Buat aku pening je.. dia actually cari .......

CIMB Bank maa.. !!!!!!!
10:54 PM | 0 ulasan | Read More

Pekak


This man being interviewed at the US Embassy.

CONSUL : "Your name, please. ?"

MAN : "John."

CONSUL : "Sex.?"

MAN : "SIX times a week."

CONSUL : "I mean, male or female. ?"

MAN : "Both male & female & sometimes even camels."

CONSUL : "Holy cow !"

MAN : "Yes, cows & dogs too."

CONSUL : "Man, isn't that hostile ?"

MAN : "Horse style, dog style, any style !"

CONSUL : "Oh dear !"

MAN : "Deer ? No deer, they run too fast....!!
10:21 PM | 0 ulasan | Read More

Saya tak mau mati !!

Imbang Penuh

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, lalu doktor bertanya , "Kenapa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata,
"Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".


10:19 PM | 0 ulasan | Read More

Manusia,Malaikat,Syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejaplagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
8:16 PM | 0 ulasan | Read More

Rasulullah S.A.W Dgn Sebiji Limau



Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh
buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'tahukan kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.

Begitulah akhlak rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia rasullah SAW.


8:14 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Seram Kaki Pancing


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa- rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..


7:02 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah ayah dan anak gadisnya

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah....mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya...yg berumur 18thn.
Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu...

Ayahku yg tercinta,
Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..
Ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tattoo2 ganas ditubuhnya, dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).
Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama. Dia punya bisnes
perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.
Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.
Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku danibuku yg tercinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya......

Keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu........laluperlahan2 membuka muka surat kedua surat itu...dgn keadaan terketar2 si ayah membaca.......

PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya...Aku berada dirumah jiran sebelah jer.....
6:58 PM | 0 ulasan | Read More

Saya Nak Bunuh Suami Saya


Sorang isteri dalam lingkungan umur 50an berlari menuju kekedai yang menjual racun dan beliau meminta racun arsenik daripada pakar racun.

Pakar Racun: Puan, puan nak beli racun arsenik untuk apa?

Isteri: Saya nak guna racun ini untuk membunuh suami saya.

Pakar Racun: Jika itu alasan puan untuk membeli racun ini, minta maaf puan, saya tak akan menjualnya.

Lalu si isteri pun menggeluarkan sekeping gambar daripada beg tangannya dan menunjukkan kepada Pakar Racun. Lalu Pakar Racun melihat gambar seorang lelaki tua sedang berasmara dengan seorang perempuan muda yang sangat cantik diatas katil. Apabila Pakar Racun itu mengamati gambar tersebut, beliau pun terus bersuara.

Pakar Racun: Puan!! puan ambik lah racun ini percuma. Saya pun nak bunuh isteri saya dengan racun ni sekali.............


12:39 PM | 0 ulasan | Read More

Check no phone korang betul tak?

JOM LIHAT NOMBOR HANDPHONE ANDA DENGAN MENGGUNAKAN FORMULA PENGIRAAN INI.........

1)Masukkan tiga nombor pertama handphone anda itu (bukannya 012,016 atau 019) ke kalkulator.

2) Darab dgn 80

3) Tambah 1

4) Darab dengan 250

5) Campurkan empat nombor terakhir telefon anda

6) Sekali lagi campurkan empat nombor terakhir tadi

7) Tolak 250

8) Bahagi dengan 2

Cuba tengok kalkulator,betul tak yg tertera itu adalah nombor handphone anda?Kalau tak percaya, cuba sekali lagi…


10:33 PM | 0 ulasan | Read More

Pertanyaan seorang anak...

Seorang anak kecil yang berumur 7 tahun bertanya kepada ayahnya, "Ayah, betul ke ayah mesti lagi pandai daripada anaknya??"

Ayahnya menjawab, "Mestilah, takkan anak lebih pandai dari bapak??"

Anaknya diam, lalu bertanya lagi, "Ayah, siapa yang menciptakan lampu?"

"Thomas Edison, seorang saintis yang lahir pada tahun 1847.." jawab ayahnya, yang merupakan seorang lulusan dari sebuah universiti terkemuka di dunia..

"Kalau bapak lebih pandai dari anaknya, kenapa bukan bapak Thomas Edison yang ciptakan lampu ek ayah??" tanya anaknya lagi dengan penuh rasa ingin tahu....
10:28 PM | 0 ulasan | Read More

Sungai dalam laut

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Di sana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya adalah air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan. Namun tentu saja, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai… Wow.




10:18 PM | 0 ulasan | Read More

Keluarga 96


Keluarga aku merupakan keluarga yang unik.

Semasa aku berumur 23 tahun, aku telah berkahwin dengan seorang janda cantik yang berumur 35 tahun. Janda itu memiliki seorang anak yang berumur 12 tahun.

5 tahun kemudian, anak tiri aku telah jatuh cinta dengan ayah aku yang merupakan seorang duda, sehingga akhirnya mereka berkahwin. Ini bererti, Ayah aku adalah menantu aku. Aku sangat bingung sebab anak tiri aku sekarang telah menjadi ibu tiri aku kerana dia telah berkahwin dengan ayah aku.

Isteri baru ayah aku, yang juga merupakan anak tiri aku, melahirkan seorang anak perempuan. Ini bermakna anak perempuan itu adalah cucu aku (kerana aku suami dari neneknya), dan juga merupakan adik aku kerana dia adalah anak ayah aku.

Isteri aku adalah ibu dari anak tiri aku yang kini juga merupakan ibu tiri aku kerana dia adalah isteri baru ayah aku. Ini bermakna walaupun dia adalah isteri aku, dia juga merupakan nenek aku, kerana dia adalah nenek dari adik perempuan aku. Jika isteri aku adalah nenek aku, bererti aku adalah cucu isteri aku.

Dan yang membuat aku makin pening, kerana aku adalah suami dari nenek aku, ini bermakna, aku adalah DATUK KEPADA DIRI AKU SENDIRI!!!



10:16 PM | 0 ulasan | Read More

Tarikh Luput Tong Gas Anda


Mungkin masih ramai yang tidak menyedari bahawa tong gas yang digunakan untuk memasak di rumah juga mempunyai tarikh luput!

Jangan ingat ubat, makanan kesihatan, bahan makanan dan minuman sahaja yang ada tarikh luput! Tong Gas pun ade! (hutang je yang tak ada tarikh luput! Makin lewat anda jelaskannya, maka makin berbunga-bungalah interestnya ! )

Tong Gas yang dah luput a.k.a ‘expired’ adalah tidak selamat digunakan dan ianya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka!

So, berhati-hatilah ketika menerima atau membeli tong gas daripada penjual.

Semak dahulu tarikh luputnya.

Jadi bagaimana untuk menyemak dan mengenalpastikannya?

Berikut saya berikan sedikit panduan untuk rujukan kita bersama….

Di salah satu sisi tong gas, Tarikh Luput akan dikodkan secara alpha numerical seperti berikut:-


A , B , C atau D diikuti dua digit,

Contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March ( Suku pertama ),

B utk June (Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &

D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Baiklah jika anda telah faham, apa lagi!

Jangan buang masa, semak tong gas sedia ada anda sekarang juga!


10:14 PM | 0 ulasan | Read More

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya: "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... .......... !!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

*Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......


11:57 PM | 0 ulasan | Read More

Hukum..


Perbualan antara cikgu & anak muridnya...

Murid : Cikgu, apakah seseorang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Seseorang itu hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya... Kenapa kamu tanya??
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Guru : #%@!% (dalam hati : bertuah punya budak...)




11:22 PM | 0 ulasan | Read More

Khasiat sujud

1. Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).

2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

3) Bernafas ketika sujud akan:

a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)

c) Melegakan sakit hernia.

d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)

f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)

g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

h) Meringankan bahagian PELVIS

i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.

j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

m) Mengurangkan kegemukan (obesity).

n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions).

o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.
11:06 PM | 0 ulasan | Read More

Mengumpat


DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.

Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Yang Baik Itu Dari Allah...
Yang Buruk Itu Dari Kelemahan Diri Saya Sendiri...


10:10 PM | 0 ulasan | Read More

Bohong Yang Dibenarkan



Definisi bohong:
"Menyatakan sesuatu yang menyalahi perkara sebenar, samada sengaja atau tersalah." (kitab Misbahul Munir)

Hukum Bohong
Hukum Asal bagi bagi bohong adalah haram menurut al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.
Firman Allah swt:
"Dan janganlah kamu berkata dusta mengikut sedap mulut kamu ini halal dan yang ini haram untuk mereka2 pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang2 yang mereka2 pembohongan terhadap Allah tidak berjaya." ( 116 : an-Nahl)

Ibnu Mas'ud meriwayatkan , Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Kejahatan membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang selalu bercakap bohong sehingga ditulis disisi Allah sebagai org yg sgt pembohong." (Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda:
"Besar pengkhianatan sekiranya kamu menceritakan satu cerita kepada saudaramu seIslam dengan keadaan dia mempercayai cerita itu sedangkan kamu berdusta." (Hr Abu Daud – Imam Nawawi mendaifkan hadis ini)

Ijmak (sepakat) para ulama mengatakan haramnya berbohong.

Bohong yg dibenarkan
Pengarang kitab Mausuah al-Feqh (jilid 24/ms205) berkata:
"Kadang2 bohong adalah perkara yg diharuskan atau diwajibkan. Ucapan adalah perantara bagi tujuan. Setiap tujuan yang mulia yang boleh dihasilkan tanpa bohong maka haram berbohong. Sekiranya tujuan yang mulia itu tidak terhasil melainkan dgn berbohong maka harus berbohong. Sekiranya tujuan itu diharuskan maka berbohong menjadi harus dan jika tujuan itu wajib maka wajib berbohong. Contohnya menjaga darah orang Islam adalah wajib. Jika bercakap benar boleh menyebabkan tumpahnya darah orang Islam yang bersembunyi dari orang zalim, maka wajib berbohong. Wajib berbohong dalam hal ini sekiranya tidak diketahui terbongkar pembohongannya yang mengakibatkan kemudaratan yg lebih besar."

Dalil kepada pengharusan ini adalah hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Ummu Kalsum ra:
ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فينمي خيرا أو يقول خيرا

"Bukanlah orang yang berbohong itu yang mendamaikan diantara manusia yang menyebabkan berkembangya kebaikan atau berkata perkara yang baik." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ummu Kalsum ra juga meriwayatkan hadis Rasulullah saw:
" Aku tidak pernah mendengar Rasulullah saw membenarkan manusia untuk berbohong melainkan dalam 3 perkara 1. Peperangan 2. Mendamaikan manusia 3. Cerita lelaki kepada isterinya dan sebaliknya." (Hr Muslim)

Ulama juga membenarkan untuk tidak mengakui kesalahan yang tersembunyi yg dilakukan seperti zina pada masa lalu. Orang tersebut hendaklah bertaubat ke Allah dan menyembunyikan. Apabila ada pihak berkuasa bertanya dia boleh mengingkarinya. Rasulullah saw bersabda:

"Hendaklah kamu menghindari perkara keji yang dilarang oleh Allah. Sesiapa yang telah melakukannya hendaklah dia menutupnya dan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya sesiapa yang kesalahannya diketahui maka kami akan melaksanakan hukum berdasarkan Kitab suci al-Quran." (Hr Hakim – dihukum sahih oleh Hakim dan azZahabi)

Rujukan: al-Mausuah al-Feqhiah terbitan Kementerian waqaf dan hal ehwal Islam Kuwait.


10:09 PM | 0 ulasan | Read More

Wuduk- hikmah yg tersembunyi



Ramai di antara kita yg tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yg dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yg tersendiri..Pernahkan kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikin?

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
Penjelasan : Kita hari2 bercakap benda2 yg tak berfaedah.

2.Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkn muka ku ini."
Penjelasan : Ahli syurga mukanya berseri2.

3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini."
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini."
Penjelasan : Ahli neraka diberikn hisab-hisabnya di tangan kiri.

5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu."
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.Ketika membasuh telinga, berniatkah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telingan ku ini."
Penjelasan : Hari2 mendengar orang mengumpat, memfitnah, dll

7.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim."
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat."
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

sumber : http://www.iluvislam.com


10:07 PM | 0 ulasan | Read More

Ibu Kita Pembohong ??


Memang sukar untuk ornag lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sayaa, ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai besar, ibu sering meluangkan waktu untuk memancing di tali air berhmapiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya makan gulai ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa ikan yg saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu begitu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata; "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBUYANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dgn membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan adik. Suatu dinihari, lebih kurang pukul1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata; "Ibutidurlah, esok pagi ibu kena pergi ke kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGANIBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapatmenemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus bersabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumat kamit doa agar saya lulus peperiksaan ini dgn cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan peperiksaan sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopi yg sudah siap dalam botol yg dibawa. Kopi kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu dibasahi keringat saya segera memberikan cawan saya untuk ibu dan menyuruh ibu minum. Tapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, ibu tak haus" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas beberapa bulan saya dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yng semakin parah, seorang pakcik yg baik hati dan tinggal berjiran dgn kami datang untuk membantu ibu. Anehnya ibu menolak bantuan itu. Jiran2 sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yg akan menjaga ibu dan mencari wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yg memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah abang habis belajar dan mula bekerja, ibu pun sudah tua. Abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagibersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Abang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah2, ibu ada duit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dgn cemerlang kemudian saya pun bekerja dgn syarikat yg telah membiayai pengajian saya. Dgn gaji yg agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dgn penderitaan. Eloklah kalau hari2 tuanya ini ibu habis dgn keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yg baik hati meolak ajakan saya. Ibu tidaka mahu menyusahkan anaknya ini dgn berkata: "Tak payahlah nak, ibu tak biasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yg ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibukelihatan sangat tua, menatap wajah saya dgn penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yg menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dgn jelas betapa penyakit ibu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata. Saya cium tangan ibu kemudian mengucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan begitu. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: "Jangan menangis nak, ibutak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya buat selama-lamanya....

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang dan berkata, "Ibu, saya sayangkan ibu." Tetapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yg amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata2 itu ke telinganya sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ibu, maafkananak mu ini. SAYA SAYANG IBU....


6:17 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah Orang Jepun & Ikan Jerung


Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan. Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita seekor ikan jerung kecil dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.


6:15 PM | 0 ulasan | Read More

Nasi Goreng Emak..



Cerita dari seorang kawan :

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibugagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patutmemerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkakkakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis.
Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..
Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa.. nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN
6:04 PM | 0 ulasan | Read More

Nabi Laknat Perempuan Nipiskan Bulu Kening


FIRMAN Allah bermaksud: Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31)

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).



5:55 PM | 0 ulasan | Read More

Kawan...



1)Kawan tu bukan macam main FUTSAL...
Mula-mula kejar...
dah dapat sepak....

2)Kawan tu bukan macam main SKATE...
Mula-mula gosok...
lepas tu pijak...

3)Kawan tu bukan macam main RAGBI...
Mula-mula tangkap...
dah dapat tendang...

4)Kawan tu bukannya macam PAMPERS...
dah pakai..,
buang...

5)Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS...
Waktu baru beli pakai...
dah sengkek gadai...

6)Kawan tu bukan macam PELANGI...
Hari cerah takde...
hujan gerimis baru muncul...

7)Kawan tu bukan macam KERETA...
Rosak sikit.., jual...
ambik kereta baru...

8)Kawan tu bukan macam CHIPSMORE...
kejap ade…..
kejap takde...

9)Kawan tu bukan macam BANK...
Bila dah takde duit..,
pegi kat sana ambik...

10)Lagi..... kawan tu macam ape ye????

Walau ape pun tanggapan orang tentang kawan... bagi saya, kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.
Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting.., seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya...


8:54 PM | 0 ulasan | Read More

Kisah ayah dan seorang anaknya yang cacat


Rick dan Dick Hoyt, mungkin anda tak kenal siapa mereka. Rick anak kepada Dick telah mengalami kecacatan sejak lahir lagi. Doktor mengesahkan bahawa Rick tiada peluang untuk sembuh, malah kemungkinan tidak akan dapat melalui kehidupan normal seperti orang lain.

Rick tidak dapat bercakap, berjalan dan bergerak seperti orang lain. Dick, bapanya tetap tidak berputus asa untuk mencari jalan supaya Rick dapat belajar sekurang-kurangnya mengenali huruf.

Pada tahun 1972, Dick telah membeli sebuah komputer khas berharga $5000 untuk Rick dengan harapan supaya dia dapat belajar huruf dan menulis sesuatu. Setelah mencubanya, Dick seperti tak sangka apabila Rick menulis "Hi, Mom," dan "Hi, Dad,".Rick juga menulis sesuatu mengenai sukan.Di saat itulah, Dick baru mengetahui bahawa Rick sentiasa belajar dan meminati sukan.


Pada musim luruh tahun 1977, Rick memberitahu ayahnya bahawa dia ingin menyertai larian sejauh 5 batu. Dick agak terkejut dengan permintaan anaknya dan setelah berfikir sejenak, dia bersetuju untuk menyertai larian tersebut dengan cara berlari sambil menolak kerusi roda Rick. Mereka akhirnya berjaya menamatkan larian 5 batu itu. Pada waktu malam tersebut, Rick memberitahu ayahnya bahawa dia langsung tidak berasa seperti orang cacat ketika larian hari tersebut.

Sejak selepas larian itu, Rick masih ingin menyertai lagi perlumbaan seperti itu. Mereka kini telah melalui perlumbaan Marathons, duathlons dan triathlons.
Sila tonton video mereka sewaktu perlumbaan. Lihatlah diri seorang bapa kepada anaknya. Inilah bapa, Mereka selalu berkorban untuk anak mereka.






8:41 PM | 0 ulasan | Read More

Katana @ Pedang Pahlawan Samurai


Katana adalah pedang panjang Jepun, walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Katana (disebut sebagai [katana]) adalah kunyomi (Sebutan Jepun) bentuk kanji ; onyomi (Sebutan Cina) adalah tō. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.

Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai (buke pengiring kepada daimyo). Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba.

Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido (juga dikenali sebagai battō-jutsu atau iaijutsu), dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang koryu lama masih wujud (Kashima Shinto Ryu, Kashima Shin Ryu, Katori Shinto Ryu).



Pedang sebagai objek dongengan Mystical Object

Walaupun samurai klassik membawa atau mempunyai pelbagai senjata (sekurang-kurangnya panah dan tombak, sebagai tambahan kepada pedang mereka, hanya satu yang dianggap semangat samurai: katana (atau tachi). Orang-orang Jepun meletakkan nilai yang tinggi kepada pedang. Dalam kebanyakan sejarah Jepun, hanya samurai dibenarkan membawa pedang, dan petani yang membawa pedang boleh dibunuh dan pedangnya dirampas selepas larangan itu dikenakan pada awal tempoh Edo.

Kebanyakan kebudayaan Jepun berkisar sekeliling pedang. Kaedah yang rumit untuk membawa, membersihkan, menyimpan, mengasah (atau tidak mengasah), dan mengendalikan pedang berubah dari era ke era.

Sebagai contoh, seseorang samurai yang memasuki rumah seseorang perlu memikirkan cara meletakkan pedang bersarungnya semasa melutut. Meletakkan pedangnya pada kedudukan mudah dihunuh menggambarkan rasa syak dan bersedia untuk menghunus; dengan itu samaada dia meletakkannya pada sebelah kiri atau sebelah kanan, dan samaada mata bilah diletakkan melengkung kearah atau menjauhi dirinya adalah adab etiquette penting. Sebagai hos, pedang panjangnya biasanya diletakkan dibawah wakizashi pada para rendah, melengkung keatas; jika ia melengkung kebawah, atau disimpan di atas wakizashi, ini bererti pemiliknya bersedia untuk menghunusnya dengan cepat - tanda syak wangsangka terhadap sebarang tetamu.

Bagaimanapun, kebanyakan samurai menggunakan pedang mereka sebagai usaha ketiga: pertama panah, kedua tombak dan akhir sekali pedang. Ini kerana, menghunus pedang adalah bagaikan membebaskan semangat seseorang atau kemungkinan besarnya terdesak kepada jalan terakhir. Untuk bertempur sehingga tiada apa yang tinggal kecuali menyerah , ditakrifkan sebagai Ken ore, Ya mo tsuki, harafiah. dengan pedang patah dan tanpa anak panah, dan ia juga digunakan sebagai perumpamaan.


Sejarah pedang Jepun

Pedang adalah penting dalam kebanyakan kebudayaan feudal, dan Jepun tidak berkecuali. Pada abad ke enam BCE, maharaha Jepun Jimmu Tenno yang terkemuka menakluk sebahagian besar Jepan. Pada masa yang sama, Jepun mengambil idea mengenai pedang dari Cina. Pedang awal hanyalah salinan dari pedang Cina, lurus dan bermata dua, tetapi perperangan yang berlarutan ( warring stability ) pada tempoh Asuka menggalakkan kemajuan dalam bidang persenjataan.

Rekod pertama penghasilan pedang melengkung, bermata satu 'stail Jepun' (berbeza dengan 'Stail Cina') adalah sekitar 900 CE, tetapi ia telah digunakan lama sebelum itu.

Menurut lagenda Jepun, pedang Jepun dicipta oleh pandai besi bernama 'Amakuni' pada 700 CE, bersama denga proses lipatan besi. Pada masa yang sama istilah samurai telah mula digunakan.

Pada abad ke dua puluh, perang saudara meletus selepas tempoh kemerosotan yang lama. Selama lima dekad, Jepun mempunyai zaman kegelapannya sendiri, dipenuhi dengan perperangan dashyat yang berterusan. Perang Onin (1467-1477) mengrevolusi senjata dan perisai Jepun, ke tahap yang sehinggakan ia dianggap lebih berkualiti berbanding yang dibuat masa kini.

Semasa zaman Muromachi, perperangan berdarah adalah kebiasaan, tetapi shogun yang memerintah indolent shogunates masih menghargai seni dan kebudayaan, dengan itu pulau Jepun tidak merosot menjadi liar. Malah pedang dari pertengahan zaman ini dianggap kemuncak seni pembuatan pedang. Bagaimanapun, dengan perubahan masa, kesenian tersebut merosot dengan tekanan pengaruh senjataapi, yang menjadikan pedang sebagai senjata lapuk.

Pembuatan pedang terus merosot pada awal tempoh Edo, kerana perang jarang berlaku; bagaimanapun, seni berkembang pesat, mendorong kepada ukiran dan hiasan senjata yang cantik. Kemudiannya, di bawah polisi pengasingan isolationism Tokugawa Shogunate, senjataapi dan ubat bedil sematin terkawal dan tidak diperdagangkan. Pada pertengahan abad ke lapan belas, kebanyakan pemuda Jepun tidak pernah melihat senjata api, apa lagi melihat senjataapi digunakan.

Kuasa samurai (dan kualiti penghasilan pedang) hampir pupus di bawah pengaruh kuasa senjata api, tetapi ia masih kekal disebabkan kesetiaan kepada cara silam dan ingatan kepada cara lama. Kuasa samurai adalah kuat pada tempoh Edo, dan kesenian penghasilan pedang yang hampir hilang, perlahan-lahan beransur pulih. Pada akhir tempoh ini, kualiti pedang bertambah baik sehinggakan ia tidak lagi digelar 'shinto', tetapi dengan panggilan lebih hormat 'shin-shinto'.

Jepun kekal sebegitu sehinggalah Komander Matthew Perry tiba pada 1853 dan Persidangan Kanagawa yang memaksa pembukaan Jepun pada dunia luar; yang tidak lama kemudian diikuti dengan permodenan pantas oleh pemulihan Meiji.

Pengistiharan Haitorei pada tahun 1876 hampir mengharamkan pedang dan senjata api, melumpuhkan golongan samurai. Bagaimanapun, kebangkitan terhadap pengistiharan ini dan pemerintahan tentera mengakibatkan meledaknya semangat kebangsaan dan sokongan terhadap maharaja yang sebelum ini hanyalah sekadar lambang.

Ketika Perang Dunia I, Jepun adalah setaraf dengan kuasa dunia dari segi ketenteraan. Bagaimanapun secara umu, ia juga menandakan berakhirnya zaman samurai kerana senjata api turut diperkenalkan kembali. Ia juga menandakan tempoh kemerosotan dalam kualiti penghasilan pedang, apabila katana secara beransur digantikan dengan gunto: pedang saber murah untuk pegawai tentera laut.

Di bawah pendudukan Amerika Syarikat pada akhir Perang Dunia II golongan samurai dibubarkan sama sekali dan pedang diharamkan . Hanya pedang yang merupakan khazanah seni, yang tidak boleh dikeluarkan dari muzium atau kuil dibenarkan.

Disebabkan oleh perlucutan senjata ini, pada 1958 terdapat lebih banyak pedang Jepun di Amerika Syarikat berbanding yang kekal terdapat di Jepun: Tentera Amerika yang kembali dari Orient dengan timbunan pedang, sebanyak yang mungkin. Sebahagian besar daripada lebih 100,000 pedang adalah dari jenis gunto, tetapi terdapat juga sebilangan daripadanya dari jenis shin-shinto.

Ini melambangkan cabaran terakhir pada kuasa samurai pada abad terkini. Bagaimanapun, penghasilan pedang berterusan kembali, walaupun ini disebabkan oleh keperluan budaya dan bukannya disebabkan oleh peperangan.


8:33 PM | 0 ulasan | Read More

Makanan yg terbaik utk kesihatan



1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan Keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigenmenyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
1. Menghadap Kiblat
2. Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
3. Baca doa penerang hati
4. Makan secara keman seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
5. Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
1. Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
2. Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t Memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN :
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi S.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara Terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa lah.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk Meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar pintari berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan Kerani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

1 BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori"



8:16 PM | 0 ulasan | Read More

Tahukah Anda ?


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.(Jangan cuba2 bukak mata..mau tersembul nanti..)

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

28. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

29. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

30. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

31. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

32. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

33. Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

34. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

35. Raja Uganda , King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

36. Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

37. Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

38. Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

39. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

40. Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.



7:56 PM | 0 ulasan | Read More
Blog Widget by LinkWithin