Lawak Rumahtangga



KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"



Keadaan Suami

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaankesihatan. Selesai
pemeriksaan,doktormemanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua saja.

"Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yangdi pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetaphidup, lakukan nasihat2 yang
saya berikan," kata doktor.

"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suamidengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap gizinya.Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa. Jaga perasaannya, janganbebani dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puantidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami," tambahnya.

Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya,"Apa kata doktor tentang penyakitku?"

"Kamu akan meninggal..."


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin