Alahai Menantu



Pak Kasim seorang yang tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yang kaya raya sahaja.. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. Setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat rumah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang.. Pak Kasim mengajak Seman untuk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abang tak pernah solat ni". "Takpe bang.. abang ikut je ape yg ayah buat" , isterinya berbisik perlahan.. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir... lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah.. "Bismillahirrahmanirrahim..." Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "Bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim.. Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim. "ish! Gila ke menantu aku ni??" Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Seman, apesal yg kau ikut aku sampai ke sawah ni?" "Ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. Baru saya tau. Sampai kena berlari.."


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin