KEBOLEHAN MADU DAN FUNGSINYA


Madu sebagai antibiotic.


Seorang Ahli Biokimia, Dr. Peter Molan dari Universiti Waikato, New Zealand telah berjaya menemukan ‘natural hydrogen peroxide’, NHP (Hidrogen Peroksida Semulajadi) iaitu bahan yang dapat membunuh bakteria. Dengan kata lain, madu bertindak sebagai antiseptik. Satu kenyataan penting beliau ialah “ enzim dan asid amino yang terdapat di dalam madu yang mengeluarkan ‘hydogen peroxide’, iaitu dikenali sebagai antiseptik”. Madu tulin dapat merawat luka atau bisul dengan amat berkesan. Bagi luka yang terbuka sebaiknya ditutup dengan kain gauze setelah disapu madu dan ditukar 2-3 kali sehari. Lakukan untuk 3 hari, termasuk luka yang disebabkan oleh kesan terbakar atau terkena air panas khususnya bagi kawasan luka yang tidak menyeluruh.

Madu sebagai anti-fungal

Ahli mikrobiologi Rusia telah membuat kajian dengan sampel beberapa jenis fungal (kulat ) dan didapati kulat ini tidak dapat membiak dan mati mengikut kadar masa yang berbeza-beza. Secara manual juga kita TIDAK akan dapat melihat kulat ‘melekat’ pada madu yang terdedah. Tetapi jika kita perhatikan dodol yang sangat manis sekalipun akan terdapat kulat melekat selepas beberapa lama. Ada beberapa orang doktor dari Rusia telah menggunakan madu untuk disapukan kepada jangkitan kulat (mycosis) di kulit dan kuku di mana didapati dapat menghilangkan jangkitan kulat tersebut.

Madu sebagai Anti-tumor.

Kajian yang di lakukan oleh Dr. Pashinskii, dari Moscow, Rusia, di mana ujian di lakukan terhadap tikus, beliau menyatakan “…indicated that honey possessed moderate anti-tumor and pronounced anti static effects in five different of rat and mouse tumors”. Anti-static ialah menghalang tumor (kanser) merebak ke tempat lain. Menurut pendapat doktor yang lain madu bukanlah rawatan ‘istimewa’ untuk melawan kanser.

Kanser adalah satu penyakit yang mempunyai skop yang luas dan kompleks. Oleh itu mereka yang terlibat dengan perniagaan madu, jangan sewenang-wenangnya menyatakan madu boleh merawat kanser. Kanser adalah antara penyakit pembunuh utama, sebaiknya boleh menasihatkan sebagai rawatan alternatif yang diambil bersama dengan rawatan konvensional di hospital. HARUS DIINGAT MADU BOLEH DIAMBIL DENGAN SEMUA UBAT.

Madu sebagai Anti-ulser perut (gastric ulcer).

Helicobacter Pylori ada lah bakteria yang menyebabkan ulser perut, kajian yang di jalankan oleh Dr Molan juga mengesahkan bakteria ini tidak membiak dan mati di dalam madu tulin dalam jangka masa dua hari. Beliau juga mendapati bukan semua sampel madu yang digunakan akan bertindak membunuh bakteria ini. Dr. Schacht dari Wiesbaden seorang ‘physician’ mengatakan pengalaman beliau di mana beberapa pesakit kronik ulser perut telah sembuh dengan mengamalkan madu tanpa memerlukan pembedahan.Terdapat seorang pesakit yang tidak sembuh dan beliau yakin bahawa madu yang digunakan itu tidak tulin seperti sebelumnya.

Madu sebagai Anti-diabetik.

Dunia perubatan moden telah jauh ke hadapan untuk mengawal paras gula darah terhadap pesakit-pesakit kencing manis. Persoalannya bolehkah mereka meminum madu lebah? Sebarang minuman dan makanan yang mengandungi gula adalah ditegah diambil secara berlebihan oleh pesakit kencing manis. Madu lebah tulin diketahui mengandungi gula ringkas antara 45%-70% dan gula kompleks (sukros) antara 0%-5%.

Madu sebagai Anti-alergik.

Mereka yang mempunyai alahan (alergik) adalah sasaran utama untuk mengamalkan pemakanan madu, seperti asthma yang teruk, resdung, alahan kulit dan batuk yang berpanjangan, dalam sepuluh orang pesakit, biasanya ada seorang yang mempunyai masalah alahan.

Madu sebagai Anti-kolesterol

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan doktor dari Rusia ( tidak dinyatakan nama-nama mereka) yang menyatakan paras kolesterol dapat di turunkan dengan pengambilan madu dalam jangka masa 3-6 bulan ( 75% kejayaan dari pesakit, bilangan pesakit tidak di nyatakan).

Madu sebagai Anti-appetizer.

Benarkah madu boleh mengurangkan selera makan dan boleh menguruskan badan?

Madu mempunyai tenaga kalori dari sumber gula ringkas, gula komplek dan dari protein. Madu yang paras gulanya kira-kira 65% mampu membekalkan 700 kalori tenaga untuk sukatan 10 ml (dua sudu besar).700 kalori ini jika dimakan waktu pagi boleh bertahan sehingga 2-3 jam. Bagi mereka yang ingin menguruskan badan di nasihatkan mengambil sukatan 3-4 sudu waktu pagi atau anda boleh meneguk madu pada jam 10 pagi, dua sudu, lihat kesannya nanti anda akan hilang selera makan tengah hari, kerana anda masih bertenaga dan tidak lapar. Begitu juga jika anda teguk dua sudu sebelum waktu makan malam.


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin