Bunuh syaitan

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yangditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepasmajlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan".

Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..." sambil ketawa.

Si isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi,"Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...".

"Tak pe... tunggula malam nanti".

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... ".

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"


MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU/ TAK DE POWER!!! .....hahahahhahahahhahahahImbang Penuh


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin