Suhu enjin perlu diambil kira, jika terlalu sejuk, ia tidak terlalu baik, terlalu panas, membahayakan enjin berkenaan dan poket anda. Pastikan suhu berada di sekitar tengah2 bacaan.
Kenapa suhu yang rendah tidak baik?
Sebuah enjin memerlukan suhu antara 85 hingga 95 darjah selsius untuk berfungsi dengan baik, kerana petrol cecair tidak akan terbakar, petrol perlu bertukar dari cecair ke keadaan gas utk terbakar. Jika petrol itu gagal bertukar menjadi gas, ia akan masuk ke dalam kebuk pembakaran dan mencairkan pelincir di dinding silinder. dan ini akan menyebabkan piston ring cepat haus.
85-95 darjah selsius?
kenapa? takat didih adalah 100darjah selsius, kenapa suhu enjin adalah 85-95 darjah selsius sedangkan jarum suhu di tengah tengah?. air atau cecair penyejuk di dalam radiator berada dalam tekanan 0.9 bar, menjadikan takat didih air di dalam radiator 120-140 darjah selsius.
Thermostat?
Jika suhu kereta anda turun secara mengejut ke paras C (cool) apabila anda memandu dalam hujan sedangkan ia telah berada di tengah2 sebelumnya. awas! mekanik anda sebelum ini mungkin telah membuangkan thermostat kereta anda. Thermostat digunakan untuk mengawal suhu radiator supaya tidak terlalu sejuk.
Sebuah enjin yang mampu bertahan suhunya dalam kesesakan lalu lintas yang agak lama masih mempunyai sistem penyejuk enjin yg baik. Jika suhunya sering naik, terdapat kebocoran atau kerosakan pada sistem radiator anda. dapatkan nasihat mekanik yang boleh dipercayai secepat mungkin. Melainkan jika anda sering membawa kenderaan anda pada bacaan enjin (RPM) yang tinggi. tetapi pemanduan begitu selalunya berlaku semasa mendaki bukit tinggi atau di dalam trek perlumbaan. Untuk mengelakkan suhu naik pada keadaan ini, dapatkan radiator aluminium atau tambah engine oil cooler.
Radiator Coolant
Ia menyejukkan enjin anda? sebenarnya ia sama saja fungsi dengan air, ia tidak mampu menyejukkan enjin lebih dari air. Cuma ia akan mengurangkan pengaratan dalam paip radiator dan radiator pump. Pengaratan mampu menyebabkan kebocoran, kerosakan pam dan paip radiator tersumbat. suhu juga akan naik jika terdapat pengaratan di dalam paip radiator. jika anda menggunakan air, selalulah 'flush' radiator anda di bengkel berdekatan. lebih kurang rm35
0 ulasan:
Post a Comment