Wanita bunuh buaya 464kg

Sebuah traktor digunakan untuk mengangkat buaya seberat 464 kilogram yang mati dibunuh Mara-Christian.

TASIK MOULTRIE, Amerika Syarikat - Seorang wanita berumur 48 tahun, Mary Ellen Mara-Christian menembak seekor buaya seberat 464 kilogram (kg) di sini sebelum membunuh haiwan itu dengan sebilah pisau, lapor sebuah akhbar semalam.
Mara-Christian berkata, dia mengambil masa selama dua jam untuk memburu dan menembak mati buaya sepanjang 3.9 meter itu baru-baru ini.
Buaya yang mati berumur di antara 60 hingga 70 tahun itu kemudian dibawa ke sebuah pusat memproses daging di Carolina Selatan manakala kulitnya akan dipamerkan.
"Haiwan itu merupakan seekor buaya yang sudah tua," kata Mara-Christian yang memburu buaya bersama suaminya, Mark dan beberapa rakannya dengan menaiki sebuah bot.
Dia menembak buaya itu dengan pistol .22 caliber namun tembakan tersebut tidak mampu untuk membunuh haiwan berkenaan.
Wanita itu kemudian menggunakan sebilah pisau untuk memutuskan saraf tunjang buaya tersebut. Buaya itu kemudian diikat pada bot sebelum ia dibawa ke daratan. Dia mendapat lesen daripada pihak berkuasa untuk memburu buaya di kawasan tasik itu. - Agensi


Sumber berita dipetik dari kosmo online

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin