Masjid Pasang Siap Di Utara Kanada

Gambar daripada dokumentari Arctic Mosque merakamkansebuah masjid bergerak
dipunggah ke atas sebuah tongkang dari JambatanDeh Cho di Sungai Mackenzie,
Nortwest Territories, Kanada pada 13September, 2010. - AFP

OTTAWA 24 Sept. - Sebuah masjid kecil bergerak tiba di kawasan Artik untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin ramai di bahagian paling utara Kanada selepas diangkut sejauh 4,000 kilometer mengikut jalan darat dan sungai.Ketua projek masjid pasang siap itu, Hussain Guisti berkata, masyarakat Islam di Inuvik berada di limbungan untuk menyambut ketibaan masjid itu petang semalam.Bilangan penduduk Islam di Inuvik, sebuah pekan 4,000 penduduk di Northwest Territories, Kanada bertambah sejak beberapa tahun lalu kepada kira-kira 80 orang dan sebuah rumah bergerak seluas 21 meter persegi yang digunakan untuk solat tidak lagi dapat menampung keperluan mereka.Jemaah tidak mampu membina sebuah masjid baru kerana kos bahan binaan dan upah kerja jauh lebih tinggi berbanding di selatan Kanada, kata penyeleras projek, Ahmad Alkhalaf pada bulan lepas.

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf.Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories.Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan pada 5 November ini. - AFP


Sumber : Utusan Online



0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin