Kelebihan Surah Yasin


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
2. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
3. Jika terpenjara akan dibebaskan.
4. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
5. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
6. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
7. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
9. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
10. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
12. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Lain-lain manfaatnya;



Hadis-hadis yg berhubungan dgn surah Yasin itu banyak sebagaimana ada yg bermakna:

  • barangsiapa membacanya akan ditulis oleh Allah sebagai 10 kali bacaan Qur'an
  • yasin itu jantung Qur'an
  • barangsiapa membaca yasin di waktu malam kerana mengharap keridhaan Allah akan diampunkan dosanya.
  • bacakanlah yasin utk orang yg sudah mati
  • yasin mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.
  • yasin menolak bala' dunia dan akhirat
  • yasin menghasilkan tiap tiap hajat
  • barangsiapa membacanya diganti dgn 20 ibadah haji, barangsiapa mendengarnya diganti dgn 1000 dinar, siapa menulisnya lalu diminumnya akan dimasukkan 1000 obat di dalam perutnya, 1000 cahaya, 1000 keyakinan, 1000 berkat, 1000 rahmat.
  • yasin menolak tiap-tiap penyakit
  • dan lain lain lagi

Semoga kita diberi petunjuk. Wallahu a'lam

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin