Anda mungkin tidak tahu bila menopaus akan tiba. Anda juga tidak mahu ia memberi kejutan kepada anda. Oleh itu, bacalah artikel berkaitan kesihatan. Buat penyelidikan. Rajin bertanya dengan ibu dan rakan-rakan yang mengalami menopause. Suruh mereka ceritakan apa yang mereka alami. Di bawah ini dicatatan tip agar anda boleh melalui perubahan hidup dengan lebih yakin jika anda bersedia dengan pengetahuan yang mendalam.
Selamat tinggal haid
Apabila haid anda mengalami perubahan yang tidak menentu pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an, anda sedang menghampiri menopaus - atau pra menopaus. Anda akan menyedari beberapa siri perubahan seperti kitaran haid lebih pendek, haid tidak banyak, haid yang terlalu banyak, kitaran haid yang tidak menentu dan diakhiri dengan 'putus haid'.
Cimicifuga Racemosa
Pernah dengar nama herba ini? Ia lebih dikenali sebagai Black Cohosh. Keupayaannya telah diperakui untuk merawat gejala-gejala biasa yang dikaitkan dengan menopaus seperti kenaikan suhu badan yang mendadak dan berpeluh di waktu malam. Black Cohosh telah digunakan oleh masyarakat asli Indian Amerika Utara untuk melegakan gejala-gejala menopaus.
Relaks
Kemungkinan besar ia adalah hot flash, satu gejala biasa menopaus. Hampir dua pertiga daripada wanita yang menopaus mengalami hot flash dan dalam kebanyakan kes, setiap kejadian berlaku paling singkat beberapa saat, paling lama 5 minit. Rasa Pening. Sebahagian wanita menopaus dilaporkan mengalami vertigo, pusing kepala dan kerap kali hilang keseimbangan.
'Insomnia'
Tidak boleh tidur (dengan atau tanpa berpeluh di waktu malam) adalah satu lagi gejala menopaus.
Osteoporosis
Estrogen boleh membantu mencegah kereputan dan kerapuhan tulang (osteoporosis). Selepas menopause, tisu tulang boleh mengalami 'kerosakan' dan mengakibatkan risiko yang lebih besar dari segi patah tulang dan osteoporosis.
Berfikiran Positif
Seperti semua perubahan dalam kehidupan, anda juga kena membiasakan diri dengan menopause. Anak-anak mula meninggalkan kediaman. Persaraan menjelang tiba. Pertambahan berat badan. Berhenti merokok. Perokok mengalami menopaus lebih cepat berbanding bukan perokok. Merokok membawa keburukan kerana ia meningkatkan risiko wanita terhadap masalah kesihatan seperti osteoporosis dan sakit jantung. Libido seksual. Kebanyakan wanita mendakwa keinginan seks mereka menurun semasa tempoh menopaus. Puncanya ialah keadaan fizikal (kerengsaan dan kekeringan faraj, jangkitan pundi kencing dan sebagainya) atau emosi (hilang harga diri disebabkan oleh peningkatan berat badan, stres dan sebagainya.) Jagalah kesihatan dan kecergasan. Tahap serius gejala-gejala menopaus dikaitkan dengan faktor penyumbang lain seperti diet, kecergasan fizikal, tahap stres dan sebagainya. Pada peringkat ini, anda harus mengambil langkah untuk memastikan peralihan menopaus lebih selesa untuk diri anda. Lakukan senaman, diet yang baik dan sentiasa kekal sihat. Ini adalah penting. Anda juga boleh mengambil herba asli seperti Black Cohosh untuk merawat menopause.
Selepas menopaus, setiap wanita dinasihatkan supaya menjalani ujian / pemeriksaan tulang yang kerap (imbasan DEXA atau ujian ketumpatan tulang). Ini adalah kerana wanita yang mengalami menopaus lebih terdedah kepada osteoporosis. Emosi turun naik. Menopause ibarat 'roller coaster' bagi anda. Ada kalanya turun, adakalanya naik. Setiap bulan anda adalah bebas dari haid. Anda ada lebih masa terluang untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dalam hidup.
Sumber : Utusan Malaysia, 17 Julai 2007 (Kementerian Kesihatan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment