Lidah buaya (AloeVera)
Aloe vera daripada famili Liliaceae ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya atau lidah jin mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering.
Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan.
Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan rambut.
Malah, tidak hairanlah "tanaman ajaib" ini telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir. Dan kini, terdapat pelbagai produk Aloe vera untuk kecantikan di pasaran seperti Mustika Ratu, Sari Ayu, Ratu Ayu Solo dan sebagainya.
Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.
Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna untuk mengubati penyakit leukimia (lebihan sel darah putih dalam badan) dan barah paru-paru iaitu dengan memakan bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan yang mengakibatkan batuk kokol dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.
Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas dan bahang. Selain itu, daun lidah buaya juga dapat digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi.
0 ulasan:
Post a Comment