Petua2 hebat mengasihi suami


1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembiradan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila diapulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suamianda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suamiakan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakarsuaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantusuami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyakmeminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalahmerancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yangmelibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangananggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihatoleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bilaberjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak andalebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidurbersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalamkehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dariberleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segalasegi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategimemujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda didepan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anakanda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda,bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlahdengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertianbahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku”.

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suamianda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja.Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama”anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dankeletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteriyang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut ****. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus.Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukanjima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda,janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya,melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin