SEBESAR ZARAH SAHAJA

Lihatlah api itu, panas membara. Barang terkena sedikitpun, kita pasti merintih

pedih. Menyakitkan.

Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah

Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT

telah memerintahkan Malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk

dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as.

Maka Jibril pun pergi menemui malaikat penjaga neraka yang bernama Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk

dihantar ke dunia. Api itu untuk kegunaan Adam di dunia.

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : Sebesar kurma. ..

Zabaniah : Jika sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah

tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril : Jika begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : Jika sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia

nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun

tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit itu, maka Jibril as pun menghadap Allah SWT untuk

mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api

neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as mengambil api neraka sebesar zarah

dari Zabaniah. Tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar

zarah itu terpaksa di sejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai

di syurga dan sebanyak 70 buah sungai di dunia.

Selepas itu Jibril a.s pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas

sebuah bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit

itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api

tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat

di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk

api gunung berapi dan sebagainya.

Maka, bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan

dalam 70 buah sungai syurga dan sungai dunia itu kita tidak termampu menahan

kepanasannya, bagaimana dengan api neraka yang sebenar di akhirat nanti?

Wallahu'alam.







0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin