Tip Jika Handphone Di Curi

Telefon Bimbit Hilang / Dicuri? Apa Yang Boleh Anda Lakukan...
Jangan berikan peluang kepada orang yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya... atau jadikan ia tidak berguna lagi supaya ia tidak boleh menjual kepada orang lain...

biar padan muka dia...

Tips dan caranya amat mudah.... Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri... Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya...

Untuk mendapatkan nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

*#06#

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit... Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula...

jangan bagi hilang pulak no...

Sekiranya telefon bimbit anda hilang.... anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Celcom, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan...

Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM... ia masih tidak dapat menggunakannya... kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaannya...

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda semula... dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati...

Sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.... Kes-kes kecurian telefon bimbit dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan...

1 ulasan:

Eddie J said...

Untuk pengguna di Malaysia, boleh semak serial number atau Phone IMEI number di www.curi.my

Anda akan mendapat jawapan jika produk itu dilaporkan hilang ataupun dicuri.

Anda juga boleh "blacklist" nombor imei phone atau nombor siri anda supaya sesiapa yang menjumpainya tidak boleh menjualnya tetapi boleh menghubungi anda.

Blog Widget by LinkWithin