Tiga Tahun Sebelum Datang Dajjal


Dari Asmah binti Yazid al-Ansariyah berkata, Nabi s.a.w. bersabda:

Selama tiga 3 tahun sebelum datang Dajjal, terdapat satu tahun di mana langit akan menahan 1/3 hujannya dan bumi akan menahan 1/3 hasilnya. Pada tahun kedua, langit akan menahan 2/3 hujannya dan bumi akan menahan 2/3 hasilnya. Pada tahun ketiga, langit akan menahan semua hujannya dan bumi akan menahan semua hasilnya dan sekelian haiwan akan mati. Inilah ujian yang dahsyat.

Dajjal akan mendapatkan seorang Badwi dan berkata, “Sekiranya saya menghidupkan unta-unta anda, adakah anda akan mengaku saya tuhan anda?” Jawab Badui itu, “Ya.” Maka syaitan-syaitan akan menyamar menyerupai unta-untanya dengan tetek yang penuh susu dan bonggol yang tinggi.” Kemudian Dajjal mendapatkan pula seorang yang bapa serta abangnya telah mati dan bertanya,”Adakah anda mengaku saya tuhan anda jika saya hidupkan bapa serta abang anda?” Kata orang itu, “Ya.” Maka syaitan-syaitan pun menyerupai bentuk bapa dan abangnya.” Baginda s.a.w. kemudian keluar untuk sesuatu dan kembali semula. Semua yang mendengar merasa gelisah akan berita tadi. Baginda s.a.w. berdiri di hadapan pintu dan bertanya, “Apa halnya wahai Asmah?” Daku berkata, “Ya Rasulullah, tuan telah menakutkan kami dengan kisah Dajjal.” Ujar Baginda, “Dia akan pasti muncul. Sekiranya daku masih hidup, aku akan menentangnya bagi pihak kamu, jika tidak, Allah SWT akan memelihara setiap Muslimin bagi pihak ku.” Daku bertanya, “Ya Rasulullah, kami tidak membakar tepung yang kami uli sehinggalah kami telah lapar. Bagaimana pula keadaan orang beriman waktu itu?” Ujar Baginda, “Zikrullah yang mencukupi penghuni langit akan mencukupi juga untuk mereka.”

[Riwayat Ahmad, Musnad, 6/455,456.]


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin