Antara CIA, FBI & PDRM


CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yang paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buat laa satu ujian untuk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yang ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yang memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yang arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yang sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan itu.

PDRM pulak yang masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dengan seekor beruang yang dah lembek sebab kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK, OK... aku arnab... aku arnab!!'


0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin